Seksanya Nak Tengok Results -.-

Sunday, December 12, 2010



Salam. Ok budak-budak UiTM, semalam results kita semua dah keluar kan? Maka mari kita tengok results kita walaupun dalam hati sebenarnya tak nak tengok ! Muahahaha :D


Tugas aku dari malam 9hb? Aku hanya menghadap laptop dari pagi sampai pagi 10 hb sebab nak tunggu results punya pasal. Ok fineeeeee ~


Rezabb sungguh aku nak tengok results sendiri. Haha ;D Aku try buka Student Portal UiTM. Uish ~ Pelik aku. Selama ini aku buka, ada sokmo terpampang butang 'Examination Results' Tapi semalam, butang tu dah hilang ! Weyh ~ Mana kau pergi?


Ni lah yang dimaksudkan dengan orang tua lama. Time ada depan mata, kita abaikan, kita tak ingat dekat die. Tapi time kita nak kat die, die dah tak ada. Maka, hargailah apa yang ada depan mata kita termasuk dengan link-link penting dalam Student Portal tue. Haha :D


Then Student Portal pulak under constuction. Haih ~ Bengang aku sebab kawan-kawan aku ada yang dapat taw results dorang. Dah aku ni, apa kes weyh?!


Lepas tu tak lama lepas tu, aku dapat tahu yang pihak U akan send results pakai email. Ok fineee ~ Masalahnya aku tak taw aku guna email apa untuk email-mengemail ni dengan pihak U. Last-last sekali, aku buka semua email aku *Ceh ~ Budget banyak lah email aku padahal ada 2 jer. Haha ;D


Lepas tu aku tunggu sampailah pukul 3 pagi. Berapa ratus kali aku duk refresh page inbox aku tue. Ya Allah ~ Tak ada jugak. Kawan aku cakap dekat FB, cek dekat Spam. Ok fineeee ~ Aku cek dah beribu kali tak ada jugak weyh ! Maka aku pun tidur lah dengan perasaan yang erm aahh huu hooo ngeee rawrrr ~


Lepas tu aku bangun dari tidur dengan perasaan feelingless sangat-sangat. Tanpa basuh muka, gosok gigi, tengok hp ke apa ker, aku terus amik laptop dan tercongok depan laptop atas katil dengan masih berselimut. Mak aku pulak terkejut sebab aku bangun awal -.-


Line pulak buat masalah ! Haih ~ Maxis Broadband ni memang suka cari gaduh dengan orang ker? Geram aku weyh ! Kat FB pulak ramai pulak yang duk tanya aku dapat berapa. Haih ~ Budak-budak ni tak tahu erti kesabaran ker? -.-"


Sekali cek inbox, ada email 'UiTM Examination Results 2010 blablabla' Hoi ! Berdebar-debar aku rasa taw tak?! Haha ;D Laju je aku klik link tue. Haha ;D


Masalahnya tetiba line putus ! Ya Allah ~ Nak nangis aku rasa. Ni haaa ~ Dada aku ni sumpah rasa nak meletup masa tue. Haha ;D Aku text dekat die, die cakap "Sabar Sara, sabar" Masalahnya aku dah tak boleh nak sabar. Eh, cakap dekat orang, tapi diri sendiri pun sama jugak? Haha ;D Abaikannn


Aku pun cuba. Dekat 10 kali aku try refresh page yang sama sebab bila dia dah syok-syok loading, tetiba putus. Aku buka 3 tab terus sebab nak tengok mana satu yang dapat buka dulu aku punya results. Haha ;D


Sekali amik kau ! Dah dapat buka. Ada pulak pendahuluan die blablabla. Aku terus scroll down. Tengok pointer subjek dulu. Haha :D Okkk ~ Pergh ~ Masa ini jantung ni tak usah nak cakaplah ~ Memang dah nak meletup dah rasa. Haha :D


ALHAMDULILLAH !

Aku dapat 3.31 dengan semua subjek lulus ! Yeah ! Sukanya aku ! Haha :D


Erm ~ Sebenarnya aku mengharap sangat-sangat aku dapat Dekan untuk Sem 1 nie. Honestly, aku agak kecewa sikit sebab target aku tak lepas. Huuuuuuuuuuu Y___Y


Tapi takpe Sara ! Ada lagi 4 sem lagi ! Haha ;D Cuba dapatkan Dekan dari semua sem tu ok? :)


Eh kalau fikir-fikir kan balik, aku bangga taw dengan results aku. Sebab kos aku ni boleh dikatakan agak mencabar sikit sebab belajar pasal politik, perlembagaan, parlimen, presidential, unitary, federal, state dan banyak lagi istilah yang aku dah tak ingat dah. Haha :D So kiranya aku ni berjayalah tapi kena usaha dengan lebih gigih lagi *Kes ayat nak sedap kan hati -,-


Lagipun ramai senior aku cakap DPA ni tough. Lepas tu ramai pulak yang kena dismiss dan repeat. Ya Allah ~ Kau jauhkanlah aku dari semua tue. Aminn :)


Tahniah kepada sesape yang dapat Dekan untuk sem kali ini ok? Pastikan sem depan korang dapat dekan lagi. Insyallah ~ Sem depan, adalah nama aku dalam Deanslist tu nanti ! Kau tengok lah ! Haha :D


Kepada kawan-kawan terima kasih sebab teman aku masa aku tengah sedih hari tue. Hehe :) Yang tahu tu, faham-faham sendirilah ye :) Tanpa korang, aku rasa tak taw lah macam mana dengan results aku nie. Hehe Thanx a lot you guys ! :D


Kepada sesape yang repeat atau pointer rendah, jangan sedih-sedih. Benda yang dah lepas kita dah tak boleh nak buat apa dah. Yang penting, pandang masa depan nie. Jadikan kenangan pahit hari ini sebagai kenangan manis kita untuk masa depan :) Heh? Ada ke ayat macam tu? Aku ni ~ Suke reka ayat sendiri -.-

Azreen/Ayen/Adi, Faezah dan Aku. Kamilah gandingan terhebat. Haha ;D Dengan merekalah aku selalu study. Dari pagi sampai ke pagi esoknya :)



Dah kalau ini jadinya, macam mana lah nak fokus bila study? -.-

You Might Also Like

14 comments