Dengan Ini, Saya ...

By Mysara Newrie - Thursday, September 09, 2010

Mysara Newrie
ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua keluarga, sahabat handai, bloggers dan sesiapa yang kenal dengan diri saya ini :)


Dah dah dah ~ Esok raya. Memang sah-sah dah lah kan? Tapi aku tak ada mood raya langsung. Haha :D Siyes weyh ~ Tak ada mood nak raya tapi baju raya, tudung raya, beg raya, kasut raya rajin pulak pergi beli. Haha :D Macam mana tue? =.="


Tahun ini aku tak raya dengan parents aku sebab diorang beraya di Sabah. Huhu. Agak sedih tapi kadang-kadang ada jugak rasa macam tak kisah sebab aku nak cuba ada pengalaman tanpa parents di sisi. Hehe :p Takpe ~ Lepas raya nanti, dorang balik lah ~ :)


Walaubagaimanapun, raya kali ini pun bagi aku sangat-sangat best sebab aku ada teman. Dia lah yang bagi kata-kata semangat dekat aku, nasihat dekat aku, sedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebab seorang perempuan, pelajar, rakan dan yang penting seorang muslimah.


Dia juga datang tepat pada masanya ketika aku rasa aku perlukan seseorang. Dia membuat aku gembira, tersenyum, ketawa, sedih, menangis, terharu dan sebagainya. Aku senang dengan kehadiran dia dan berharap dia akan berada di sisi aku sampai bila-bila. Insyallah ~ :)


Buat awak. terima kasih atas segala-galanya :')


Memandangkan parents aku tak ada, aku boleh lah beraya dengan berjalan-jalan ! Haha :D Lesen dah ada tapi aku takut nak bawa kereta =.=" Ya Allah ~ Tolonglah bagi kekuatan kepada aku untuk berani bawak kereta. Aminn ~ :) Aku ingat nak pergi Besut raya ketiga sebab kawan aku ada buat reunion untuk sekolah rendah :) Mesti mau pergi lah kan? Hehe :p


Kazen-kazen aku yang di Kuantan tu, tak tahu lah nak balik beraya ke tak sebab cuti pendek. Aku nak sangat-sangat dorang balik sebab dah lama giler kot kitorang tak berkumpul sama-sama dan cukup kami anak-beranak. Pergh ~ Kalau dapat gathering sama-sama, sure gempak lah ~ Tengok lah nanti :D


Apa-apa pun, semoga Aidilfitri ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua yang masih berada di atas muka bumi ini. Raya raya jugak. Tanggungjawab kita sebagai muslim jangan dilupakan. Kalau bawak kereta tue, make sure bawak 80 km/sejam taw taw taw ~ Haha :D Jangan mengada-ngada nak bawa lebih dari 80. Kalau tak, siap lah ~ :D


Kepada yang tak ada tue, kita sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyallah ~ Oh gosh ~ Rindu giler dekat Tok aku T_____T


Duet raya? Haha :D Aku tengah bet dengan kawan-kawan aku, sape yang dapat duet raya paling banyak. Haha :D Ngok ngek betul lah ~ Agak-agak sape lah yang menang yer? Haha :D Oh ya ~ Aku pun tengah bet dengan kawan sekelas aku untuk sape yang dapat markah paling tinggi untuk test Business Management dengan Business Mathematics. Hehe :D Sape kalah, kena belanja makan ! Huahuahuahuahua :D


Dah ~ Tuuuu dia panjang aku duk melalut kat sini. Aku chow dulu noo ~ Raya kali ini, nampaknya aku lah yang kena kemas rumah. Haha :D Sebab tu aku cakap tak kisah kalau parents aku tak balik pun. Sebab kalau dorang ada, sah sah dah lah dorang yang akan buat semua tue. Kalau macam tu, sampai bila aku nak pandai buat kan? Hehe ;p


Sekali lagi, saya
Mysara Newrie
ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ! :D
psst ~ mahu bagi duet raya kepada saya?
Senang jer ~
Klik je kat Nuff aku tue. Haha :D

  • Share:

You Might Also Like

4 comments