[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, March 05, 2011

Konflik Dalaman Aku



Salam semuuaaaaaaaaaaaa! Haih ~ Nampak je aku macam tengah happy sebenarnya dalaman aku tak pun menggambarkan yang aku tengah happy. Huhu


Lately ini aku rasa macam lemah sangat-sangat. Rasa macam tak larat dan selalu pening kepala. Lepas tu, selalu termenung dan teringat dekat semua orang yang aku sayang. Ayah, mama, Hakim, wan, bibik and kucing aku. Oh ya ~ Aku pun rindu sangat-sangat dengan Ikhwan. Tapi aku kuatkan diri aku sebab tak kan lah selama-lamanya aku akan sedih and moody macam ini je kan?


Lepas tu, kadang-kadang mesti aku rasa nak nangis. Tak taw sebab apa tapi selalu sangat nak keluar je air mata nie. Hishhh ~ Kacau je tawww. Aku cuma perlukan perhatian dan kasih sayang kott. Hehe ;p Hmm ~ Entahlah ~ Malas ar nak layan jiwang-jiwang nie -.-


Aku dah cuba untuk kuatkan diri dan dengan Allah swt tempat aku mengadu. Isk isk isk sedihnya rasa. See? Masa aku tengah taip entry ini pun aku rasa nak nangis. Haih -.-
Aku pun tak sure kenapa dengan aku ini. Rasa emo je. Aku rasa aku perlukan something yang boleh fresh up sikit fikiran aku ini. Aku perlu buat sesuatu yang dapat hilangkan sedih-sedih aku ini. Tapi aku sendiri tak taw nak buat apa. Tak kan nak pergi karaoke kot? Tak mauu akuuu ! Kang jadi addict pulak macam sem lepas. Habis duet aku melayang -.-


Minggu depan aku ada test. Tapi sutir benda pun aku dok baca lagi. Cuba dah baca cuma aku tak fokus. Yeaahh ~ Aku tak fokus sebab tu aku baca lupa baca lupa je. Kenapa dengan aku ini? -.- Anybody can answer my question?


Kesihatan aku pulak macam tak berapa nak bagi aku aktif sangat. Pening kepala lahhh, selsema yang teruk sangat-sangat lah. Apasal dengan aku ini weyh?! Tolonglah sesape yang boleh buat aku happy giler-giler macam dulu. Aku rindu nak jadi diri aku yang dulu T__T


Kawan-kawan mungkin nampak aku happy, gelak dengan diorang semua, berjalan ramai-ramai dan plan itu ini tapi sebenarnya dalaman aku ini, hati aku, jiwa aku, roh aku semuanya tengah bersedih. Satu perasaan yang sangat-sangat hiba melanda jiwa aku. Aku rasa lemah. Ya ~ Lemah teramat-amat sangat sampai aku rasa macam aku tak larat dah nak menghadapi hari esok. Rasa nak tidurrrr je.


Korang, bagilah aku semangat sikit. Pleasee ~ Aku rasa down sangat-sangat. Aku tahu ini bukan diri aku yang sebenar sebab sebenarnya aku adalah seorang yang happy go lucky, giler-giler. Kalau aku gelak pun, aku akan gelak sepuas-puas hati aku. Ni tak, aku rasa aku gelak main-main je :(


Ya Allah, bagilah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan dan cabaran dengan hati yang tenang. Aminn ~
Aku lah orangnya tuu T___T



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts