[Topik] Short Distance Relationship Or Long Distance Relationship?

By Mysara Newrie - Thursday, December 30, 2010



Salam. Yeahh ! Hari ini internet laju. Lepas aku dah siap upload gambar dan tag kawan-kawan di FB, aku nak kacau blog aku pulak. Haha ;D


Hari ini meh meh kita bincangkan topik yang suam suam serius. Hehe :) Apakah? Aku nak tanya pendapat korang. Mana satu lebih bagus? Long distance relationship or short distance relationship?



Ok bagi aku, dua dua pun macam ok je kan? Tapi ada pro dan kontranya. Hehe :p Short distance relationship aka SDR adalah dimana korang couple dengan orang terdekat dengan korang macam kawan sekelas ke, kawan sekuliah ke, abang cafe Kapas ke dan tak kisah lah sape sape pun asalkan korang akan berjumpa dengan die tiap taip hari dan terasa dekat. Ok?


Long distance relationship aka LDR adalah dimana pasangan korang berjauhan dengan korang. Kalau dalam 3 bulan tu, ada lah dalam sekali je baru jumpa. Ini mungkin disebabkan oleh korang tengah study, bekerja atau apa-apa sahaja.


Ramai yang cakap SDR best. Ada yang cakap LDR lagi masyukk. Terpulanglah kepada korang nak pilih yang mana pun. Ada aku kisah?! Haha ;D


SDR ni kadang-kadang bosan jugak weyh ! Haha :D Yelah ~ Dah tiap-tiap masa asyik duk berjumpa kan? Macam kurengg sikitlah kan? Haha ;D Amboi sesedap rasa je aku kutuk. Mampus kang aku kena balun dengan budak-budak nie nanti -.-


Tapi kan, SDR pun ada jugak kebaikannya. Korang boleh support pasangan korang kalau die tengah down, kongsi masalah dengan die, cerita live depan die, pergi hang out sama-sama. Secara tak langsung, korang ada di sisi pasangan korang


Lepas tu pulak, korang boleh tengok perkembangan die. Kalau die jatuh sakit secara tiba-tiba, kau boleh ada sekelip mata je depan die. Haha ;D Konfem terus baik lah pasangan korang tue.


Tapi kalau LDR? Yang mampu korang buat adalah "Jangan lupa makan ubat" "Dah sihat ke belum?" "Tidur awal" "Pergi ke klinik ok sayang?"dan banyak lagi nasihat yang mengalahkan doktor menasihati pesakitnya. Haha ;D


Tapi kan, kalau LDR pulak, alat perhubungan korang hanyalah FB, HP, YM, laptop, Skype dan apa lagi alat teknologi yang boleh korang hubungi. Hanya macam tu je. Walaupun korang boleh webcam dengan pasangan korang tapi tak feel lah sebab kadang-kadang line internet bukannya boleh membantu pun kan?! Haha :D


Lepas tu LDR ni perlukan kepercayaan, kejujuran, kesetiaan dan banyak lagi ke an ke an. Haha :D Aku memang respect ar kepada pasangan yang LDR nie. Kena pulak LDR yang jauh=jauh giler macam Jepun Malaysia, Russia Malaysia. Perghhhh ~ Macam mana lah tu erk? Haha :D Dan kira macam Cinta Antara Benua nie. Haha ;D


Kalau korang rasa tak boleh nak LDR, aku rasa better stop it lah. Sebab LDR ni memang banyak dugaan. Yelah, pasangan kita kan duduk jauh. Kalau die tipu kita pun, mana kita tahu kan? Tu lah yang aku cakap, kepercayaan tu penting sangat-sangat. Tu haaa ~ Tepuk hati anda dan tanya, adakah aku ni terbaik untuk die? :)


Tapi kalau difikir-fikirkan balik, SDR pun perlukan semua benda yang aku cakap tadi jugak. Tapi LDR lebih memerlukan itu semua. Hubungan jarak jauh bukan satu perkara yang mudah dan hanya sesetengah orang sahaja yang mampu hadapi semua halangan dan dugaan yang melanda.



So apa pendapat korang? Which one do you prefer?

Short distance relationship
OR

Long distance relationship?



Kalau aku? Oh maaflah ~ Aku dah terjebak dalam LDR :)

  • Share:

You Might Also Like

25 comments