Tsunami Di Jepun ; Ya Allah Lindungilah Kami Semua

Salam. Petang semalam masa aku tengah tengok movie kat laptop, mak aku call aku. Here's the conversation ;
Mama : Awak kat mana tu?
Aku : Sara dalam bilik je, tengok movie. Kenapa?
Mama : Awak tak payahlah pergi dekat-dekat pantai
Aku : Uish ~ Kenapa mama?
Mama : Ni hahh ~ Ada tsunami dekat Jepun, teruk jugak lah nie. Sebab sebelum tu ada gempa bumi
Aku : Hah?! *muka terkejut Ye ker mama? Berapa skala ritcher?
Mama : Entah berapa entah. Tak ingat dah berapa skala ritcher. Then terdengar ayah aku cakap 8.9 skala ritcher
Aku : Ya Allah ~ Padanlah ada tsunami, kuat jugak gempa bumi tu
Mama : Haaa tu lahh ~ Sara tak payahlah pergi dekat pantai sangat. Jaga diri tuuu
Aku : Hmm ok mama
Then aku terus pergi dekat FB dan penuhlah kawan-kawan aku sibuk duk cakap pasal tsunami tu. Kemudian kawan aku chat aku, cakap kat Sabah dengan Sarawak pun tengah dalam keadaan berjaga-jaga.
Aku pun terus tak sedap hati. Aku bukak myMetro dan baca berita pasal tsunami di Jepun nie.




Ya Allah ~ Takut aku tengok betapa teruknya Jepun kena gempa bumi dan tsunami. Dan yang paling aku bimbangkan sekali adalah UiTM Dungun sebab kolej aku ni dekat gilerrrrrrr dengan pantai, mama ayah aku yang ada di Sabah, adik aku yang berada di asrama sekolah die yang memang dekat dengan pantai, wan, bibik, kucing aku dan saudara-saudara aku yang stay tepi pantai.
Aku pun text Mama aku, cakap suruh jaga diri and kalau ada apa-apa, bagitaw aku. At the end of that message, aku cakap "Sara sayang mama and ayah" Dushhhhhhhhhhh ~ Tetiba rasa malu bila confess macam tu dekat mak dan ayah. Haha :D
Lepas hantar text tu, sekali ada orang call...
Dia : Awak, awak kat mana tue?
Aku : Ada kat dalam bilik lah. Kenapa?
Dia : Awak, awak jangan keluar pergi mana-mana yer?
Aku : Oh pasal tsunami tu erk? Tadi mama dah call dah tadi
Dia : A'ah. Awak ingat ehh? Jangan keluar pergi mana-mana. Stay dalam bilik awak je
Aku : Ouh ok. Insyallah. Tapi rasa macam nak main hujan je
Dia : Awak ! Jangan ! Tak payahlah nak main hujan. Bahaya lah. Ingat tu, jangan pergi mana-mana and dekat area pantai. Kalau ada apa-apa, text saya
Aku : Hmm ok :)
HAHA :D -_______- Muntah hijau sekarang ! :p
Dalam pukul 6.00 petang semalam, ada akak senior aku suruh pergi ke Kolej Gemia, kolej siswa dan merupakan penghujung UiTM Dungun. Arh sudahhhhhh ~ Aku dah mula fikir pelik-pelik dah nie, tambah-tambah lagi aku ada terbaca yang Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guniea pun akan kena tempias jugak. Wuaaa ~ Sumpah rasa nak nangis masa tue T___T

Aku dengan kawan aku pun pergi. Aku call kawan-kawan aku semua, pakat duk pergi bandar lah, makan lahh ~ Argh ~ Lantak korang. Aku dengan Fatin pergi Cafe Redang dan stay situ. Ingatkan ada apa-apa, padahal tak punn. So kitorang makan malam je lah terus. Makanan tak sedap so tak habis -.- Hmm tak sedap atau tak ada selera?
Malam tu, aku tidur dengan seluar track and t-shirt sebagai langkah berjaga-jaga, kot kot lah kalau ada apa-apa kan? Aku pun dah ready, satu beg yang penuh dengan barang-barang dan dokumen penting aku macam beg duit, kad matrix, HP, kamera dan laptop. Aku bukan apa, takut masa kitorang tengah tidur, ada apa-apa terjadi kan? So nanti senang, terus amik je beg tue
Kebetulan malam tu pulak, bunyi ombak kuat sangat-sangat. Angin tu tak usah cakaplah, kuat giler. Kawan aku cakap habis khemah depan Pusat Hidayah (PH) terbang. Ditambah lagi dengan hujan lagi. Ya Allah ~ Aku rasa takut sangat masa tue.
Then ada pengumuman dalam kolej aku, suruh bawak bertenang dan suruh kitorang semua baca Yassin dan buat solat hajat. Kemudian, melaui speaker kolej, ada orang pasang bacaan Yassin. Masa tu, memang aku dah tak tahu nak cakap macam mana, takut sangat-sangat kalau ada apa-apa terjadi. Tambah-tambah lagi, tak ramai yang ada minggu ini sebab ramai yang balik rumah masing-masing
Alhamdulillah ~ Bangun je dari tidur tadi, aku tengok semua ok jer. Maknanya tak ada apa-apa yang terjadi malam tadi. Aku harap malam ini dan malam-malam seterusnya, tak ada apa-apa yang terjadi. Insyallah ~
Ya Allah ~ Kau lindungilah dan Kau jauhkanlah bencana dari Kami semua. Aminn ~
: Pasific Tsunami Warning Center warning for Hawaii, also includes Australia, New Zealand, Mexico, Central and South America
Peraturan 1: Kalau kau sampai kat pagar rumah aku pastu dok hon hon hon, pastikan kau bawak barang yang nak dihantar sebab kau takkan ambik ape ape atau sesapa.
Peraturan 2: Jangan kau pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalau kau tak boleh jaga tangan kau dari duk pegang-pegang anak aku, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau kat rumah
Peraturan 3: Aku tau sekarang ni fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender kauo. Aku ni open-minded so aku tak kan suruh ko pakai seluar tu elok-elok macam manusia normal.
Tapi, bagi memastikan yang seluar kau tak kan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar kau kat pinggang.
Peraturan 4: Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang orang putih duk canang hari-hari kat TV atau internet. Kalau tak pakai perlindungan macam kondom atau lain-lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh kau satu hari nanti.
Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan anak aku ni, aku lah pelindung tuh dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan kau dan kemungkinan besar akan bunuh kau jugak. Paham?
Peraturan 5: Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik dengan aku ni sebagai calon bapak mertua kau, kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain-lain topik semasa. Aku tak mau dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: "Bila kau nak antar anak aku balik ke rumah ni semula?" Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”
Peraturan 6: Aku rasa kau ni hensem, popular kat kolej/pejabat kau, banyak peluang nak dating ngan aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut. Aku takde hal ngan kelebihan kau tu selagi anak aku pun ok dengan kepopularan kau.
Tapi, sekali kau dah couple ngan anak aku, kau jangan pandai-pandai cari perempuan lain sampai la anak aku dah bosan dengan kau atau dia break-off ngan kau. Kalau kau buat anak aku nangis, aku pulak akan wat kau nangis.
Peraturan 7: Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau kau nak orang yang punctual, kau boleh dating ngan mat askar. Kalau kau bosan menunggu kat luar tu, tolong lah buat ape-ape yang patut, macam basuh kereta aku atau cat pagar rumah aku ni.
Peraturan 8: Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating ; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. Tempat-tempat yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium-cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku. Kalau aku tanya kau nak pergi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka.
Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang rumah aku ni. Selalunya aku duk menembak khinzir kat situ. Kalau aku tembak kepala kau kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main-main dengan aku.
Peraturan 10: Kau patut takut ngan aku ni. Kalau boleh biar sampai sangat-sangat takut. Aku ni duk teringat-ingat lagi peristiwa Bukit Kepong. Sampai sekarang kalau ada orang datang rumah senyap-senyap pastu duk berbual kat laman aku nak tembak. Aku ingatkan komunis.
Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua tangan kau tinggi-tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang kau nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian,
Yang ditakuti,
Bapak Kepada GF kau.
p/s : Begitu sayangnya seorang ayah kepada seorang anak perempuannya kan? :')
Di saat aku tengah down, sedih, emosi tak tentu arah ini, aku perasan aku lebih suke senyap je dari bercakap banyak macam dulu-dulu. Kadang-kadang rasa sunyi sebab aku dah biasa buat bising tapi kali ini, takpelahh ~ Heroin mesti kalah dulu, jap jap lagi die menang lah. HAHA :D
Ok lets straight to the point. Erm ~ Kebelakangan ini aku mengidam sangat-sangat nak makan cupcakes. Oh yesss ! Cup cakes yang comel-comel, yang lembut-lembut tuuu :)

Heeeeeeeee ~ Comel kan? Tapi tu lahh ~ Bila dah cupcakes comel sangat, nak gigit cupcakes tu pun macam tak sampai hati sebab dah cupcakes tu comel sangat! Kadang-kadang rasa macam cupcakes tu cakap "Eh sakit lah" bila kita gigit die. Haha :D Adoiii -.- Kalau tak makan kang, melepas pulak rasa cupcakes yang sedap-sedap dan manis-manis tue. Haha :D
Ok lah ~ Lately ini, ramai betul students UiTM ini buat Open Day dan jual cupcakes. Satu cupcakes, RM 3.50 atau yang paling murah adalah masa PC Fair hari itu kat UiTM Dungun iaitu RM 2. Haih ~ Konfem lah aku beli kan? Nak makan cake tapi kalau beli yang besar-besar, membazir. Baik beli cupcakes kan kan kan? ^.^

Ok. Cupcakes yang aku beli ini sedap lahhh ~ Lepas tu tetiba aku teringat balik kenangan masa aku buat cupcakes tahun lepas. Weh ~ Lepas ni kalau balik KT, nak buat cupcakes lahh! :D

Haaaaaaa ~ Yang atas ini pulak, yang Pekjah punya, Fruit Tarts. Ya Allah ~ Rasa tarts ini sedap sangat-sangat. Ada rasa manis buah, manis gula dan masam-masa sikit sebab ada buah strawberi dan kiwi. Haih ~ Cair di mulut pulakk tuuuu ! :D
Ok dah dah dahh ~ Aku sebenarnya nak cupcakes lagi ini. Tapi tak tahu nak beli kat mana. Haih -.- Sedih nya aku T___T Nampaknya niat aku ini terpaksalah dikorbankan dulu buat sementara.
Maka, untuk mengubat kesedihan dan kemurungan tersebut, mari lah kita sama-sama tengok gambar-gambar cupcakes! Err ~ tengok gambar pun jadilah :)


Aku cuba untuk happy dan gelak gelak dengan kawan-kawan aku tapi entahhh. Aku rasa feelingless sangat-sangat. Aku ingatkan ini adalah sindrom-perypery or penyakitbosan or apaapa je lah kan? Tapi TOTALLY BUKAN!
Aku rasa aku perlu buat something dengan diri aku. Contohnya pergi menghiburkan diri keee, pergi maen muzik ker, pergi mandi pantai yang bergelora ke, speeding car ker. Eh, when was the last time I drove a car? Heh ~ Masa Chinese New Year hari tu. Bapak lamaaa -.-
Yeahh ~ Selepas berborak-borak dengan Pekjah, Angie dan Faiz, aku rasa aku perlu buat something atau pergi kemana-mana untuk mencari kembali semangat aku yang hilang. Yeah ~ Aku nak jadi macam dulu balik !!
Maka dengan itu, aku akan pergi ke Putrajaya, ikut Pekjah dan Angie pada Jumaat ini kerana ada Pertandingan Debat or Pidato. Im not sure what kind of pertandingan tapi atleast aku boleh keluar berjalan-jalan jauh sekejap dari semua ini :)
Sabtu ini ada ceramah tentang Perlembagaan Malaysia dan Pemerintahan dari Prof Dr Abdul Aziz Bari di UiTM Dungun. Menurut kawan aku, die ini telah menjadi lecturer undang-undang selama lebih 20 tahun dan merupakan pensyarah undang-undang yang paling top di Malaysia.
Dan kelas aku diWAJIBkan untuk pergi ceramah ini sebab lepas ceramah, kami semua kena discuss pasal topik ini di i-Learn UiTM.
OMAIGOD!
OMAIGOD!
>.<
Dua dua aku nak pergi. Putrajaya memanggil, Prof Dr Abdul Aziz Bari menanti
Dah tu, mana satu aku nak pergi ni weyh?!