A Song That Leads To Old Things

Monday, February 11, 2013


Assalamualaikum


Lately ni, aku suka sangat-sangat dengar lagu English yang lama-lama, yang tahun 90-an, awal 2000 especially. Sebab lirik diorang, perghhh ~ memang menusuk dalam jiwa betul. Tak macam lagu sekarang, macam eh eh ~ apa maksudnya macam mencarut nie?! :O Tapi dekat bibir masih nyanyi jugak -__-


Semuanya disebabkan aku baca buku-buku, dokumentari. Yelah ~ aku tahu aku tak kerja so aku penuhkan masa aku dengan baca buku-buku. So atleast, bergerak jugaklah mata aku ni dari asyik tutup je sebab tidur kan?


Dalam setiap buku yang aku baca, mesti diorang ada selitkan lirik-lirik lagu, lagu yang watak dalam cerita tu dengar. So bila dah terlalu banyak lagu dan lirik yang ada, takkan aku nak duduk diam je. Hapoo lagi, so aku pun Google lah dan download HAHA :D


And its leads me to one lovely song. Lagu yang 1st time aku dengar - terus aku favourite kan dalam playlist aku. Well ~ bukan senang tau nak masuk dalam fav playlist aku, lagu yang aku rasa best untuk dengar :)




Haaaaaaaaaaaa ~ dengarkan lagu atas nie :) Best kan? Tak tahu kenapa, aku suka betul lagu nie, buat masa ni lah ~ Ye aku tahu ni lagu lama tapi aku tak kisah sebab dah lagu ni sedap didengar kan? So let it be lah ~


Kadang-kadang aku perasan yang aku ni macam berjiwa unpredictable sikit. HAHA :D Aku suka pergi muzium, pergi tempat-tempat bersejarah macam Melaka, lepak-lepak dekat Jonker Walk ker, dekat Uptown dan perhatikan orang sekeliling dan ragam mereka, pergi Central Market, tengok orang busking, tengok benda-benda lama, minat lagu-lagu lama, baca novel-novel lama dan underground yang memang rare nak cari ker, macam tu lah ~ Cuma ada certain things aku tak berpeluang lagi nak buat macam tengok orang busking dekat CM :)


Sebab bagi aku, kadang-kadang benda yang lama ni lagi adventure tau? Contoh - dulu-dulu nak call makwe/pakwe punyalah debar bukan main sebab takut mak ayah angkat. Perasaan berdebar tu memang takkan dapat zaman sekarang sebab mostly semua dah pakai HP


Lepas tu dulu-dulu nak mengorat awek, tulis surat cinta. Nak tulis tu satu hal dah sebab tak ada idea. Dah siap tulis, upah orang suruh tolong hantar. Lepas tu letak bedak wangi HAHA :D Ceit ~ terasa aku sebab dulu pun pernah buat :p HAHA :D Kantoi sudaaah ~


Tapi sekarang? Kau suka dia, tweet terus. Kau sayang dia, DM terusss ~ Tak ada dah nak feeling feeling berdebar sebab takut kena kantoi dengan mak bapak sebab dunia dah maju. Sebab tu aku suka jenis old fashion sikit ~ Sikit je lah, bukan banyak pun :)


Okay berbalik kepada cerita yang asal, jauh sangat dah aku menyimpang nie -__- sebenarnya lagu ni adalah lagu dari film Once. Filem ni tahun 2006. Cerita lama sebab aku tak pernah tahu pun pasal filem nie. Even kalau aku copy movies dari kawan-kawan aku, tak ada pulak terserempak dengan movie nie

How many times you fall in love? Once.

Okay siapa yang dah tengok cerita nie? Siapa yang pernah tahu? Sebab aku tanya dekat Twitter, dekat FB macam tak ada siapa pun yang tahu :O So aku macam pelik, asal cerita ni tak ada orang tahu? Or diorang buat-buat tak tahu? Bukan boleh caye diorang nie, nak kenakan aku HAHA :D


So just hear the song and fell it, deep in your heart because you will truly, madly fall in love ONCE :)



Pergh tak caya aku boleh buat ayat omputeh berkesan macam tue! HAHA :D


  

You Might Also Like

1 comments