Info-Info Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda Bakal Menjadi Pelajar Degree UiTM Intake March Ini :)
By Mysara Newrie - Thursday, February 14, 2013
Assalamualaikum
UPDATE!
Ini adalah entry untuk Persediaan Intake Degree March 2013. Mungkin terdapat perbezaan dari zaman dulu dan sekarang. Sorry for any inconvenience! :)
Good luck for all of you!
WAJIB BACA - Perbezaan antara Diploma & Degree Yang Perlu Anda Tahu!
WOWOWOWOWOW! Sabar weyh! Aku tahu semua orang tengah bernafsu nak tanya aku macam-macam! Sebab aku dah hampir settlekan aku punya persiapan untuk masuk Degree nie HAHA :D
Okay lets make it short and simple okay?
Macam mana nak amik transkrip/pengesahan tamat belajar/sijil KO/clearance?
Ni khas utk budak UiTM Dungun sahaja okay? Utk amik transkrip, sila pergi bayar RM1 di Pejabat Bendahari dan cakap nak bayar untuk transkrip. Then, bawak bil transkrip ke HEA dan pihak HEA akan printkan utk kita. Settle. Tapi make sure segala denda/saman semua dah settle, baru boleh print transkrip nie :)
Untuk pengesahan tamat belajar, sila pergi ke pejabat di sebelah HEA tu dan isi nama, IC dan matrix number di sebuah buku, khas untuk pengesahan tamat belajar sahaja. Tunggu dua hingga tiga hari dan boleh amik dah di tempat yang sama. Settle
Untuk sijil KOKO pulak, sila pergi ke Pejabat KOKO di Karisma dan isi nama, matrix number, tempoh pengajian dan apa kegiatan KOKO yang korang dah terlibat. Kalau Debat, isi lah Debat. Kalau Kesatria Negara, isi lah Kesatria Negara. Tunggu dalam beberapa hari yang aku tak pasti. Tapi boleh letak num fon sekali dekat form tu dan pihak KOKO akan call korang utk amik sijil KOKO tue. Settle
Untuk clearance pulak, kita boleh buat clearance online di laman web INI. Okay, yang ini adalah laman web clearance online khas untuk budak UiTM Dungun sahaja. Kang budak UiTM lain pun join sekali, tak dapat den nak nolongnyaaa HAHA :D
Macam mana nak apply PTPTN untuk Degree?
Okay yang ni aku masih dalam siasatan. Sila bersabar yer? Cuma apa yang aku boleh katakan sekarang nie adalah sila call Hotline PTPTN di talian 03 2080 4455 atau kalau nak lebih senang dan confident, sila pergi ke pejabat PTPTN yang terdekat di kediaman anda
Then, cakap dengan pegawai PTPTN tu, korang nak tukar status sebab nak apply PTPTN yang baru untuk Degree ni. Cakaplah "Saya dah amik PTPTN semasa Diploma baru-baru ni dan sekarang saya dah habis Diploma. So sekarang ni, saya nak apply PTPTN untuk Degree. Jadi, apa procedure yang saya kena buat?" Pergh ~ sebijik terus dialog yang aku cakap masa aku pergi pejabat PTPTN baru-baru nie HAHA :D
Pegawai tu akan mintak IC korang dan dush! Tunggu dua hari dan status akan bertukar :) Sementara tunggu status tu, korang boleh lah beli pin PTPTN di BSN berharga RM5 :)
Okay yang ni je yang aku dah buat. Later will update more :) BTW make sure korang dah ada akaun SSPN okay? Macam mana nak buat? Aku tak ingat dah sebab aku dah buat akaun SSPN sebelum aku masuk Diploma lagi hewhewewh
Dah boleh dah ke log in dalam Student Portal?
Okay dah boleh sebenarnya. 1st thing, sila masukkan matrix number korang yang DEGREE punya! Ada tercatat dekat surat tawaran. Then masukkan password. Nanti portal akan bagitau suruh tukar password. INGAT! Tukar password yang ada huruf besar, huruf kecik dan number. Jangan guna IC sebagai password.
Dah siap setting, log in macam biasa di Student Portal. Settle
Macam mana nak bayar/print yuran pengajian UiTM?
Okay macam nie. Bila korang dah boleh log in Student Portal, sila klik di bahagian Financial seperti gambar yang di bawah nie
Klik dekat yang aku tunjuk tue |
Then akan ada keluar satu new tab. Okay new tab tu adalah laman web bahagian kewangan. Dekat sidebar sebelah kiri, ada menu dan sila klik Bil Pelajar. Kemudian, akan ada keluar satu kotak kecil yang ada num matrix korang. Sila klik dekat num matrix korang tue
Boleh rujuk dekat gambar nie |
Bila dah klik tue, akan keluar satu macam bil yuran pengajian kita di bawah beserta berapa yuran yang kita kena bayar. Tolong scroll ke bawah dan tekan butang CETAK. Benda ni kau kena bawak semasa bayar di Kaunter Bank Islam
Oh ye, yang ni procedure untuk mereka yang nak bayar di Kaunter. Utk bayar selain dari bayar di kaunter, aku tak tahu.
Ada kena isi apa-apa borang ke Mai untuk masuk Degree nie?
Yang ni adalah soalan yang paling kerap aku dapat. Aku macam heran jugak lah ~ Eh, korang tak tahu ker?! :O
Yup ~ memang ada borang yang kena print dan isi. Borang kemasukkan pelajar macam kita buat semasa Diploma ari tue. Sila print dan lengkapkan beberapa salinan yang diperlukan. Semuanya dah dimentionkan dekat borang tu. Hey ~ takkan aku nak listkan semuanya? Kesian jari aku kena menaip banyak HAHA :D
Macam mana nak dapatkan borang kemasukkan pelajar UiTM tue?
Okay. Korang pergi website INI dan masukkan IC korang, macam korang nak cek results Degree hari tu lah ~ Kemudian, dekat sidebar sebelah kiri, ada 3 pilihan. Klik dekat anak panah yang aku tunjuk tu untuk dowload Borang Kemasukkan Pelajar
Amik kau ~ besar giler HAHA :D |
Lepas tue, silalah download segala bagai dokumen dan sila baca elok-elok yer semua benda tue? Sebab kang ada tertinggal, naya kang ~ Yang penting, kena ada gambar passport, buat medical check up, salinan IC, surat beranak, slip gaji dan SPM results. Semua tu dah dimention dalam borang kemasukkan pelajar dan ye ~ aku mentionkan sekali lagi dekat blog, supaya kasi korang faham dan ingat
Info tambahan! KHAS UTK ANAK KELAHIRAN TERENGGANU SAHAJA!
Okay. Pihak Yayasan Terenganu ada sediakan Bantuan Persediaan kepada anak-anak Terengganu yang nak sambung belajar, tak kiralah di peringkat mana pun cuma jumlah kewangan tu depends on peringkat pengajian kita. Kalau Diploma, RM 750. Kalau Degree, dapat RM 1000
Macam mana nak apply Bantuan Persediaan tue Kak Mai?
Sila pergi dekat laman web INI dan baca semua info-info dan segala dokumen yang Pihak YT nak. Lepas dah isi, sila print dan dapatkan cop JKKK kampung dan ADUN kawasan. Bawa borang yang telah siap disahkan dan salinan dokumen yang telah disahkan jugak ke Tingkat 2, Bahagian Tajaan, Yayasan Terengganu
Serahkan borang tersebut kepada pegawai yang bertugas dan tunggu sehingga pegawai tu siap proseskan borang anda. Then, pergi ke Bahagian Kewangan dan nahh ~ duit bantuan persediaan di tangan anda! :D On the spot, dah boleh dah dapat duit bantuan persediaan tue :)
So sila guna baik-baik yer duit yang pihak YT bagi tue :) Duit tu untuk bantu kita utk masuk sambung belajar nanti, bukan berjoli sakan dengan beli IPhone 5. Eh? Kenapa IPhone 5 yang jadi mangsa? HAHA :D
Okay *hembus nafas* Aku nak air. Haus dah nie membebel panjang sangat nie! HAHA :D
p/s : Pasal PTPTN tu, jangan risau kawan-kawan! Aku tengah nak siasat lagi nie pasal benda nie. Bila aku dah buat dan settle, aku akan update dekat blog dan hebahkan dekat korang okay? :)
8 comments