A Short Trip to Melaka. Eh eh ~ Sempat Pulak Singgah dekat PD dan Seremban :p

By Mysara Newrie - Monday, February 25, 2013

Assalamualaikum


Well - tak bermakna short trip maka entry aku ni pun akan jadi short entry okay? Nonn hadoo haha


So after dah dapat tahu results Degree malam tue, esok paginya dengan mata yang memang bengkak giler aku dan parents aku berangkat ke Melaka dalam pukul berapa entah. Yang pasti after 7 am lah ~ Ingatkan adik aku dapat join tapi non hadooooo ~

Melaka :)

Dalam kereta, aku pun apa lagi - sambung tidurlah sebab malam sebelum tue, memang aku tak tidur awal sebab sibuk chat dengan kawan-kawan aku pasal results Degree masing-masing. So kiranya, trip ke Melaka nie macam hadiah untuk aku lah sebab dapat sambung ke Degree, kateeeeeeenyaaaaaaa HAHA :D


Sampai pukul 9 pagi dekat Ayer Keroh then breakfast. Lepas tu mulalah mengimbau kenangan zaman 90-an dulu dekat Melaka HAHA :D Sebab before this, aku selalu ulang-alik ke Melaka dan Seremban sebab aku duduk Port Dickson about 5 years lah rasanya. So setakat nak pergi Melaka dan Seremban tu dalam satu hari, tak ada hal lah sebab dekat sangat HAHA :D


Bila jumpa Taman Buaya Melaka, teringat dulu zaman aku kecik-kecik tak takut dengan buaya. Serius, yang ni tak tipu. Tapi sekarang takut lah ~ esp dengan lelaki buaya. Opss ~ cut it off please! HAHA :D


Then kitorang terus pergi dekat Bandaraya Melaka. Pergi Bangunan Stadthuys, kan dekat situ ada muzium kan? Well ~ ni 1st time okay kitorang pergi situ sebab dulu-dulu mana minat nak masuk muzium! HAHA :D Aku rasa muzium sini berbaloi sebab walaupun bayar murah tapi macam-macam info kau dapat tau :)

Lintas Langsung dari Bandar Melaka! :D

Mata rabun sebelah - biasalah kalau kes tunduk dekat-dekat macam nie Y___Y


Amik gambar je. Tak sampai hati tengok pakcik tua penat-penat kayuh
dan kita bergembira amik gambar atas beca Y__Y

When you've started to feel bored in the museum -__-

Tapi lepas dah syok-syok pusing, sekali kena saman. Pergh memang potong stim betul lah holiday aku nie! Arghh stress tau tak?! Alasannya sebab kena saman adalah sebab kitorang tak letak tiket parking yang kena gores-gores tue. Aku rasa semuaaaaaaaaaaaaaaa kereta yang park dekat situ, termasuk van hotel habis kena saman! Sumpah aku nak marah


Sebab 1st - there's no notice yang betul-betul kami, PELANCONG yang boleh nampak yang kena bayar parking tue. 2nd - bila kami ajukan soalan kepada pegawai dekat pondok tue, kami dilayan macam suam-suam kuku. Tak ada dah nak bagi explaination. So sumpah potong stim okay?


Ye ~ aku faham saman ni adalah salah satu punca pendapatan kepada Majlis Bandaraya tapi please? Atleast letaklah notis yang betul-betul kami boleh nampak ataupun letak orang yang bertugas untuk inform pasal tiket parking bergores nie. Bila jadi macam nie, rasa macam spoil terus mood bercuti orang lain. Malaslah nak datang lepas nie. Merajuk.


Punyalah potong stim, terus kitorang check in hotel. Then lepak dekat Mahkota Parade, jalan-jalan dekat situ. Masa ni, perasaan potong stim tu masih ada lagi dalam hati tapi bila nampak ada orang pegang Cool Blog, terus aku rasa happy sebab atleast benda ni boleh tenangkan aku. Tapi nak mencarinya, Masyallah ~ nunnnnnnnnnnnn jauhh di sana baru lah ternampak signboard diorang yang sipi-sipi tue -__- 

Nah! Lesung pipit yang malu nak keluar -__-

Lepas tu, kitorang pergi ke Dataran Pahlawan Mall. Ye ker? Alaaa yang opposite dengan Mahkota Parade tue. Sempatlah jugak aku beli souvenirs untuk diri aku sendiri HAHA :D Tak ada masa ehh nak beli dekat orang lain, busy busy HAHA :D Aku beli keychain, fridge magnet. Haa ~ yang fridge magnet ni sebab berjangkit dengan mak aku yang pun suka kumpul fridge magnet HAHA :D


Balik bilik balik. Masa ni, sengaja kosongkan perut sebab malam tu kitorang serang Umbai! Alaaaa ~ yang Medan Ikan Bakar yang femes dan wajib untuk datang tu kalau kita pergi Melaka HAHA :D Kitorang adalah yang palingg awal sampai dan terus zap zappp order dan of courselah, my favourite - sotong celup tepung. Amik kau ~ 4 ekor order sekaligus HAHA :D Tapi sumpah sedap :)

Huaaa nak makan lagi! :O

Lepas dah kenyang, moh ler kita pergi ke Jonker Walk! Okay, pasal nak pergi sini tak plan pun sebab aku just Google je tempat menarik di Melaka sekali aku rasa macam tempat ni macam best so parents aku pun iyakan je lah. Memang best woo! Macam-macam ada tapi aku tak tahu nak beli apa. Just cuci mata dan tengok-tengok sahaja :)

Jonker Walk! :D

Eii sukanya dengan kedai nie! :D Klasik nasional betul! :D

The second day pulak, kitorang pergi ke Kampung Chin Chin, Melaka. Dekat situ, ada satu keluarga yang memang rapat dengan arwah tok aku dulu. Memang rapat dan dah anggap macam saudara sendiri dah. So kitorang ni macam generasi yang kedua dan ketiga lah yang nak merapatkan tali sillaturrahim antara kami semua :) Lepak dekat situ sampai sempatlah kami lunch dekat situ heheh :)

Kampung Chin Chin, rumah ni sejuk sangat! :D

Lepas tu balik semula ke Melaka. Mak aku pulak nak makan cendol katanya. Kebetulan cuaca dekat Melaka pun macam boleh tahan panas. So meh lah kita ke Pantai Klebang. Masalahnya, kedai bukak tapi tokey cendok tak ada! Sakit hati sungguh HAHA :D So kitorang lepak dekat situ sementara tunggu cendol

Matahari :)

Pergh ~ nak boleh ke tunggu ke cendol, macam-macam kitorang order HAHA :D Air kelapa, buah duku 2 kilo, char kuew tiau, mee hoon sup! Tapi semua tu dibalas baik dengan kemanisan dan kesejukkan cendol HAHA :D Nasib tokey tu datang, kalau tak? Haaaaaaaaa ~

Cendol! :D

Lepas tu, pusing-pusing bandar Melaka dan balik hotel. After Maghrib, kitorang pergi sekali ke Jonker Walk sebab semalam punya tak puas jalan HAHA :D Memang puas hati dapat jalan sampai ke penghujung jalan Jonker Walk tue. Macam-macam benda yang dijual tapi aku tak berkenan pun nak beli. Oh yang aku beli pun hanyalah penutup mata yang nak buat tidur. Tu je. Tu je okay? HAHA :D

Saya di sini, awak di mana? HAHA :D

Esoknya, awal pagi lagi kami dah berangkat ke Port Dickson HAHA :D Aku memang dah agak dah aku memangggggg akan tidur dalam kereta so sepanjang perjalanan ke PD, aku baca buku nie

Awek Chuck Taylor by Lejen Press :)

Heheh ~ within 24 hour, aku dah boleh habiskan buku yang setebal 300 muka surat nie. Haaa alangkah indahnya kalau buku belajar pnn macam tu jugak -__- Ish ish ish ~


So sampai dekat Port Dickson, aku terus jadi happy yang teramat sangat sebab dekat PD lah aku membesar, aku kenal apa itu ABC dan 123. Dekat sinilah aku pernah kena hmm marah dengan cikgu sebab meniru dalam exam? Kena denda sebab tak hafal sifir? HAHA :D Giler, banyak betul memories aku dekat PD nie! :D Even PD pun welcomes me as well :D 

Terharu mak nokk ~ HAHA :D
SEKOLAH RENDAH AKU! :D
Oh well - after almost 11 years aku tinggalkan PD dan zaman sekolah rendah aku disini, akhirnya aku dapat jugak tengok SKPD nie HAHA :D Weyh ~ sumpah rasa sebak okay (aku ni memang tacing sikit bab-bab macam nie)


Aku masih ingat lagi, pintu pagar ni lah yang aku masuk dengan pakai skirt baju sekolah rendah tue, dengan rambut tocang dua. Naik motor pagi-pagi dengan ayah aku sebab on the way dia nak pergi kerja lalu ikut jalan pantai. Dekat sinilah aku pernah kejar orang yang curi-curi masuk dalam kelas (sebab aku pengawas masa tue) tapi sekali tersadung tayar hiasan dan semput nafas HAHA :D Dekat sinilah aku pernah kena marah dengan cikgu sebab aku pergi cubit orang bising dalam kelas HAHA :D Dekat sinilah aku pernah...dah dah dah! Aku malas nak tulis sebab aku asyik teringat benda-benda yang nakal dan jahat je yang pernah aku kena HAHA :D

Aku rasa aku memang nakal zaman aku sekolah rendah dulu -_-
Dalam petak merah - kelas aku masa Darjah 5 Alamanda :D HAHA :D

Well ~ aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Port Dickson ni dari Darjah 1 sampai Darjah 5 iaitu tahun 1999-2003 sebelum aku berpindah ke Besut dan amik UPSR dekat Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud. Okay, Besut ni memang aku dah lama tak jejak kaki pergi sana :O

sayabudakcomel = SBC HAHA :D

Eh eh ~ kebetulan pulak! Tak sangka pulak URL blog aku ni sama pulak dengan kedai buku SBC. Dekat PD nie, kiranya SBC ni adalah kedai buku dan alat tulis paling masyhurrrr sekali lah. Sikit-sikit SBC. Nak beli pen dekat SBC. Nak beli kertas dekat SBC. Nak beli buku dekat SBC. Semua dekat SBC lah! :D

Tuisten ELTAS
Dekat gambar atas ni pulak adalah aku punya tuisyen. Masa aku stay dekat PD dulu-dulu, tuisyen dan tempat mengaji aku dekat je dengan rumah so aku just jalan kaki je. Memang seronok lepas tu mostly yang sama tuisyen dengan aku adalah kawan-kawan sekolah aku jugak :) So macam heaven :)


Dekat tuisyen ni aku ada seorang kawan lelaki, India nama dia Surej Kumar. HAHA :D Okay dia ni memang lawak sangat-sangat. Kalau aku datang lewat ke kelas, dia mesti akan cop satu tempat duduk untuk aku. Lepas tu kalau aku macam tetiba hilang sebab pergi sembahyang tak bagitau dia, dia akan pergi rumah aku dan cakap dekat mak aku "Aunt! Aunt! Mysara hilang!" Dia ni sumpah kelakar. Tengok muka pun aku rasa nak gelak. Sampai kadang-kadang cikgu tuisyen suruh kitorang duduk tempat asing-asing sebab nak kasi kitorang fokus dalam kelas :)


Tapi sejak pindah sampai sekarang, aku tak tahu dia di mana :)

My former home :')
Ni adalah rumah aku dekat PD :) Rumah ni dulu warna pink tapi hari tu pergi dah cat warna kelabu. Ya Allah, rumah ni memang banyak betul kenangan! 5 tahun stay dekat sini, macam-macam benda aku teringat. Esp aku terbayang-bayang kucing aku, Comel dekat rumah ni sebab rumah ni memang dia seronok sebab dia bebas


Dah lah ~ malas nak cerita panjang-panjang. Rumah ni memang banyak kenangan dan memori


So lepas tu, kitorang singgah dan lepak dekat rumah Ibu, rumah jiran kitorang. Kebetulan kakak Ibu pun ada so macam best lah. Mak kepada ibu pun ada jugak so macam haaa ~ lagi best! Dapat jumpa sekaligus :) So memang seronok. Lama jugak lah kitorang duk lepak dekat rumah Ibu. Dalam pukul berapa entah, kitorang gerak pergi Seremban :)


Dekat Seremban, just aku usha nak tengok kampus Seremban 3 je sebab aku kan bakal berpindah ke kampus tu nanti bila kampus tu dah siap. Memandangkan masa aku datang tu hujan so tak boleh lah nak lepak lama-lama dekat situ


So after dah pusing-pusing dekat area situ, kami pun balik ke KL balik :)


 

  • Share:

You Might Also Like

1 comments