Assalamualaikum
Petang tadi, aku pergi fotostat semua dokumen-dokumen aku - IC, surat beranak, surat tawaran, SPM results semua. Yelah ~ semuanya untuk kemasukkan UiTM ni lah ~ Sebenarnyakan, aku masih blur tak tahu bila tarikh yang sebenar-benarnya aku nak masuk -__- Dahsyat betul lah
So semasa menunnggu semua dokumen tu nak disiapkan, aku duduk dan perhatikan budak-budak sekolah, maybe dalam Darjah 4, Darjah 5 atau Darjah 6. Macam tu lah ~ Yang pasti bukan budak sekolah menengah
Aku perhatikan dua orang budak perempuan nie. Apa yang aku tengok, buat aku terkesan dalam hati aku. Sangat-sangat. Nak je aku datang ke arah mereka dan happykan mereka
Salah seorang dari mereka, datang dengan latihan UPSR dari kertas surat khabar. Alaaa kan sekarang ni ada surat khabar yang providekan latihan utk budak-budak sekolah kan? Apa yang buat aku tersentuh sangat-sangat adalah mereka
Entahlah ~ apa yang aku sempat tengok, surat khabar tue, dah teruk sangat keronyoknya, dah nak terkoyak teruk-teruk dah tapi dia masih betul-betulkan dan cakap dengan akak fotoshat tu "Akak, fotostat yang ni dua helai" sambil tunjukkan dekat akak fotostat tue
Akak fotostat tu macam pelik dan terpaksa betul-betulkan surat khabar tu sambil macam cuba nak susun balik surat khabar latihan tu supaya mudah nak difotostat. Lepas tu, dengan ada satu lagi buku teks sekolah, budak tu cakap "Akak fotostat yang ni jugak" Akak tu pun fotostat
Lepas tu, budak tu bayar dan pergi keluar dari kedai. Dalam masa yang sama jugak, datang seorang budak lelaki. Aku tak tahu nak expect dia umur berapa sebab dia kecik sangat. So dia datang dan masuk dalam kedai, beli foolscap paper dan terima bakinya
Tapi dia tak terus balik tau? Sebab adik dia masuk dan merengek-rengek dengan dia nak beli Coke. Adik dia dah amik dah Coke tu tapi dia tak terus bayar. Sebab dia kira-kira duit baki yang dia terima. Agaknya dah cukup, baru dia pergi bayar dekat akak kaunter tue
Dan bila aku keluar dari kedai tue lepas dah siap fotostat, aku nampak budak laki tu dengan adik dia, masing-masing minum Coke sambil bergilir-gilir, duduk depan kedai atas pangkin. Lepas minum, mereka berdua pun balik ke rumah
That's touched my heart. Rasa macam nak nangis jugak masa tue. Just please dont ask me why. Aku rasa nak menangis bila aku taip entry nie.
Ya Allah, semoga anak-anak kecil ini tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup mereka. Semoga mereka sentiasa berada dalam lindunganMu. Semoga mereka sentiasa berpaling tadah kepadaMu, tidak kira mereka susah dan senang. Permudahkanlah perjalanan hidup mereka, berikanlah senyuman di bibir mereka, gembirakan hati mereka tanpa mereka lupakan asal usul hidup mereka. Semoga mereka dapat berbakti kepada ibubapa, bangsa, agama dan negara
0 comments