Im Craving For Cupcakessss!

By Mysara Newrie - Wednesday, March 09, 2011



SALAM


Current mood ; Sakit perut sebab perut masuk angin -.- and emosi masih tak berapa nak stabil 100%



Di saat aku tengah down, sedih, emosi tak tentu arah ini, aku perasan aku lebih suke senyap je dari bercakap banyak macam dulu-dulu. Kadang-kadang rasa sunyi sebab aku dah biasa buat bising tapi kali ini, takpelahh ~ Heroin mesti kalah dulu, jap jap lagi die menang lah. HAHA :D


Ok lets straight to the point. Erm ~ Kebelakangan ini aku mengidam sangat-sangat nak makan cupcakes. Oh yesss ! Cup cakes yang comel-comel, yang lembut-lembut tuuu :)


Heeeeeeeee ~ Comel kan? Tapi tu lahh ~ Bila dah cupcakes comel sangat, nak gigit cupcakes tu pun macam tak sampai hati sebab dah cupcakes tu comel sangat! Kadang-kadang rasa macam cupcakes tu cakap "Eh sakit lah" bila kita gigit die. Haha :D Adoiii -.- Kalau tak makan kang, melepas pulak rasa cupcakes yang sedap-sedap dan manis-manis tue. Haha :D


Ok lah ~ Lately ini, ramai betul students UiTM ini buat Open Day dan jual cupcakes. Satu cupcakes, RM 3.50 atau yang paling murah adalah masa PC Fair hari itu kat UiTM Dungun iaitu RM 2. Haih ~ Konfem lah aku beli kan? Nak makan cake tapi kalau beli yang besar-besar, membazir. Baik beli cupcakes kan kan kan? ^.^

Haaaaaaaaaaa ~ Ni cupcakes yang aku baru lepas makan tadi. Haha :D Kebetulan aku dengan Pekjah pergi Dataran Sura dan ada jual cupcakes. Hailohhh @_@ Rambang mata aku sebab ada banyak giler cupcakesss ! Ada yang besar, dan ada yang mini. Weh ~ Yang mini cupcakes tu sumpah comel :D


Ok. Cupcakes yang aku beli ini sedap lahhh ~ Lepas tu tetiba aku teringat balik kenangan masa aku buat cupcakes tahun lepas. Weh ~ Lepas ni kalau balik KT, nak buat cupcakes lahh! :D


Haaaaaaa ~ Yang atas ini pulak, yang Pekjah punya, Fruit Tarts. Ya Allah ~ Rasa tarts ini sedap sangat-sangat. Ada rasa manis buah, manis gula dan masam-masa sikit sebab ada buah strawberi dan kiwi. Haih ~ Cair di mulut pulakk tuuuu ! :D


Ok dah dah dahh ~ Aku sebenarnya nak cupcakes lagi ini. Tapi tak tahu nak beli kat mana. Haih -.- Sedih nya aku T___T Nampaknya niat aku ini terpaksalah dikorbankan dulu buat sementara.


Maka, untuk mengubat kesedihan dan kemurungan tersebut, mari lah kita sama-sama tengok gambar-gambar cupcakes! Err ~ tengok gambar pun jadilah :)

Japanese Cheese Cupcakes :)

Ok dah ! Nanti masa aku kahwin nanti, aku nak cupcakes aku sebijik macam dalam gambar yang kat atas ini.



Awak, boleh tak?





HAHA :D


  • Share:

You Might Also Like

14 comments