Kawan Sekepala Yang Gila-Gila

Friday, September 24, 2010



Salam. Wahh ~ Dalam sibuk-sibuk nak exam final nie, dan dan dan lagi aku pergi ke Kuantan. Yup ! Sekarang ini aku kat Kuantan lah ~ Kat rumah sedara aku. Aku ingatkan Epy boleh balik taw tapi rupanya tidakkk ! Eh Epy tu kazen aku lah ~ :)

By the way, aku tetiba rasa nak update blog pasal kawan aku, kawan sekelas aku dan teman gila-gila aku. Haha :D Yeah ~ Aku dengan die memang gila-gila sampaikan ada budak laki kelas aku cakap "Di mana ada Mai, di situ ada Faezah dan begitulah sebaliknya ~ " Haha :D
Yeah ~ Kawan aku tu nama die Faezah lah ~ Aku kenal dengan die sebab die sekelas dengan aku. Tapi lepas kitorang masuk Pertandingan Debat Piala Pengarah, kitorang jadi rapat sampai sekarang :)

Korang tahu tak, masa mula-mula aku jumpa dengan minah ni, die cakap die tak suka aku langsung. Sebab aku selalu bising dalam kelas, banyak tanya dengan lecturer. Die cakap "Minah ni kerekkk je ~ " Minah tu merujuk aku la ~ Masa aku dengar die cerita pasal aku tue, aku dah tersengih macam orang gila dah. Haha :D

Aku dengan Faezah pun rapat dalam kelas sebab jenis aku ni suke duduk depan-depan bila dalam kelas. Sebab aku tahu, bila aku duduk kat belakang dalam kelas, memang sah sah sah dah aku tak kan belajar. Haha :D Lagipun mata aku ni tak berapa nampak, so kenalah duduk depan. Hehe :D

Dan dalam kelas jugak aku rapat dengan Lisda (tudung biru) dan Hani (spek hitam) sebab dorang memang best. Haha :D So aku, Faezah, Lisda dan Hani memang sekepala lah. Tapi tak adalah rapat sangat. Tapi kalau dah cukup ahli, memang boleh jadi giler lah ~ Haha :D

Antara benda bongok yang aku dengan Faezah pernah buat ialah aku dengan die pernah duduk dalam bilik lecturer hampir berjam-jam lamanya sebab nak kan aircond. Haha :D Masa tu memang panas giler, peluh asyik menitik jer. Makanya, kami pun pergi lah duduk dalam bilik lecturer. Haha :D

Lepas tu, masa nak pergi ke kelas, aku dengan Faezah dah panas tak hengat dah. Punyalah nak aircond punya pasal, aku dengan Faezah pergi ke library tapi tak duduk pun dalam library, just duduk kat pintu depan library tue. Haha ;D Sebab kat pintu depan library tu aircond die memang laju dan sejuk sangat-sangat. Haha :D Nikmat weyh ~ :D


Ni lagi satu hal. Aku dengan die pernah tukar-tukar sebelah kasut macam dalam gambar kat atas ini dan berjalan-jalan dalam satu kampus dan pasar malam tanpa riak wajah yang bersalah walhal masa tu boleh dikatakan, semua orang asyik tengok dekat kitorang. Haha :D Alah ~ Rilex sudaaaa ~ Tapi memang bestlah masa tue. Jadi femes sekejap. Haha :D

Tapi memang bongok lah ~ Ada banyak lagi benda giler-giler yang aku dengan die pernah buat. Kadang-kadang, ada lecturer pernah datang dekat aku dengan Faezah sambil tanya "Apa masalah awak?" sebab die tengok aku dengan Faezah asyik duk gelak-gelak. Hehe :p Tapi nasib baik lecturer tu sporting :) Hehe

Haha :D Gambar masa inilah yang aku dengan Faezah duk gelak-gelak tu. Bapak kejam kan? Angkat buku bukan main tinggi lagi sebab nak cover gelak punya pasal. Adoiii ~ Memang sumpah jahat =.=

Semalam lagi lah ~ Masa kelas MGT, aku dengan Faezah mengantuk giler-giler. So kitorang amiklah kamera HP sebab nak amik gambar dan cover HP tu dengan kertas kan?

Sekali masa kitorang tengah duk senyum-senyum, jelir-jeli lidah sebab nak amik gambar, sekali lecturer pun tanya "Tu yang dua orang tu, apa masalahnya tue?" Then satu kelas pandang dan gelak kat aku dengan Faezah. Haha :D Ya Allah ~ Kelakar giler masa tue :D But again, nasihb baik lecturer tu sporting dengan aku dan Faezah. Hehe :D


Ada sekali tu, si Faezah cakap "Aku rasa aku nak beli aircond satu dan letak kat badan aku. Panas giler weyh ~ " Haha :D Masa tu aku dah tergelak sakan dah. Lepas tu entah macam mana entah, aku cakap aku ada idea macam mana nak sejukkan badan.

Aku pun ajak die beli aiskrim. Hehe :D Gambar yang kat atas inilah yang kitorang makan aiskrim. Adoi ~ Gelak tak hingat betul sebab ada je benda yang kitorang nak gelakkan :) Hehe

Walau pun kitorang macam main-main dalam kelas, asyik duk gelak-gelak jer tapi aku dengan die sama-sama serius kalau time belajar. Dalam kelas memang main-main tapi dalam masa yang sama aku dengan die sama-sama catat apa-apa yang berkaitan dengan belajar.

Dan aku dengan dia main bet sape dapat markah paling tinggi kalau time quiz ataupun test. Hehe :D Buat masa ini, apa yang aku lemah, die terror. Apa yang aku strong, die lemah. So kitorang sama-sama tolonglah ~ Kalau dia atau aku ada prob, kitorang kongsi sama-sama. Hehe :D

Apa-apa pun, aku sayang die lah weyh ~ Kawan sekepala yang gila-gila :)

Oh ya ~ Percaya tak kalau aku cakap yang aku dengan die adalah bekas budak SBP? Haha :D Tak patut kan? :p

Eh eh ~ Tak bermakna aku tak sayang kawan-kawan aku yang lain taw ~ Aku sayang jugak lah ~ Nanti kalau ada masa, aku akan tuliskan pasal peel perangai budak kelas aku pulak yang rata-ratanya sangat sporting, giler-giler. Sampaikan ada seorang lecturer ini cakap dekat kitorang semua "Saya tak suka kelas awak nie. Bising, nakal, suka buat hal. Tapi kalau dalam quiz dan test, kelas awak lah yang dapat markah paling tinggi antara semua kelas-kelas yang lain"


Agak-agak, korang bangga tak? Haha ^.^

*Gambar atas ini gambar classmate aku tapi tak cukup ahli :)

You Might Also Like

8 comments