[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, December 01, 2010

[Film Review] Law Abiding Citizen



Salam. Yeah ~ Bila dah namanya cuti, aku memang duduk dekat rumah je lah kan? Bila dah duduk rumah, agak-agak dah bosan maen internet, aku pergi tengok TV. Haha :D Tiap kali aku balik Sabah, mesti aku suruh ayah aku langgan balik Movie HBO sebab parents aku tak ada masa nak tengok movie-movie tue. Haha ;D


Aku ni memang kalau dah layan movie, memang dari pagi sampai petanglah kan? Hehe :p Baru-baru ni, dekat Channel 413 Cinemax aku ada tengok satu movie ni. Aku tengok sorang-sorang je masa tu taw. Pergh ~ Thumbs up lah kat movie ni ! :D



Pergh ~ Cerita die memang terbaik ! Aku sendiri yang tengok rasa berdebar-debar gile sebab nak tahu apa kesudahan cerita ini. Haha ;D Bagi yang minat cerita thriller, aku suggest korang boleh lah tengok cerita nie :)


Cerita ini pasal bagaimana seorang lelaki, Clyde Shelton yang sangat-sangat bijak dan misteri dalam merancang pembunuhan. Dia dah bunuh orang tapi die dengan rela hatinya serahkan diri kepada polis. Tak ke pelik tue?


Dan die jugak dengan rela hati akan membuat pengakuan yang die dah bunuh orang tapi dengan syarat, mesti ada pertukarannya. Dan pertukaran kepada pengakuan dia adalah tilam yang mewah, makanan tengahari yang enak dan muzik dari iPod die. Pelik kan? Haha :D


Yang paling pelik dan buat aku berdebar-debarnya ialah kalau orang tak tunaikan permintaan die, mesti ada benda yang buruk akan berlaku. Macam-macamlah ~ Orang matilah, ada yang kena tembak lah ~ Dan kesemua orang yang mati adalah orang yang ada kaitan dengan kes pembunuhan isteri dan anaknya. Oh ya ~ Dia bunuh orang lain sebab kes nak balas dendam dengan pembunuh isteri dan anak die


Orang-orang di sekelilingnya termasuk Nick Rice, orang yang bertanggungjawab nak handle case die semuanya pelik macam mana Shelton boleh tunaikan janji dia nak bunuh orang lain sedangkan die ada dalam penjara. Pergh ~ Even aku pun ada buat spekulasi aku sendiri tentang apa yang die buat tapi ternyata aku silap. Haha :D



Tapi tu lah ~ akhirnya Shelton kantoi sendiri dengan Nick tue. Haha :D Masa ini aku rasa macam "Alah ~ Asal dah tahu nie? Tak bestlah ~ " Haha :D Sebab aku nak tahu lagi apa yang akan dibuat oleh Shelton.


Tapi serius aku cakap. Korang kenalah tengok sendiri cerita nie. Memang best giler weyh ! Memang thriller dan korang akan tertanya-tanya tentang jalan cerita die. Filem ini akan buat korang akan macam tertanya-tanya apa yang akan terjadi lepas itu


Sesape yang ada Astro dan langgan HBO, korang rajin-rajinlah tengok Info kat channel 413, kot-kotlah ada cerita nie. Haha :D Biasalah ~ Astro kan banyak ulang cerita yang sama. Haha :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts