FAQ tentang Bougas Beauty

by - Monday, August 12, 2019

Assalamualaikum wbt

Ya Allah the last sale sempena #BougasTurns2 turns out to be the ah-ma-zing sales ever that Ive been conducted! Tak cukup tangan nak reply whatsapp, mana nak restock barang dan mana nak pergi poslaju. Penat tapi sangat teruja!

Penangan sales Bougas Beauty baru-baru ini, fuhhh!


Dan dari situlah datang dan tercetus dengan FAQ ini ; Frequently Asked Questions iaitu kompilasi soalan-soalan yang ramaiiiiii orang dm dan whatsapp tanya aku baru-baru ini tentang Bougas Beauty. Bukan apa, korang boleh lah baca dulu dan tengok-tengok dulu kan? Hihi

[IKLAN BOUGAS BEAUTY]

Korang boleh dapatkan Bougas Beauty Serum di kedai Shopee saya! Follow Shopee saya dan awak akan dapat rebate discount! Hihihi


Kedai Shopee Bougas Beauty Kuala Lumpur : SHOPEE MYSARA NEWRIE

Selamat menggunakan produk Bougas Beauty!


[IKLAN BOUGAS BEAUTY TAMAT]


Bougas Serum ini sesuai tak untuk kulit muka yang berjerawat?
Omg gurl ~ sangat-sangat dan teramatlah sesuaii tauuu! Sebab setiap ingredients/bahan-bahan dalam Bougas Beauty Serum memang khas untuk merawat jerawat, contohnya macam Paeonia Suffruticosa (peony) yang mampu rawat kulit muka kita dari dalam, which is baguslah sebab bila merawat dari dalam, ianya akan dapat hapuskan jerawat dari dalam dan bukannya dari luaran sahaja kan? Haaaa

Feedback dari salah seorang pengguna Bougas Beauty Serum

Kulit saya jenis berminyak, boleh ke pakai Bougas Beauty Serum?
Sangat boleh awak! Let me share you this, dulu kulit saya pun berminyak. Ya Allah sangat berminyak tapi sekarang dah berkurang dah. Sebab Bougas Serum ini adalah water-based serum dan ianyaa sangat tidak berminyak langsung.

Bila pakai dekat muka, rasa macam mudah je meresap dalam kulit. Rasa macam air je hahahah #serioustalk Eh awak yang kulit kering pun sesuai jugak tauu pakai Bougas Beauty Serum ihihi

Yes, ini feedback dari saya sendiri yang menggunakan Bougas Beauty Serum

Dik, akak ni dah umur 56 tahun dah. Boleh ke akak pakai Bougas Beauty Serum?
Eh siapa cakap tak boleh? Boleh akak, tak ada masalah. Bougas Beauty Serum ini sesuai digunakan oleh semua lapisan umur seawal usia 16 tahun dan ke atas. Oh ya, jangan tak tahu -- lelaki pun boleh guna jugak tauu Bougas Beauty Serum ni hihihi

Mak saya pun gunakan Bougas Beauty Serum tauu?

Awak, produk Bougas Beauty ini kan sebenarnya selamat tak?
Ya, saya jamin 501% selamat sebab setiap produk Bougas Beauty adalah halal, lulus KKM dan produk kami ada SIRIM yaa. Mana-mana produk yang ada cop SIRIM menandakan yang produk itu adalah lebih selamat digunakan kerana ianya ibarat macam jaminan kepada pengguna yang produk itu telah disahkan telah mematuhi standard yang telah ditetapkan :)

Ini pula adalah nombor NOT KKM untuk Bougas Beauty Serum, Bougas Beauty Scrub dan Bougas Beauty Cleanser, boleh je awak cek sendiri di SINI

  • Bougas Beauty Serum : NOT181001961K
  • Bougas Face Scrub : NOT190105372K
  • Bougas Facial Cleancer : NOT190502791K
Kalau nak cek halal, boleh p dekat SINI dan taip 'Bougas Empire' dan taraaa akan keluar keluar hasil carian!


Boleh ke gunakan produk Bougas Beauty dengan produk lain?
Ya awak, bolehh :) In fact, sebelum Bougas Beauty keluarkan scrub dan cleanser pun, saya gunakan Bougas Beauty Serum dengan produk drugstores, memang sangat-sangat okay awak. 


Tetapi adalah dinasihatkan sekiranya awak gunakan dan fokus pada produk Bougas Beauty sahaja untuk awak lihat kesan yang lebih maksima. Yelah, kulit muka kita pun macam kepala jugak. Kang duk campur-campur dengan macam-macam bahan, kan pening kulit muka kita. Itu yang dia meragam dan hasilkan jerawat tu haaaa, uish tak nak lah macam tu kan?

Awak, kulit saya kan berjeragat lah. Boleh ke kulit jeragat guna dengan Bougas Beauty Serum?
Boleh awak, tak ada masalah. Tak ada masalah pun kalau awak nak gunakan Bougas Beauty Serum dengan kulit jeragat tetapi awak kena aware yang kesannya memang akan ambil masa yang lama sebab kulit jeragat ini kena dirawat dari dalam kulit muka, jadi sangat penting untuk awak konsisten guna Bougas Beauty Serum okay? :)


Kulit saya kusam lah awak, boleh ke gunakan Bougas Beauty Serum?
Sangat boleh awak. Dulu saya pun kulit kusam tauu? Sangat kusam even pakai foundation pun, ya Allah kena gelak dengan member je sebab tak kena shade hahahahah malu okayy! Tapi bila dah pakai serum, terus rasa macam diva wallah!

Untuk hasil yang cepat dan menarik untuk rawat kulit kusam, boleh pakai Bougas Beauty Serum sekali dengan Bougas Face Scrub hihihi Jangan risau awak, kulit kusam pun boleh guna Bougas Beauty Serum :)

Perfectly capture at my vanity desk :)


Berapa lama ya kesan Bougas Beauty Serum ini dekat kulit muka?
Kulit kita ni kan sebenarnya lain-lain jenis tau? Ada yang cepat je nampak kesan dia dan ada yang lama je kesannya. Tapi kalau awak guna konsisten hari-hari, pagi dan malam, dalam masa 5 hari awak dah boleh rasa kulit muka macam makin sihat dengan kulit muka lebih glowing :)

Selain tu, ianya depends juga kepada rutin skincare awak. Kalau awak ada basic skincare routine yang kukuh (ada cleanser, exfoliate, moisturizer dan sunscreen), dan awak tambahkan pula dengan penggunaan Bougas Beauty Serum, maka kesan untuk Bougas Beauty Serum bertindak ke muka awak akan lagi cepat! :)


Bougas Beauty Serum ni boleh putihkan kulit muka ke?
Oh takk awak. Bougas Beauty Serum ini memang direka khas untuk rawat masalah muka seperti berminyak, jerawat, parut jerawat dan kulit kusam. Tetapi kami (dan saya juga!) dapat feedbacks yang rasa macam kulit muka jadi cerah, lembut dan gebu-gebas lagi ahahaha Alhamdulillah. Mungkin ianya adalah hasil dari bahan-bahan dalam Bougas Beauty Serum yang bantu untuk kulit muka nampak macam tu,

tapi dengan syarat kena guna konsisten tauu? Baru lah nampak gojes! :D

Macam mana cara guna Bougas Beauty Serum?
Oh senang je awakk. Dap dap je dekat muka awak lepas mandi dan biarkan ianya kering dan meresap sendiri ke dalam kulit muka awak :) 

Oh yaa, apa kata awak semua cuba tengok video cara-cara menggunakan produk Bougas Beauty ini di bawah! 




Macam mana cara jaga Bougas Serum ni?
Senang je awak, letak je dalam room temperature. Jangan exposed serum dengan cahaya matahari tauu? Kang kesian dia, jadi sakit lepas tu kita pulak pakai, bertambah-tambah pulak sakit! Sebab serum ini sifatnya sensitif tau so kita kena jaga ianya dengan elok-elok :)


Perempuan mengandung boleh ke gunakan Bougas Beauty Serum?
Boleh sangat-sangat awak! :D Yang ini memang saya jamin sangat boleh sebab dalam team saya, ada dua tiga orang pregnant mommies yang gunakan Bougas Beauty Serum dan alhamdulillah, sangat okay dan mereka semuanya dah selamat lahirkan anak :)

Dan saya pun ada seorang kawan saya ; mengandung dan stop pakai semua skincare dia kecuali Bougas Beauty Serum sahaja. Memang nampak berseri sangat ibu mengandung dan sekarang, anaknya dah selamat dilahirkan yeayy!

Ya, Bougas Beauty Serum memang selamat digunakan oleh perempuan mengandung :)


Ada side effects tak kalau saya stop guna Bougas Beauty Serum?
Tak ada awak, memang tak ada. Sebab serum kita diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan yang memang khusus untuk merawat masalah kulit awak jadi ianya takkan tinggalkan apa-apa kesan negatif dekat kulit awak kalau awak stop pakai :)


Saya dah pakai Bougas Beauty Serum tapi kan, kenapa macam ada banyak whiteheads yang muncul? Bintik-bintik?
Satu benda yang kita kena sedar adalah jenis kulit kita sangat berbeza antara satu sama lain. Ada yang pakai, terus cantik dan ada yang pakai, ada side effect dia. Kadang-kadang reaction itu berlaku sebab kulit kita tengah dalam proses nak sesuaikan produk baru yang kita apply di muka dan kadang-kadang ada jugak yang terjadi macam dalam kes ini sebab hasil gabungan produk yang sedia ada yang awak gunakan dengan serum. Jadi ianya subjektif kan?

Jadi kalau awak ada nampak perubahan yang tidak best semasa guna Bougas Serum, cuba pakai dulu serum ini secara konsisten dulu dalam masa seminggu. Kalau dalam masa seminggu, ianya berlarutan masalah yang sama, mungkin kulit muka awak tidak sesuai atau ada produk muka yang sedia ada tidak sesuai digunakan bersama dengan serum, haaa macam tu :)


Bougas Beauty Serum ni boleh rawat eyebags/dark circle tak?
Uermmm ~ malanngnya tak awak sebab Bougas Beauty Serum ini hanya fokuskan kepada nak merawat masalah utama kulit muka seperti jerawat, kulit kusam dan parut jerawat. Tetapi tak salah pun untuk mencuba kalau sambil-sambil sapu serum dekat muka, sapu sikit dekat bawah muka :) Mana tahu kan ada miracle yang akan terjadi! :D

Jadi itu lah antara soalan-soalan yang kerap ditanya tentang Bougas Beauty. Kalau nak tahu info lebih lanjut, boleh je klik SINI untuk pergi ke IG saya, bougasbeauty.mysaranewrie. Dekat situ saya selalu aktif dengan insta story dan saya juga ada upkan beberapa tips dan gambar yang saya edit cantik-cantik untuk awak tengok :) Hahha puji diri sendiri!

Ada apa-apa soalan lagi yang awak nak tanya? :)

Beauty to me is when you are comfortable with you skin :)













Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / bougasbeauty.mysaranewrie
Twitter : @mysaranewrie

You May Also Like

0 comments