Air Terjun Menderu bersama Geng-Geng Intersession :D

by - Saturday, May 19, 2012



 Assalamualaikum

Sebenarnya aku dah siap cerita ni 2 minggu lepas lagi tapi aku tak publish sebab tunggu gambar nak kasi editedit sikit. Hehe ;) Enjoy lah cerita ni yang dah genap 3 minggu aku rasanya aku duk peram -.-


****************************************************************************


Ini cerita yang minggu lepas, genap seminggu aku duk peram cerita ni sebab tunggu gambar dan kebetulan aku tak ada masa nak update -.-


Minggu lepas, kitorang, budak-budak DPA UiTM Dungun yang buat intersession ni pakat beramai-ramai pergi ke Air Terjun Menderu :) Semuanya last minute punya plan tau? HAHA :D


Alkisahnya, pagi Khamis tu lepas kelas tu aku baru tahu yang dorang nak plan pergi air terjun. Ketua projek ; Salimi lah ~ Sebab die yang tahu pasal tempat nie dan masing-masing tak pernah pergi sana. So tu yang semua pakat on je nak pergi :)


So petang Khamis tu, aku, Ana, Lan, Aida dan Farah pergi tempah nasi kukus untuk dibawa ke Air Terjun dan masing-masing yang nak pergi semuanya sewa kereta Kancil sebab nak pergi sana dan kebetulan nak jimat duit minyak. So lepas kira-kira, total kereta yang pergi ialah 8 buah kereta ; 5 buah kereta Kancil :) Hehe


From left ; Salimi, Dila, Aku, Naina, Ain dan Jue :)

Pagi Jumaat, pakat berkumpul dekat Petronas dekat area Politeknik Dungun dan lepas semua dah sampai, kitorang pun bertolak pergi sana :) Masa ni macam best sangat-sangat sebab konvoi kereta ramai-ramai dan mostly semuanya naik kereta Kancil. HAHA :D Comel je :)


Tapi yang tak bestnya, Salimi bawak kereta laju sangat -.- Jenuhlah kitorang yang kereta Kancil ni nak kejar Salimi. HAHA :D Salimi punya kereta besar. Lepas tu, kitorang berjumpa balik dekat McD Kerteh dan lepas semua dah sampai baru kitorang gerak pergi ke Air Terjun Menderu :)


Laaaaaaaaaaaa ~ Dekat sangatlah dia punya simpang tue! Aku ingatkan dekat Kemaman, tapi dekat simpang sebelum masuk Mesra Mall, tak adalah jauh sangat kan? Tapi masa nak masuk ke dalam air terjun tu, 3 kilometer babe -.-

Jalan masuk ke Air Terjun Menderu

Ni jalan masuk dia. Jalan dia still tanah merah lagi dan berlubang-lubang sikit lah ~ Jalan yang dikelilingi hutan dan mampu muat satu kereta je :) Lan lagi best "Asal lah Salimi tak cakap awal-awal? Boleh kita sewa kereta Land Rover je" HAHA :D


So selepas berminit-minit duk bergoyang-goyang dalam kereta. akhirnya sampai jua :) Aku rasa tempat tu macam baru nak up sebab macam tempat tu tak tercemar pape pun lagi :) So macam okaylah :)


Baru sampai :)
Pompuan pompuan


Sampai je kat situ, angkat-angkat beg dan makanan dan terus tukar baju dan terus masuk dalam air. HAHA :D Tak kira dah beg dah letak dekat mana sebab ada yang tak mandi. So kitorang yang mandi, kasi beg-beg kitorang dekat dorang, mintak tolong jagakan. HAHA :D Terima kasih ye korang?


Budak lelaki pulak aku dengar pakat pergi naik ke atas. Salimi cakap dorang mandi dekat level 5, tu pun amik masa dekat setengah jam nak naik atas. Habis tenggelam masing-masing mandi dekat situ. Kitorang yang perempuan ni mandi dekat level 1 je. Hehe :)


Tapi best perrrrrrr level 1 tue :)

Cari port :)






Cahaya keimanan. HAHA :D

Aku paling suka gambar nie :)


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~  banyak tak gambar-gambar kitorang mandi? Ni pun aku edit kasi nampak double double je semuanya sebab tak larat lah Mak Jemah nak upload semua dik oiii ~ HAHA :D


Masa kitorang mandi ni, kitorang ada main satu game :) Main game macam dalam Super Spontan tue. Main game Berita Berkepala 3. HAHA :D Memang best lah duk main ramai-ramai. Yang paling bestnya, masa duk sambung-sambung ayat tue jadi macam nie "Saya tengok wayang di Tesco" HAHA :D Pakat bahan gelak lah masa tue :) Tapi best perrrrrrrrrr :)


Lepas tu, masing-masing naik atas sebab nak makannnnnnnnnnnnnnnnnn ~ Makan nasi kukus yagn kitorang order petang sebelumnya :) Wahh terbaik ar nasi kukus die! :D Sedap giler! Dah lah murah, dapat RM4.50 sekali dengan air sirap :) Dan baki RM0.50 tu beli coklat-coklat sikit :)

Makan-makan time :D


Lepas tu, kitorang sambung main air lagi! HAHA :D Masa ni aku sebenarnya macam dah tak nak main dah sebab nak kasi kering baju :) Atleast masa tukar nanti, tak adalah basah sangat kan? Tapi hape jadahnya?! Tengok dorang duk main, eh eh ~ aku pun termain sekali. HAHA :D


Masa ni ktorang mandi dekat area bawah sikit. Sikit je turunnya tapi lagi best sebab kawasan luas dan air pulak paras pingang masing-masing. Memang terbaik lah :) Budak kecik yang tengah mandi dekat kawasan tu pakat berlari belaka sebab kitorang serang dorang. HAHA :D

Port mandi yang baru :)
Port mandi yang baru ni lagi best nak mandi. HAHA :D Sebab ada batu besar yang kitorang panjat dan terjun, konon ala-ala nak jadi perenang kebangsaan lah ~ HAHA :D Lepas tu pakat angkat salah seorang dari kawan kitorang dan tenggelam kan dia. HAHA :D Ya Allah ~ Sumpah memang terbaik lah masa nie :)


Dalam pukul 3 tu kitorang stop mandi, tukar-tukar baju dan sembahyang Zohor. Sebab apa? Kitorang nak pergi ke Mesra Mall. HAHA :D Yelah ~ Kan simpang nak masuk ke Air Terjun Menderu ni kan dekat dengan Mesra Mall. So haruslah ke MM sebab budak-budak ni ada buat tournament boling tapi aku tak join lah :)

Muka excited baru lepas mandi air terjun :)


Masa ni masing-masing macam berpisah kejap sebab ada yang tak sudah lagi tukar baju. So sesiapa yang dah sudah, pakat pergi ke MM dulu sebab masa ni orang ramai dah mula sampai. Tempat parking pulak dah penuh sebab kitorang conquer dalam 8 buah kereta so kitorang pun pakat-pakatlah keluar cepat-cepat.


Sampai je dekat MM, aku Lan dengan Mimi pergi sembahyang Asar dulu sementara nak tunggu dorang dan pergi dekat Ida, Nad dan Faen sebab dorang tempah lane nak main boling. Lepas tu aku dengan Lan dan Mimi jalan-jalan dalam MM.


Masa ni duet aku memang dah kurenggg dan haruslah aku berjimat cermat kan? Tapi berjimat cermta hapenyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Masuk Vincci kejap dan tengok-tengok shades. Hamik kauu ~ 70% pulakk! Of courselah kena beli sebab murah :)


So tak pasal-pasal Lan dengan Mimi jadi image consultant aku sebab dorang suggest mana yang terbaik untuk aku dan aku beli yang nie,

Aku tak reti nak kemaskan tudung aku -.-

So lepas dah beli tu, Lan cakap dia nak makan Big Apple :) So lepas dah kawtim, Lan beli yang 6 pieces donut punya, masing-masing dapat 2 jenis Big Apple :) So kira okaylah tue :) Aku pun dah lama giler tak makan Big Apple :)

Muka happy :)
Big Apple :)
Me with Mimi Jahya :)

After dah kenyang makan Big Apple, kitorang jalan-jalan kejap dalam MM dan terus pergi tengok dorang main boling sebab Ana dah call aku masa nie. So pergilah ~ Kebetulan masa tu, hari Jumaat. So memang full house lah dekat MM tu -.-


Tengok dorang main boling. HAHA :D Macam happy je masing-masing sebab dapat main walaupun tak terror mana pun. Argh lantokk ~ Sebab yagn penting, masing-masing happy. HAHA :D Aku tak main sebab just amik-amik gambar dan record video je :) Aku just menjerit-jerit je tengok dorang. Pakcik lane sebelah kiorang pun terus stop main sebab kitorang buat bising. HAHA :D

Kecoh kecoh -.-


Game on! :D

Okay memandangkan ni kan tournament boling, so haruslah kena bahagi-bahagikan group. Yang pasal pembahagian group ni, dorang just cabut pakai kertas je, malam Jumaat sebelum kitorang pergi ke Air Terjun tue :) Dan inilah groupnya :)

Group :)

Oh btw kepada yang tak tahu Gege tu apa, maksudnya bising dalam slang Kelantan :) Haha :D Terbaik kan nama group masing-masing? Masa ni aku just sorak-sorak je dengan dorang. Tapi lepas tu bila dah tengok dorang main, aku pulak yang macam "Eh rasa macam nak main jugaklah!" HAHA :D


Aku pun kumpul orang nak main dan aku pergi tempah lane. Tak sampai 10 minit, aku terus dapat lane. HAHA :D Kitorang pun main lah ~ Group aku ; Aku, Gman, Harris, Fitri dengan Zul aka Pokcik. Aku tak reti main boling dan plusssssss aku dah lama tak main so tiap kali aku baling, memang ke LONGKANG lah jawabnya -.-

Hari kejadian :)


Dalam banyak-banyak orang duk main boling, Ashrool lah yang paling aku tabik. Gaya baling macam dah pro, baling bola jenis bola spinner (eyh?) lepas tu memang semua orang target memang dapat strike lah ~ Sekali bila dah dekat dengan pin boling, alih-alih masuk dalam longkang jugak! HAHA :D Dah lah lepas tu baling bola boling punyalah bergaya sampaikan termasuk dalam lane pakcik sebelah kitorang. HAHA :D


Pokcik pulak selalu cakap "Hebat tak aku?" lepas baling bola boling. Ada sekali tu, lepas dia dapat strike, muka perghhhhhhhhhhhhhhhh  ~ terbaik ar! HAHA :D Gman pulak tiap kali sebelum nak baling bola, kononnya panaskan badan dulu. HAHA :D Tapi tak dapat pun strike! HAHA :D

This is the marks!
Haaaaaaaaaaaaa jangan ditanya aku lah siapakah di sebalik nama-nama semua tue. Tu semua Gman punya pasal. HAHA :D Lepas je main-main, aku Lan dengan Mimi gerak pergi Maghrib dulu then kitorang pergi beli bungkus makanan nak bawak makan dekat bilik nanti. Aku beli nasi kandar lauk kambing. Woot ~ Dah lama betul tak pekena nasi kandaq :D


Lepas tu entah macamana entah, Zalia call aku ajak makan sama-sama. So aku pun on je lah ~ Kitorang berkumpul dulu, then baru gerak balik ke Dungun sama-sama sebab budak lelaki dah sampai dah. Dorang just tanya je kitorang nak makan apa dan dorang tolong orderkan.


Memandangkan aku dah beli nasi kandar, so aku makan tu je lah tapi tak habis sebab banyak sangat kot? HAHA :D Lepas dah makan-makan, kitorang pun balik ke bilik masing-masing dengan perasaan gembira dan letih yang teramat sangat-sangat. HAHA :D

Makanmakan :)

So begitulah ceritanyaaa. HAHA :D Overall memang aku rasa happy sangat-sangat sebab yelah ~ sebelum ni tak pernah pun nak hangout sesama tapi disebabkan kami berintersession dan jauh dari family dan kami sahaja budak diploma DPA yang ada, maka kami pun bersatu hati untuk keluar beramai-ramai. HAHA :D


BTW best lah intersession kali nie. HAHA :D Harap-harap markah kita untuk subjek IR dan DA pun best jugak :) Hehe

p/s : Kitorang pergi hari Jumaat kan, Sabtu Ahad dan rehat. Hari Isnin, Madam Syamaliah tanya "Why you all look sleepy?" Tak cukup rehat Madam sebab mandi air terjun! HAHA :D



 

You May Also Like

2 comments