[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Saturday, March 12, 2011

Tsunami Di Jepun ; Ya Allah Lindungilah Kami Semua


Salam. Petang semalam masa aku tengah tengok movie kat laptop, mak aku call aku. Here's the conversation ;

Mama : Awak kat mana tu?

Aku : Sara dalam bilik je, tengok movie. Kenapa?

Mama : Awak tak payahlah pergi dekat-dekat pantai

Aku : Uish ~ Kenapa mama?

Mama : Ni hahh ~ Ada tsunami dekat Jepun, teruk jugak lah nie. Sebab sebelum tu ada gempa bumi

Aku : Hah?! *muka terkejut Ye ker mama? Berapa skala ritcher?

Mama : Entah berapa entah. Tak ingat dah berapa skala ritcher. Then terdengar ayah aku cakap 8.9 skala ritcher

Aku : Ya Allah ~ Padanlah ada tsunami, kuat jugak gempa bumi tu

Mama : Haaa tu lahh ~ Sara tak payahlah pergi dekat pantai sangat. Jaga diri tuuu

Aku : Hmm ok mama



Conversation ends!


Then aku terus pergi dekat FB dan penuhlah kawan-kawan aku sibuk duk cakap pasal tsunami tu. Kemudian kawan aku chat aku, cakap kat Sabah dengan Sarawak pun tengah dalam keadaan berjaga-jaga.


Aku pun terus tak sedap hati. Aku bukak myMetro dan baca berita pasal tsunami di Jepun nie.





Ya Allah ~ Takut aku tengok betapa teruknya Jepun kena gempa bumi dan tsunami. Dan yang paling aku bimbangkan sekali adalah UiTM Dungun sebab kolej aku ni dekat gilerrrrrrr dengan pantai, mama ayah aku yang ada di Sabah, adik aku yang berada di asrama sekolah die yang memang dekat dengan pantai, wan, bibik, kucing aku dan saudara-saudara aku yang stay tepi pantai.


Aku pun text Mama aku, cakap suruh jaga diri and kalau ada apa-apa, bagitaw aku. At the end of that message, aku cakap "Sara sayang mama and ayah" Dushhhhhhhhhhh ~ Tetiba rasa malu bila confess macam tu dekat mak dan ayah. Haha :D


Lepas hantar text tu, sekali ada orang call...

Dia : Awak, awak kat mana tue?

Aku : Ada kat dalam bilik lah. Kenapa?

Dia : Awak, awak jangan keluar pergi mana-mana yer?

Aku : Oh pasal tsunami tu erk? Tadi mama dah call dah tadi

Dia : A'ah. Awak ingat ehh? Jangan keluar pergi mana-mana. Stay dalam bilik awak je

Aku : Ouh ok. Insyallah. Tapi rasa macam nak main hujan je

Dia : Awak ! Jangan ! Tak payahlah nak main hujan. Bahaya lah. Ingat tu, jangan pergi mana-mana and dekat area pantai. Kalau ada apa-apa, text saya

Aku : Hmm ok :)



Untungnya kalau ada orang yang sayang
HAHA :D -_______- Muntah hijau sekarang ! :p


Dalam pukul 6.00 petang semalam, ada akak senior aku suruh pergi ke Kolej Gemia, kolej siswa dan merupakan penghujung UiTM Dungun. Arh sudahhhhhh ~ Aku dah mula fikir pelik-pelik dah nie, tambah-tambah lagi aku ada terbaca yang Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guniea pun akan kena tempias jugak. Wuaaa ~ Sumpah rasa nak nangis masa tue T___T


Pelan UiTM Dungun. Kolej aku kolej Perhentian, which is betul-betul depan pantai


Aku dengan kawan aku pun pergi. Aku call kawan-kawan aku semua, pakat duk pergi bandar lah, makan lahh ~ Argh ~ Lantak korang. Aku dengan Fatin pergi Cafe Redang dan stay situ. Ingatkan ada apa-apa, padahal tak punn. So kitorang makan malam je lah terus. Makanan tak sedap so tak habis -.- Hmm tak sedap atau tak ada selera?


Malam tu, aku tidur dengan seluar track and t-shirt sebagai langkah berjaga-jaga, kot kot lah kalau ada apa-apa kan? Aku pun dah ready, satu beg yang penuh dengan barang-barang dan dokumen penting aku macam beg duit, kad matrix, HP, kamera dan laptop. Aku bukan apa, takut masa kitorang tengah tidur, ada apa-apa terjadi kan? So nanti senang, terus amik je beg tue


Kebetulan malam tu pulak, bunyi ombak kuat sangat-sangat. Angin tu tak usah cakaplah, kuat giler. Kawan aku cakap habis khemah depan Pusat Hidayah (PH) terbang. Ditambah lagi dengan hujan lagi. Ya Allah ~ Aku rasa takut sangat masa tue.


Then ada pengumuman dalam kolej aku, suruh bawak bertenang dan suruh kitorang semua baca Yassin dan buat solat hajat. Kemudian, melaui speaker kolej, ada orang pasang bacaan Yassin. Masa tu, memang aku dah tak tahu nak cakap macam mana, takut sangat-sangat kalau ada apa-apa terjadi. Tambah-tambah lagi, tak ramai yang ada minggu ini sebab ramai yang balik rumah masing-masing


Alhamdulillah ~ Bangun je dari tidur tadi, aku tengok semua ok jer. Maknanya tak ada apa-apa yang terjadi malam tadi. Aku harap malam ini dan malam-malam seterusnya, tak ada apa-apa yang terjadi. Insyallah ~




Ya Allah ~ Kau lindungilah dan Kau jauhkanlah bencana dari Kami semua. Aminn ~



UPDATE : Pasific Tsunami Warning Center warning for Hawaii, also includes Australia, New Zealand, Mexico, Central and South America




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts