Kehidupan Di SESTER Yang Aku Rindu, Rindu Teramat Sangat! :')

by - Thursday, March 29, 2012

 

 Assalamualaikum


Haish ~ Sejak dua menjak ni, rasa rindu betul dengan sekolah especially masa aku sekolah kat Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu aka SESTER :) Sumpah aku rindu sangat-sangat :')


Apatah lagi, hari Jumaat ini, pukul 9 malam waktu Malaysia, semua batch IX SESTER akan online sebab kitorang nak bincangkan pasal reunion kitorang :) Ya Allah ~ Harap-haraplah jadi reunion ni sebab aku dah sangat-sangat rindu dengan kehidupan SESTER :')


Apa yang aku rindu dekat SESTER? Banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat yang aku rindu sebab kat SESTER lah macam-macam yang aku belajar yang telah membentuk aku menjadi seperti hari ini :) Kat SESTER, aku tahu apa itu kehidupan, kawan, susah senang, berdikari, homesick, how to manage your time dan macam-macam lagi :) So kepada sesapa yang dapat tawaran masuk asrama tu, please lah terima okay? Banyak kebaikkan dia :)


Okay ~ Tadi masa aku online Twitter, ada trending #kehidupandiSBP. Hamikkkkkkkk ~ Terus lah aku terimbau kenangan di SESTER dulu. Ya Allah rindunya :'(

Remember this, Fyra Ruslan? :')

Pagi-pagi lagi, pukul 5.30 pagi aku bangun sebab aku ditugaskan untuk kejutkan orang bangun Subuh sebab masa tu aku dipilih untuk jadi Badan Agama, Dakwah & Rohani aka BADAR. So untuk level aku, aku yang bertanggungjawab. Kawan-kawan aku cakap, aku ketuk pintu bilik dorang macam nak roboh pintu bilik tue. HAHA :D

Aku ni banyak main je dalam kelas -.-

Lepas sembayang Subuh, pergi dekat Dewan Makan. Haaaaaaa ~ Masa ini aku memang rajin giler lah nak breakfast, tak macam sekarang -.- HAHA :D Kalau breakfast makan nasi lemak, konfem-konfem lah kau akan tidurrrrr je dalam kelas sepanjang hari tue. HAHA :D


Lepas tu pergi ke kelas dan lepak-lepak kejap sebelum kena panggil pergi rollcall. Rollcall ni ibarat macam perhimpunan pagi tapi kejap je lah ~ Hari-hari nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Terengganu dan lagu SESTER dan juga mengalunkan Asma Ul Husna :') Kemudian, ada spotcek. Cek kuku panjang ke, cek pakai kain dalam ke tak ~ macam gitu je lah ~ hehe :)


Masuk kelas dan macam biasa, kalut-kalut sikit, kemas-kemas barang. Lepas tu tunggu cikgu. Cikgu masuk, mengajar macam biasa. Tapi setengah jam lepas tu, konfem lah kepala akan ada meja sebab tidur. HAHA :D 

Selamat malam semua :)

Tiba waktu rehat pulak. HAHA :D Waktu rehat pulak, kadang-kadang aku tak pergi rehat pun sebabbbbb aku nak qada tidur. HAHA :D Weyhhhhhhhhh ~ masalah utama budak-budak SBP adalah selalu mengantuk dalam kelas -.- Memang lah weyh ~ yang ni memang tak boleh nak elak ~


Kadang-kadang lebam tangan aku ni sebab kawan aku cubit atau cucuk-cucuk dengan pen sebab tak nak kasi tidur dalam kelas. Tak kisah lah kau tidur pukul berapa malam sebelumnya, yang pasti bila dalam kelas, konfem akan mengantuk dan terus danggg tidur dalam kelas :) Dan tak kusangka perangai ini aku masih teruskan lagi di universiti. HAHA :D

Aku yang tutup muka dengan kertas tue -.- HAHA :D

Last experiment in high school ; buat sabun! :D Chemistry Lab :)

Lepas tu tiba waktu tengahari, pergi sembahyang Zohor berjemaah dulu dan shuhhhhhh berebut-rebut pergi ke Dewan Makan! Yelah ~ aku kan tak makan waktu rehat kan? So untuk waktu tengahari, konfemlah aku memang lapor -.- Kalau kena beratur panjang, memang sabor je lah -.- HAHA :D Hari Khamis dengan Jumaat adalah paling best sebab menu dia terbaik! :D


Bab-bab menu ni, aku dah boleh hafal dah hari ni makan apa, esok makan apa. Sebab tu kadang-kadang ramai kawan-kawan aku akan tanya aku "Mai, hari ini makan apa?" HAHA :D Kalau aku tak ingat makan apa, aku ceroboh bilik pengawas sekejap sebab nak tengok menu :p HAHA :D

Baju KRS :) HAHA :D

Kat Dewan Makan pulak, kitorang ada Mak yang sangat-sangat baik dengan kitorang. Kitorang dah anggap dia macam mak kitorang sebab jaga kitorang dan tak pernah nak kedekut kasi kitorang makan lebih :) Dan kitorang pun ada seorang kakak yang garang tapi kelakar, nama panggilan dia IB, stand for Intan Baiduri :) Tapi masa aku pergi amik sijil SPM dua tahun lepas, Mak cakap IB dah tak kerja kat Dewan Makan lagi dah :(


Then time prep petang! Prep petang? Oh memang tak lah weyh nak study waktu petang-petang melainkan ada yang buat subjek kira-kira ker. Kalau kena student yang malas macam aku, kitorang akan pergi ke library sebab dekat library ada aircond, sejukkkkkkkkkkkk ~ dalam kelas, panas -.-


Dalam library, amik novel kejap dan baca. Tak sampai setengah jam, kroooh krooohh kroooh lagi sebab perut kenyang, sejuk pulak tu, konfem lah tidur. HAHA :D Kalau dah nak dekat habis waktu prep petang, boleh lah tengok semua kepala student yang dekat library, semuanya atas meja je belaka. HAHA :D


Habis prep petang, time riadah pulak ~ Untuk sembahyang Asar ni, aku tahu ramai yang sembahyang dalam bilik kan? HAHA :D BTW dekat SESTER, kelima-lima waktu sembahyang, kami diwajibkan untuksembahyang berjemaah di surau SESTER :) Dan satu lagi, dekat SESTER, kitorang tak pakai sistem asrama sebab kitorang pakai sistem bilik :) Satu bilik dua orang je :) Bertaraf hotel lima bintang boh! :D


Time riadah pulak, bebaslah nak buat apa pun yang kau nak ~ Macam aku, aku pergi beli aiskrim dengan Fyra Ruslan dan makan dekat tepi Dewan Nadwah. Oh mak oii ~ tak sangka aku masih ingat lagi nama dewan SESTER nie :') Ahh kenangan betul lah kat situ :)

Duit banyak, makan aiskrim mahal. Duit sikit, makan aiskrim murah. HAHA :D
Insyallah bulan May ni aku pergi jumpa minah ni dekat Sabah :)
Kadang-kadang time riadah, ada yang tak turun sebab tidur dalam bilik. Ada yang turun pergi riadah sebab betul-betul nak riadah. Ada yang turun waktu riadah sebab nak tidur. Haha :D Macam-macam peel perangai lah boleh jadi :) Oh oh ~ ada makan petang tau masa ni tapi ramai yang tak pergi sebab malas :p


Habis riadah, masing-masing masuk asrama dan siap-siap untuk prep malam pulak ~ Ahh ~ aku rindu betul dengan keadaan aspuri SESTER yang berhadapan antara satu sama lain dan boleh menjerit HOI HOI je untuk panggil kawan kita kat seberang. HAHA :D Dan yess ~ aku rindu bunyi bola di bam dan satu bangunan aspuri akan bergema dan bergegar dengan kebambam bola tue. Eh? HAHA :D

Pesta Durian SESTER :D Satu sekolah bau durian -.-

Lepas tu pergi ke Dewan Makan seawal pukul 6.30 petang untuk makan malam :) Jujurlah aku cakap, dulu-dulu masa sekolah, waktu makan aku teratur je. Dekat U nie, berterabur betul waktu makan aku. HAHA :D Pukul 4 pagi pun boleh duk makan maggi lagi -.-


Then pergi surau untuk sembahyang Maghrib. Kemudian start lah prep malam. Tapi biasalah ~ Prep malam start pukul 8.15 malam tapi pukul 9 belum tentu kau akan start bukak buku. Biasalah ~ Sebelum start prep, makan-makan aiskrim dulu. Makan keropok dulu. Lepak-lepak dulu. Duk buat tawaf satu sekolah dulu. Pergi situ sini -.- Telefon mak ayah dulu ker, biasalah tue :)

Sembang bersama Mak Jemah :)

Waktu prep malam pulak jangan haraplah nak study. Awal-awal tahun, aku memang tak study. Aku banyak main je. Aku pun tak ingat lah apa yang aku buat masa dulu tue. HAHA :D Yang pasti, sambil buat kerja, mulut ni mesti nak bercakap. Mesti nak menyanyi. Duk pot pet pot pet ~ Nak-nak ada geng macam Fyra, Ecah, Mekna, Lina, Zarah, Shah ~ Memang layan habis lah :')

From left ; Yatie, Fyra Ruslan, Amalina Alias dan sayaaaaaaaa :)
Rindu semua :')
Tapiiiiiiiiii ada jugak yang tidur masa prep malam! HAHA :D Waktu kelas tidur, waktu riadah tidur, waktu prep malam pun tidur jugak? Memang berhantu betullah bab-bab tidur nie. HAHA :D Then pergi ke surau sebab nak sembahyang Isyak tapi sebelum tu, pergi Dewan Makan dulu. Kalau supper tu makan pau je, masing-masing tak nak pergi. Tapi kalau makan roti dengan nugget, memang satu SESTER turun pergi Dewan Makan. HAHA :D Nikmat betul dapat makan nugget 3 ketul tu dengan roti kan? :')


Dah habis sembahyang Isyak, naik bilik. Masa ini dah bebas lah masing-masing nak buat apa. Ada yang gosok baju, makan-makan  (MAKAN LAGI KE CIK KAK WEYH?!), ada yang sambung study, ada yang terus tidur. 

Maggi kari <3 :)

Tapi orang-orang yang macam aku nie yang dah banyak kali tidur waktu siang, konfem-konfem lah akan berjaga waktu malam. Kerja aku ; merayap dari satu bilik ke satu bilik. HAHA :D Tak pun berborak-borak dalam bilik dengan kawan-kawan aku. Kebetulan, masa aku Form 5, bilik aku memang jadi tumpun orang ramai untuk datang singgah. HAHA :D


Dah kalau perempuan dah berkumpul, ada sajolah benda yang diborakkannya. Sedar tak sedar, eh eh ~ dah pukul 3 pagi. Pukul 6 dah nak kena bangun. HAHA :D 


Masa nak dekat SPM lagi best :) Sebab ada banyak giler jamuannnnnnn yang kita boleh dapat makan free. HAHA :D Macam aku ; aku ada Aspuri Night, Jamuan BADAR, Jamuan Alfa (rumah sukan aku),  Majlis Graduasi Form 5, Jamuan PRS dan yang paling best Jamuan Perdana :) Jamuan Perdana memang best sebab makanan sumpah sedap-sedappnya Ya Allah T___T

Jamuan PRS di A&W Batu Burok

Form 5 Graduation Day!! :D
Rinduu <3
Jamuan Perdana :)
Dan inilah kehidupan di SESTER yang aku dah lalui selama dua tahun sebab kat SESTER just amik intake lepasan PMR sahajo :) Aku bersyukur kepada Allah swt sebab aku berjaya habiskan study aku kat SESTER sedangkan ada satu ketika tu, aku sendiri pernah pergi jumpa Cikgu Nurlina, cikgu kaunseling aka warden aspuri masa tu sebab nak keluar dari SESTER. Beliaulah yang yakinkan aku untuk stay dan fikir baik-baik pro dan contra kalau aku tinggalkan SESTER 


Terima kasih cikgu sebab berjaya buat saya stay kat SESTER :')


Kehidupan kat SESTER adalah satu pengalaman yang paling bernilai pernah aku ada dalam hidup aku. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan itu dengan kata-kata sebab terlalu banyak aku nak cakapkan kat sini :)


Tapi sekarang tu hanya kenangan sahaja. Betul lah ada orang cakap. Kenangan manis bukan buat kita akan rasa happy tapi buat kita rasa sedih sebab kita tahu, benda yang sama takkan berulang lagi -.- Hmm~  Kenangan-kenangan dekat SESTER akan selalu tersemat dalam hati aku. Tak pernah aku lupa apa yang berlaku dekat SESTER dulu :')


p/s : To all SESTERIANZ IX, ingat tauu ~ Jumaat malam ni pukul 9 waktu Malaysia, kita online ramai-ramai kat group SESTER IX sebab nak bincang pasal reunion okayy? :)



 SESTER IX, I miss you so much bebeyhh ~ 

 

You May Also Like

2 comments