Ini Luahan Hati Yang Dah Lama Disimpan Dalam Kotak Hati

by - Friday, March 02, 2012



Assalamualaikum





Tadi scroll down. Terjumpa sesuatu yang sebenarnya dah lama aku perasan tapi tak sempat nak baca betul-betul. Bila dah baca, terus aku rasa "Ohhh ~ macam ni jadi akhirnya yer?"


Sejak dua hari lepas, semuanya dah settle. Perbicaraan antara hati ke hati kadang-kadang perlu sebab ianya dapat melepaskan dan melegakan segala-galanya. Lepas semua. Aku tahu salah aku, kau tahu salah kau. Kita manusia, tak sempurna


Aku tahu, orang cakap "Mai dah berubah sekarang nie" Ye aku mengaku, aku memang dah berubah. Aku dah tak jadi macam dulu. Kalau dulu, ye mungkin aku lain dan sekarang, dengan kerja yang banyak, kesempitan masa, ruang untuk diri sendiri, waktu rehat, buat aku jadi macam nie


Aku sendiri tak faham dengan diri aku. Waktu aku bergembira dengan kawan-kawan, bergalok sakan sampaikan rasa macam baru lepas lari 100 kilometer, semuanya macam dah beransur hilang. Nafsu untuk bergembira itu tiada. 


Letih. Aku letih sangat-sangat. Sekarang baru aku tahu perasaan orang yang sudah meningkat dewasa. Terlalu kacau bilau fikiran kerana timbunan kerja sampaikan tak fikir apa-apa dan hanya ingin mengharapkan orang lain untuk faham sampaikan kadang-kadang orang di sekeliling terasa dengan diri kita sendiri. KAN? Mengaku sahaja, senang :)


Kalau tidak, kenapa sampaikan serang-serang aku di FB dan Twitter? Oh ingat aku tak baca? Aku tahu orang yang bercakap di belakang aku pun sedang baca apa yang aku tulis nie. Biarlah ~ Mungkin lebih senang dengan cara ini. Oh lupa pulak nak bagitahu, aku print screen apa yang korang cakap pasal aku di FB dan Twitter tue sebab sebagai peringatan kepada aku, sebagai bukti 


Kita nak bercakap secara depan dengan depan, kita sendiri tak ada masa untuk itu semua. Terlalu sibuk. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. Lalu FB, Twitter dan blog jadi medium untuk lepaskan kemarahan antara kita satu sama lain dan sampaikan orang yang tak tahu apa-apa menjadi orang yang terlalu tahu tentang semua perkara


Aku malu. Sebab semuanya ada kaitan dengan aku. Macam LAW 245 cakap, ada inner meaning disebalik semua tue. Ye aku tahu bukan fitnah tapi benda ni tu semuanya berkait dengan aku. Sebab aku tahu, kepada kamu semua sahaja yang aku cerita dan bersandar untuk mendengar luahan hati aku


Tak sangka aku, kisah peribadi aku jadi bull-eye untuk menyerang aku. Sangat-sangat tak sangka sebab aku percaya dekat mereka tapi rupa-rupanya tak :'( Dah tu, kalau tu, aku nak pergi bercerita dan mengharapkan kepada siapa lagi?


Apa yang mereka sangkakan kepada aku selama ini, sangat-sangatlah tak betul -.- Aku telan semuanya tanpa ada perasaan kecewa dan sakit dalam hati. Tapi tidak bagi mereka sampaikan sesama mereka saling berpandang dan menjeling antara satu sama lain dan cakap "Takpe. Dah biasa dah!" KAN? KAN? KAN?


Dikatanya aku begini, dikatanya aku begitu. Tak sedar diri tentang hakikat, jangan bertindak macam orang bodoh. Semuanya aku baca satu persatu dan tenang. Ya Allah, kuatnya dugaan mu ya allah :'(


Aku menulis di sini kerana aku nak luahkan apa yang aku rasa dalam hati, bukan nak mengharapkan simpati atau apa. This is my territory. Aku bebas nak cakap apa dan ekspress kan apa yang aku nak. 


Kepada mereka yang sedang membaca, terima kasih sebab membaca. Di hari Jumaat ini, aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku. Kalau begini lah akhiranya persahabatan yang kita dah bina selama berbulan-bulan lamanya, aku redha. 


Aku sedang mengalami dugaan dan ujian Allah swt yang paling berat pernah aku rasa. Aku bukan manusia yang sempurna yang boleh diharapkan untuk memuaskan hati semua pihak. Tak, tu bukan aku. Aku masih buat salah dan jika salah itu mengganggu hidup kamu, mari berdepan dengan aku dan bercerita. Tak perlu nak ceritakan tentang kisah peribadi aku di khalayak ramai kerana malunya aku yang tanggung, bukan kamu. 


Oh jangan bimbang ~ kisah peribadi kamu semua masih selamat dalam hati aku. Aku tak kan sekali-kali ceritakan pada orang lain kerana aku tak tergamak nak buat macam tue. Sebab aku tahu, aku sayang korang. Sayang sampai mati sebab kat sini, kamulah keluarga aku. Susah senang, ketawa menangis kita kongsi. Tidur sekatil, sebantal, membuatkan ikatan lagi erat. Aku tak nak persahabatan yang kita bina ini hancur disebabkan satu perkara kecik yang telah lama disimpan dalam hati sampaikan satu hari, kamu tergamak untuk meruntuhkan persahabatan ini. Hancur hati ini kalau dapat tahu. Kalau tak nak, katakan tak nak. Kalau masih perlukan aku dalam senarai kawan kamu, let me know :) Aku masih boleh terima semuanya


Andai satu hari nanti, ada pemisah antara kita semua, ingat satu perkara, aku sayang korang sangat-sangat. Korang mengajar aku macam-macam di sini dan buat aku jadi lebih happy, tabah dari sebelum nie. Tak pernah aku rasa macam ni sepanjang aku hidup. Kehidupan remaja yang melangkah ke alam dewasa seperti aku terasa indah dengan kehadiran kamu sebagai kawan-kawan yang dah aku anggap macam adik beradik aku sendiri. 


Tapi jika hati kamu tak mampu untuk terima aku kembali, bagitahu sahajalah kepada aku. Aku akan terimanya dengan hati yang terbuka :') Oh ya ~ Segala apa yang korang lakukan kepada aku, salah silap, betul semuanya, aku dah halalkan dan maafkan





Ya Allah ~ Lindungilah kawan-kawan aku dari perkara-perkara yang tidak baik. Berikan mereka petunjuk dalam menghadapi kehidupan ini. Aminn :'(





Maafkan akuuu,


 

You May Also Like

2 comments