Hari Raya Versi Aku :)
By Mysara Newrie - Friday, September 10, 2010
Salam. Yeah ~ Sekarang ini semua orang sibuk duk beraya situ sana sini. Aku? Sibuk melayan tetamu yang datang :) Wah ~ Kesibukkan aku mengalahkan orang yang dah berumah tangga pulak ! Haha :p
Bangun lewat pagi tadi sebab tidur pukul 3 pagi. Balik semayang Raya, bermaaf-maafan dengan semua orang. Sedih tengok dorang duk menangis-nangis dalam pelukan mak ayah masing-masing. Aku? Dalam pelukan mak saudara aku je ~
Then call mama dan ayah. Ucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Gelak-gelak sekejap then mama dan ayah terpaksa pergi dulu sebab tetamu dah mula datang rumah kat sana. Okaylah ~ Pergi dapur, makang ! :D
Kemudian drive ke Losong, beraya di rumah Tok sebelah ayah. Berdebar-debar aku duk bawak kereta tadi sebab kereta banyak kan? Haih ~ Kereta mampus kat traffic light, tak usah cakaplah ~ Adalah dekat 10 kali. Haha :D Buat malu jer =.="
Malangnya, bila sampai kat Losong, masing-masing dah tak ada dah sebab keluar beraya. Haih ~ Terlambat beberapa minit jer. Yang ada, hanyalah Wan, Cik Pah dan Cik Na. Maka berayalah kami 5 beranak. Haha :D
Balik semula ke rumah Wan sebelah mama. Baru nak tidur, terdengar "Assalamualaikum!" Oh ~ Anak saudara wan datang :) Ramai jugak ~ Kemudian, datang lagi satu group. Owh ~ Tak menang tangan aku dibuatnya sebab semuanya di atas bahu aku belaka :) Takpe Sara ~ Pengalaman mendewasakan kau :)
Sempat berborak dengan kazen aku, Syamer. Dengan dia, aku dah plan satu rancangan nak keluar bersama-sama, kami kazen-kazen ini, jika kazen aku yang tinggal di Kuantan itu pulang. Oh yeah ~ Harap-harap menjadilah ~ Amin :)
Sebaik sahaja, mereka pulang, aku landing baeeeeekkkkkkkkk punya depan TV dan apa lagi, tidurlah ! Haha :D Bangun sahaja dari tidur, terus amik gambar banyak-banyak dengan adik ku ! Yeah ~ Credit to my brother sebab guna kamera HP die dan sanggup layan karenah aku ketika bergambar. Haha :D
I love this one :)
Oh yes ~ Pleaseeeeeee tell me that aku dah kurus :D Haha :p
Kesimpulannya? Hari Raya Pertama yang sangat-sangat memenatkan dan membosankan =.="
p/s : Argh ~ Terseksanya kamera tak ada nak amik gambar ! Ayah, nak kamera satu ! Atau HP dengan kamera pun boleh ~ Haha :p
2 comments