Persiapan Kemasukkan Degree - Banyak Benda Nak Kena Buat :O

By Mysara Newrie - Friday, February 08, 2013


Assalamualaikum


Hai semua orang :) Kali ni aku macam memaksa jari-jari aku untuk menaip di lappy pulak sebab lately ni rasa macam selalu sangat main FB, IG dan Tweet pakai HP je. Sian dekat blog aku ni sebab dah terabai. Huhu


Okay ~ Sejak aku dah tahu results Degree Intake Mac 2013, aku macam semakin stress. Mula-mula tu memanglah rasa happy. Tapi lepas tu, perghhh ~ dahsyat tak hengat kau tahu?


1st masing-masing macam blur giler bila bercakap pasal PTPTN. Okaylah ~ yang aku tahu kena buat surat penangguhan bayaran balik. Lepas tu? Apa lagi? Nak kena buat apa lagi? Lepas tu bila nak kena beli pin number BSN tue? Bila? Macam mana? Dekat mana? Apa nak kena buat? Arghhhhhh! Stress totakkkk!


So kepada pembaca blog aku nie, aku mohon sangat-sangat, if kepada sesiapa yang tahu macam mana nak apply PTPTN untuk Degree, please do leave your comment here. Harap sangat-sangat ada yang sudi membantu dan perjelaskan kepada aku. Sebab aku dan kawan-kawan aku macam blur sangat-sangat. Dah baca dah dekat laman web PTPTN tu cuma macam terlalu banyak info dan maklumat menyebabkan kitorang tak tahu mana satu yang betul -__- 


FYI, mostly of us amik PTPTN masa Diploma dulu. So untuk mohon PTPTN untuk Degree ni, apa yang kami perlu buat? Please ~ Sesiapa yang tahu, tolong bagitau yer? :)


2nd, pasal dokumen-dokumen. HAHA :D Sebenarnya aku tak expect pun yang masuk Degree ni, masih perlu kena print Borang Kemasukkan Pelajar. Sekali baca-baca, eh lahh ~ kena buat jugak ker? Eh eh ~ lepas tu eh eh ~ terkejut pulak dah sebab kena buat medical check up! Kena buat x-ray lagi hoi! HAHA :D Sentapp ~ Sebenarnya bukan apa, tapi malas nak buat medical check up, sebab yelah ~ malas. Tu je HAHA :D


Oh pasal dokumen semua - IC, surat beranak, salinan fotostat SPM results dan segala benda yang nak kena lengkapkan sekail, aku rasa semua dah settle cuma nak tunggu fotostat dan sahkan je. Nanti aku balik kampung, aku nak settle (Nampak tak, pertangguhan kerja dilakukan disitu, padahal boleh je nak buat dekat KL -__-

Fail yang menyimpan pelbagai dokumen - dari sekolah sampai
zaman Diploma :)

Balik kampung nanti, benda yang UTAMA aku kena buat adalah packing barang untuk masuk ke UiTM. Yelah ~ kalau semua benda dah settle, tapi barang-barang tak bawak, cemana tue hah? Aku ni jenis yang suka list down kan barang-barang, to do list supaya nanti aku takkan tertinggal benda-benda yang penting aku kena buat. So macam ni lah ~ Lepas update blog, aku nak list down kot barang-barang tu. Kalau rajin lah ~ Kalauuuu...

Tu dia. Tulisan selepas hampir 4 bulan tak menulis -__-

Lepas tu nanti, aku nak kena buat gambar passport. Haaaaa ~ nasib baik aku dah ada gambar passport yang comel HAHAHA :D sebab hari tu ayah aku mintak gambar passport masa nak pindah KL. So alang-alang dah amik, aku buat muka sehabis innocent lah dalam gambar sebab aku tahu, nanti nak masuk Degree, kena guna gambar passport lagi.


Tup tup ~ eh eh aku rasa ni lah gambar passport aku yang palingggggggggggggggggggggggggggggg menjadi sepanjang aku hidup nie HAHA :D Well hello? Berapa ramai orang dekat dunia ni yang mempunyai gambar passport yang menjadi? HAHA :D Bapak jahat giler statement aku nie HAHA :D

Mueheheh ~ Hai, saya Mysara Newrie. Awak? :)

Lepas tu (sebab tak ingat dah number berapa dah) aku nak kena settle hal yuran-menyuran pulak dah. 1st time nengok yuran, glup! Tertelan air liur aku. Hewww ~ bila dah lega sikit, tup tup ~ eh kolej pun kena bayar jugak ker? :O Terkejut Mak Jemah tau bila tahu hal nie. Dah stress sensorang dekat situ sebab tak expect pun benda nie


Oh ya ~ aku dapat Kolej Melati kot dekat UiTM Shah Alam nanti. Based pada kawan-kawan aku cakaplah ~ Aku mana tahu so aku mengiyakan sajoo. Malas eh nak berdebat dengan orang bijak pandai nie HAHA :D 


FYI, aku ada ramai giler kawan-kawan dekat UiTM Shah Alam. Bukan setakat kawan, sedara sepapat yang belajar dekat situ, yang jadi lecturer pun semua ada dekat situ. So bila dah tahu aku dapat Shah Alam, haaaa maka beginilah jadinya,


"Mai, jom lepak nanti!"
"Mai, jom buat mini reunion!"
"Mai, jom buat pesta maggi sama-sama!"


HAHA :D Boleh ~ boleh sangat-sangat. Aku on je :D On sangat-sangat asalkan orang yang mengajok tu pun belanjalah aku yer? HAHA :D Habislah aku nanti. Alangkah dekat Dungun pun langkah aku ke sana ke situ, ni dekat Shah Alam? Lepas tu nanti nak kena tukar kampus ke Seremban 3. Haaa ~ dugaan anak muda betul lah ~


Hmm hape lagi yer? Oh dari awal tadi aku duk pung pang pung pang aku dapat sambung belajar dekat Shah Alam tapi tak bagitau kos apa kan? Haa ~ meh nak bagitau. Aku dapat Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) di UiTM Shah Alam sebagai kampus sementara sebelum berpindah ke kampus  UiTM Seremban 3. Mungkin tahun depan, Insyallah :) Alhamdulillah, aku dapat kos yang aku mintak :) Syukur, rezeki dari Allah swt :)


Oh ~ alang-alang dah update blog ni, meh sini aku tunjuk gambar kampus UiTM Seremban 3 yang masih dalam pembikinan. Kebetulan aku singgah di Seremban selepas holiday di Melaka minggu lepas. Hehe ;) So kebetulan dah lalu Port Dickson, singgah lah dekat Seremban. Bukannya jauh sangat pun kan? :)

Aku rasa ni lah kot kampus UiTM Seremban 3 yang masih dalam pembikinan :)

Nanti ada masa aku updatelah trip pergi Melaka tu plus mengimbau kenangan zaman sekolah aku dekat Port Dickon dan Seremban. Yeah ~ Kalau aku rajin, kalauuu ~


Okay got to go. Nak layan FB jap sebab FB aku sekarang ni, hot meletop tau since dah tau results Degree tue. Pantang lambat sikit online, beribu noty masuk dalam FB aku. Happy tau bila tengok noty banyak :D


Sekali tengok, noty banyak tu sebab ada invitation main Farmville. Terus tepuk dahi! Apa pun tak boleh! #truestory


Eh kalau ada yang sama kos dengan aku ker, meh lah share dekat sini :) Kita berkenalan dulu di mukabuku, sebelum mata bertemu mata nanti HAHA :D

Wewitt ~ sayalah empunya blog Mysara Newrie nie HAHA :D

Dan sesapa yang tau pasal PTPTN tu, wajib jawab! Tolong weyh! Aku memang tak tahu pape nie Y___Y

 

  • Share:

You Might Also Like

20 comments