Baling Baling Batu Dekat Dalam Air Sambil Menangis Seorang Diri

by - Saturday, March 24, 2012

 

 Assalamualaikum

Sekarang ni, dalam otak aku ni, rasa nak pecah rasa. Rasa bengang dan nak marah pun ada. Rasa nak menangis pun ada. Semuanya bercampur baur


Sebab sekarang ni, aku rasa semua orang macam pandai jeeeeeeeee nak amik kesempatan ke atas diri aku. Janji lain, buat lain. Aku ini, once orang dah berjanji, aku okay je. Tapi bila dah end up tak buat macam yang dijanji, aku rasa macam nak marah sangat


Tak pasal-pasal aku kena menyusahkan orang lain sebab kes janji yagn dibuat pada awal-awal lagi tu tak ditepati. Ya Allah ~ rasa nak menangis sangat-sangat. Kenapalah aku selalu jadi macam nie? Kenapa aku selalu di ambil mudah perasaannya?


Mudah saja jawapannya. Kehadiran aku tak dihargai oleh orang lain. Weyhhhh ~ dah terang lagi bersuluh kott ~ time susah, pandai pulak nak buat suara manja-manja dengan aku, mintak tolong. Tapi time senang, dikatanya aku ni penyibukk. Penyibuk? Weyh nak cakap kat kau, orang yang kau panggil penyibuk ni lah orang yang selalu tolong kau tahu?


Bukan nak berlagak ke apa tapi macam dah tak tahan sangat dah. Orang mudah je naik atas kepala aku, cakap itu ini. Lepas tu buang aku macam tu je. Bagus bagusss -.-


Dulu, masa study week, aku ada luahkan dekat kawan aku pasal nie. Aku ada ceritakan dekat dia apa yang terjadi. Dan begitu mudahnya kawan aku tu buat kesimpulan,


"Dari cerita kau kan Mai, aku rasa dorang tak hargai kau Mai"


Dan ayat tu buat aku sentap sampai sekarang. Dan bila aku kenangkan balik apa yang kawan aku tu cakap dengan kejadian-kejadian yang terjadi selepas-selepas itu, buat aku rasa yakin yang kehadiran aku ni macam ibarat kulit kacang yang telah dilupakan


Aku pun manusia jugak weyh. Aku pun ada hati dan perasaan. Aku pun ada time aku okay dan tak okay. Aku pun ada rasa sedih, marah dan nak menangis. Aku ada semua tu. Janganlah korang ingat aku ni robot ke apa ke yang mudah sangat korang nak main-main kan macam tue je


Aku tak mintak pun hadiah ke, pingat emas ke atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Just say "thank you" thats enough for me. Atleast aku tahu, orang hargai apa yang aku buat. Tu je. Susah sangat ke? -.-


Kadang-kadang aku terima je apa yang dorang buat dekat aku. Tapi sampai satu tahap, aku tak tahan. Sebab yelah ~ perasaan aku ni tak ada siapa pun nak amik peduli. Bila aku terasa, ada yang datang nak pujuk aku? Bila aku tengah sedih, ada yang tolong hulurkan tisu? Bila aku ada masalah, ada yang datang untuk mendengar masalah aku? Aku rasa blog aku ni jelah yang terus setia dengar masalah aku


Sebab tu aku sayang blog aku :')


Dah lah ~ Aku dah malas dah nak cakap banyak-banyak. Cakap banyak-banyak kan, ada yang tarik muka dengan aku. Dah nayaaaaaaaaaaaaaaa ~ Tak pasal-pasal tak menegur aku sem depan. Kan? :)


Kepada yang terasa, mintak maaflah yer dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tapi aku rasa aku perlu luahkan dekat sini jugak sebab aku rasa aku perlu. Sebab kalau aku simpan, lagilah teruk hati dan perasaan aku dipermainkan kan?


My friend said "you have been suffered enough Mysara. Too many tears that came out from your eyes. Too much hurt. May Allah send you someone that can cheer up you again like a kid. Semoga Allah swt permudahkan hidupmu Mysara. Ingat ~ Allah swt sayangkan kau, sebab tu Dia buat macam ni dekat kau"


Tetiba rasa nak menangis bila ada orang cakap macam tu dekat kita. Thank you kawan :')


p/s : Sebenarnya dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah aku nak post pasal ini tapi aku tunda dulu sebab aku rasa aku boleh sabar lagi. Kali ini je rasa macam dah betul betul meletopp dah sampaikan tetiba je aku menjerit sorang-sorang dalam bilik aku nie -.-

 

You May Also Like

4 comments