Results Intake Degree Mac 2013 :)

By Mysara Newrie - Monday, February 04, 2013


Assalamualaikum 


Okay. Baru-baru ni kecoh kejap lah dengan semua kawan-kawan satu UiTM sebab results intake Degree untuk kemasukkan Mac 2013 dah keluar. Fuhh ~


Tapi before that, memang duk tunda-tunda lah. Dekat 3 kali kot duk tunda HAHA :D Hadoii ~ kasi orang lagi berdebar je. Aku masa tu dah tak nak fikir pape dah sebab yang penting, aku tawakkal. Tu je. 


Pukul 10 malam, 31 Januari 2013 tu ; kawan aku call aku. Dia suruh aku cek sebab dia dah cek dah. Aduyaii ~ kasi debor je. Masa tu aku baru nak rileks rileks, tak nak fikir sangat pasal results Degree. Tapi lepas kawan aku dah call tue, aku pun macam tak boleh nak duduk diam lah!



Hello? Kau rasa boleh ke kau duduk diam kalau dah asyik orang sms/whatss app/call tanya kau dapat ke tak? HAHA :D Memang tak lah ~ Ayah aku pulak duk tengok je aku ulang alik depan TV. Mak aku pun dah pening tengok aku HAHA :D


Dengan berdebar-debarnya, aku masuk dalam bilik - bukak lappy, masukkan simcard broadband semua. Masa tu, memang aku nak sangat-sangat tahu aku dapat mana. Tak macam masa nak cek results, aku macam takut giler nak bukak tapi dalam takut-takut berani tu, aku cek jugak HAHA :D


Tapi untuk Degree ni, aku memang nak sangat-sangat tahu. Tetiba terdetik dalam hati aku, baik sembahyang dulu kasi tenangkan jiwa sebab yelah ~ expect the unexpected lah kan? Bak kata kawan aku lah ~ 



Lepas sembahyang, aku baruuuuuuuuuuuuuuuu je nak connect kan broadband aku bila tetiba ayah aku meluru masuk dalam bilik aku dan tanya "Sarah dah cek results ke belum?" Aku pun cakap belum dan cepat-cepat bukak broadband aku


Baru je nak connectkan broadband, ayah aku datang dari belakang aku dan tunjukkan tab dia. Uish aku ingatkan amendalah ayah aku nak tunjuk nie. Tapi terus aku tersenyap jap bila tengok apa yang ayah aku tunjuk tue

Alhamdulillah :')


Ya Allah! Terus aku menjerit-jerit sambil menangis. Okaylah ~ aku menangis sebenarnya sambil menjerit panggil mak aku. Huaaaaaa ~ menangis-nangis aku tengok aku dapat masuk kos yang aku nak dan tempat yang aku aim. Actually tempat tak adalah aku aim sangat cuma macam apa yang aku harap, Allah swt tunaikan


Syukur sangat-sangat kepada Allah swt sebab aku dapat teruskan pengajian aku dalam Sarjana Muda Sains Pentadbiran aka BASS which stand for Bach in Admin Science :') BTW, merasalah aku jugak nak study dekat UiTM Shah Alam sebelum berpindah ke UiTM Seremban 3 nanti :)



Oh ya ~ UiTM Seremban 3 masih dalam 70% dalam pembikinan sebab petang tadi aku dah pergi survey tempat dengan mak ayah aku. Aku dah siap tangkap gambar dah. So nanti aku upload dekat FB je, kasi kawan-kawan aku tengok. Hehe ;) Insyallah ~ dalam tahun depan, aku dan kawan-kawan aku akan berpindah ke UiTM Seremban pulak :)


So sementara nak tunggu siap tue, kami akan di transitkan ke UiTM Shah Alam dulu jap. Tak tahulah berapa lama kan? Depends on UiTM Seremban punya pembikinan lah. Harap-haraplah cepat siap! :D



Kepada kawan-kawan yang permohonannya tak berjaya, jangan bersedih. Aku tahu, its hard things for you all nak hadapi. Aku faham. Kawan-kawan aku nangis, mengadu pasal nie, tak memasal aku pun rasa sedih pulak. Aku tahu. Takpe. Jangan sedih sebab semua ni terjadi pasti ada hikmahnya. Cuma kita je yang tak tahu. 


Kuatkan semangat yer? Dan berdoa banyak-banyak. Aku tahu, benda ni bukannya senang nak hadapi, nak nak lagi bila melibatkan masa depan. Sabar. Sabar itu separuh dari iman. Nak menangis, menangis lah ~ cuma jangan biarkan emosi tu menguasai diri sebab nanti kang tak boleh nak fikir pape. Sekarang ni, kau kena fikir back up plan je. Ingat ~ papehal benda, kena ada back up plan sebab kang, kalau tak ada, susah nanti. Okay? 


Aku doakan semua kawan-kawan aku yang tak dapat tue, semoga kamu tabah dan cekal! Dan semoga ada benda yang lebih baik untuk kamu dekat luar sana ;) Insyallah, mungkin rezeki korang tak ada dekat sini tapi kita mana tahu kan? Rezeki korang dekat mana-mana malah mana tahu, mungkin lebih baik dari kitorang? Ingat, kun faya kun :)


Okayyyyyyy ~ bila dah tahu pasal results Degree nie, bermakna akan aku sibuklah dengan pelbagai macam benda yang nak kena buat. Ni pun aku dah sakit pinggang dah ni menghadap lappy sebab buat research itu ini -_- Takpe. Sabar Sara. Kejap je nie :)


Syukur Alhamdulillah ~ aku dapat kos yang aku nak :') Syukur Alhamdulillah :')


p/s : Follow IG aku. Sekarang macam dah kurang berblogging sebab asyik dengan IG je. Search mysaranewrie :)

 

  • Share:

You Might Also Like

19 comments