[Search]

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Monday, January 31, 2011

Dear ETouch 707,





Officially you are mine now bebehhh !!!







Belum kobek-kobek lagi HP ini sebab tengah tunggu caj -.-



Dont get it? Baca entry ini dulu :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

What Is True Love?







TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Sunday, January 30, 2011

Mari Mari Mari Dengar Aku Membebel Pasal HP =.="



Salam. Hari ini aku dan ayah aku pergi meronda-ronda di sekitar Kuala Terengganu sambil beli barang-barang apa yang patut. Macam barang dapur ke, lampu kalimatang ke, bateri ke and sesi rondaan kami termasuklah dengan mengsurvey-survey HP. HAHA :D


Sesi mengsurvey HP memang dah menjadi kewajiban aku ketika keluar berjalan dengan ayah aku sebab manalah tahu kannnnnn, kot-kot lah tersangkut dengan HP baru dan mood ayah aku ok, untung-untung dapat HP baru. HAHA :D Makcik kayooooo ! :D


Ketika aku tengah mengsurvey-survey HP, aku ada lah aim beberapa HP nie. Aku tak taw kenapa tapi aku dah kurang minat dengan Nokia. Aku pun tak taw kenapa. Dah puas hidup dengan Nokia kott ;p


Sony Ericsson? Lagilah aku tak nampak masa aku jalan-jalan tadi. Entahlah. Aku pun tak tahu mana SE dah hilang. HOHO


Tapi sekarang ini aku lebih tertumpu dengan HP yang boleh muat 2 sim card dan Qwerty keypad sebab bestt ! Dan kebanyakkan HP yang mempunyai ciri-ciri yang aku minat ini adalah HP yang Malaysian and China made. So ada aku kisah? :)


Weyh kawan-kawan, aku tak kisahlah pasal brand apa. Macam HP yang aku guna sekarang ini. Tiap kali aku keluar je dari poket aku, mesti orang akan tanya "Eh Blackberry ker?" Ehem-ehemmm, cik abang, cik kak dan cik adik, aku guna Ximax je lahhh ~ Malaysian made punya :)


This is my current HP. Best guna HP ni sebab nipis giler-giler dan keypad die best dan keras. Lepas tu erm ahh erm ahh ~ tapi memang best lah ! Haha :D


Excepat for the button yang tengah-tengah tue. Aku punya dah tercabut dah. Haha :D Ganas sangat guna lah weyhh ! :D Masa butang bulat yang tengah-tengah tu dah tercabut, susah giler aku nak tekan right left up down. So dengan kepakaran aku dalam bab musnah-memusnahkan ini, aku guna pisau dan cungkil belaka keypad die. HAHA :D


E72. Ok fineeee. HP ini memang bagus. Ayah aku guna E71 dan die berhasrat nak tukar yang E72 yang original. Tukar lah ayah ! Sara sokong ! Haha :D


Tapi sayanggg. HP ini gagal menarik perhatian aku ketika aku kat kedai tadi. Ok babai awakk ! Next HP plissss ! :D

Nokia X5. Sumpah mula-mula aku berkenan giler dengan HP ini sebab die cute sangat-sangat ! Haha ;D Dah lah bentuk petak, slide pulak tu, kecik comel loteeee je aku tengok. Haha :D


Tapiiiiii lepas aku fikir-fikir balik, aku bukan nya perempuan yang jenis suka benda-benda yang comel and girly sangat. So teettttt ! Aku reject HP ini. Lagipun HP ini extra die just Wifi jeee. So tak naklah aku. Kalau boleh aku nak HP yang ada belaka. Haha :D Apa yang belaka nya? Entah
-.- Aku pun tak tawww. HAHAH :D


Nokia C7. Ok ni adalah HP manyak latessttt maaaa ! Ada macam-macam tapi aku tak tahu apa yang macam-macam. Sebab apa? Sebab aku tak minat HP nie. Sebab apa? Sebab die screen touch. Aku susah sikit nak maen HP yang screen touch nie. Dah lah aku ni jenis yang nak cepattt je. Screen touch kan lambat sikit kan? Hehe :p

Nokia E5. Sumpah mula-mula aku tengok dekat Dungun, aku dah berkenan giler dengan HP ini dan aku target HP ini dari awal-awal lagi. Tapi petang tadi, aku jadi tak suke dengan HP ini. Entahlahh.


HP ini ada Wifi, kamera 5mgpx, memori 2 @ 4 Gig tak silap aku, tapi aku fikir-fikir balik, aku tak jadi nak berkenan dengan HP ini. See? Aku ni, bab-bab HP nie memang cerewet sikit ! Susah kalau nak beli HP dengan aku


Bagi aku, baik beli HP yang berkenan di hati. Lepas tu HP tu ada kelebihan-kelebihan yang aku rasa bestt dan berguna bagi aku. Dan HP tu pulak mestilah murah sikit, bersesuaian dengan features apa yang dia ada.


Dan prinsip aku, kalau beli HP, baik beli yang ada semua terusss ! Lagi senang. Kau boleh guna lama-lama sikit. Hehe :)


Makanya, dikala aku tengah berada dalam kekecewaan kerana ketiadaan HP yang berkenan di hati, tiba-tiba HP ini telah berjaya memberi sirna suria dalam senyuman aku pada petang ini :D


ETouch 707 ! Hoiiiii ! Sumpah design die menarik perhatian aku. Lepas tu ada 2 features yang paling aku nak iaitu Qwerty keypad dan boleh muat 2 simcard. Kamera 2.0 megapixels dan kamera die sumpah clear sebab aku dah test dah tadi ;p


Lepas tu yang paling best ada Wifi, TV, Bluetooth, sound best giler. Dah dah dah cukup itu ! Kang aku bagitahu lebih-lebih kang, korang pulak yang pergi dulu beli HP ini -.- Lepas tu bila turn aku nak beli, dah habis. Menangis aku kat kedai tu nanti T___T


Harga? RM450 je bebbb ! Haaaaaaaaaaaa ~ Amacam? Murah kan? HAHA :D Ayah, sara nak beli HP ini. Muktamad ! :D


Eh aku cakap, macam lah ayah aku bagi. Kang kalaulah ayah aku tak bagi, aku bawak keluar duet PTPTN je terusss ! HAHA :D




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, January 29, 2011

[Tutorial] Macam Mana Nak Buat Tab Menu?



Salam. Memandangkan ramai giler yang request dengan aku, macam mana nak buat tab menu, maka dengan ini, aku dengan murah hati, nak kongsi ilmu dengan korang :) Baik kan aku? Haha :D

Haaaaaaaaa benda yang kat atas ini lah yang kita namakan tab menu. Ok fine. Nak buat benda ni memang susah nak mampusssss ! Aku pening kepala bila buat benda alah nie -.-


Credit untuk Kak Intan sebab aku belajar dengan die :) Punyalah aku tak faham sangat-sangat, sampaikan die call aku taww sebab nak explainkan macam mana. Haaaaaaa ~ Ada berani nak buat ker? Hehe ;p


PERTAMA


Mula-mula korang kena ada tab menu tue. Ok. Macam aku punya ni, aku edit-edit dekat Picnik. Dekat Picnik, kita boleh edit tab menu ni sesuka hati kita.


Macam aku punya ni, aku amik gambar colourful. Aku nasihatkan korang guna background gambar tab menu yang kosong sebab nanti orang lain boleh tengok tulisan die :)


Size untuk tab menu adalah 100 x 40 pixel ! Ingat tuuu ~ Kang kalau tak, tak jadilah die :)


Ok kalau dah siap save dulu korang punya tab menu tu


KEDUA


Korang kena dapatkan URL bagi kesemua gambar tab menu yang korang buat tadi. Macam mana? Korang boleh uploadkan dalam Photobucket untuk dapatkan HTML Code die tue.


Tapi cara aku? Haha :D Konfem korang gelak punyaaaa . Aku upload dalam akaun Friendster aku. HAHA :D Sebab kat Friendster dia ada sediakan khidmat untuk dapatkan code-code gambar ini. Hehe :)


Tak faham? Tengok gambar bawah ini



Yang anak panah tu adalah macam mana nak dapatkan code gambar dan yang dalam kotak biru yang aku dah buat tu, adalah code bagi gambar home aku tue :)


Dah buat? Ok lets proceedd ! :D


KETIGA


Pergi ke Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/Java Script



Korang copy code-code gambar tadi kemudian paste kan di kotak HTML/Java Script dan dia akan jadi macam gambar dekat atas nie. Pandai-pandailah korang anggarkan berapa banyak space korang nak letak antara tab menu tue


Jangan bimbang kalau die ada terlebih ke bawah macam dalam gambar atas ini. Sebab tak ada effect apa-apa pun


Kalau lepas korang copy dan kotak tu akan keluar code-code macam dalam gambar atas ini, cepat-cepat klik 'Rich Text' kat atas tue. Aku dah buat arrow dalam gambar atas supaya korang faham


Kalau boleh kita tak nak code-code tu jadi macam ini sebab kita nak dapatkan gambar sebab nanti senang kita nak hyperlink kan die :)


Faham? Ok nexttt ! >


KEEMPAT


Lepas tu, korang pergi ke Dashboard > Posting > Edit Pages


Haaaaaaa ~ Ramai yang tak tahu apa function pages ni kan? Meh sini aku nak bagitahu


Pages ini adalah dimana kalau korang klik satu link atau gambar yang telah di hyperlink kan, dia akan bawak kita ke satu pages yang lain. Err faham tak?


Macam ini lah ! Kalau korang klik butang 'Tutorial' dekat aku punya blog ni, die akan keluar satu pages yang lain kan? Haaaaaa ~ Itu lah PAGES ! :D Adoii ~ terlebih excited lah pulakk ! -.-


Lets prodceed. Korang klik 'New Page'



Dia akan keluar satu window yang lebih kurang macam ni. Ok fine. Memang sama macam bila korang nak update blog tu kan? Tapi ni adalah PAGES ok? Bukan POST !


Dekat Page Tittle tu, suka hati korang lah nak tulis apa-apa pun. Contohnya, korang nak buat pages ini pasal diri korang kan? So korang tulis je lah 'About Me' keee. Hehe :) Macam gitu lahhhh ~


Lepas dah siap tu, korang boleh klik Preview, nak tengok jadi ke tak kan? Kalau dah puas hati, korang tekan lah Publish Page ! :D


Lepas korang tekan Publish Page tu, mesti akan ada keluar macam kat bawah ini kan?



Haaaaaaa ~ Jangan takut, jangan bimbang weyyhh ! Ni hanya cobaan sahaja ! HAHAHA :D


Korang klik dekat Blog Tabs dan cepat-cepat tekan butang Save and Publish tue :)


Bila korang view blog korang, die akan terpapar macam dekat gambar atas ini kan? Mesti korang pelik kan? Dah tu mana tab menu yang aku edit cantik-cantik tadi?! Haha :D Sabar cik kak, cik abang dan cik adikk. Aku nak bagitahu lah nie


Tapi sebelum tu, teruskan buat berapa banyak pages yang korang nak buat dan ulang benda yang sama macam aku bagitahu nie :)


Dah siap semua? Ok nextt !


KELIMA



Ok. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa kaitan antara dua gambar yang aku letak kan di atas nie? Hehe :)


Ok macam nie. Korang tekan pages-pages yang korang dah buat tadi. Kemudian korang copy link die yang ada kat bahagian atas sekali ! Yang mana? Yang macam nie haaaa ~ -.-



Haaaa ~ Korang copy link kat atas ni ok? Lepas tuuu pergi dekat HTML/Java Script pulakkk


Dekat sini, korang klik mana-mana gambar tab menu yang related dengan Pages korang yang korang copy tadi. Contohnya macam ini, kalau korang copy link Pages korang yang berkaitan dengan pasal diri korang, korang klik lah gambar tab menu yang ada tulis pasal korang. Faham tak?


Lepas dah klik tu, akan ada kotak-kotak putih yang kecik di sekeliling tab menu yang korang klik tu. Ok lepas korang dah klik, korang tekan butang HyperLink. Kat mana butang tue? Tengok kat gambar atas ini. Aku dah bulatkan untuk korang.


Lepas dah tekan, akan ada satu window keluar. Then korang paste kan link yang korang copy tadi dekat window tue. Then save ! :D


KEENAM


Teruskan buat sampailah korang dah habis paste kan link-link pages dalam tab menu korang. Lepas tu tekan je butang Save dekat window HTML/Java Script korang macam dekat gambar bawah ini


Lepas tu korang boleh lah letak kan kat mana-mana korang punya tab menu tu kat layout korang. Tapi aku nasihatkan korang letaklah kat bahagian atas blog korang atau bawah header korang macam aku buat nie :) Kang senang orang nak tengok dan klik jee :)




Haaaaaaa ~ Korang letak lah tab menu korang tu kat bahagian atas tawww ! :D


Then view lah korang punya blog ! Wahh ~ Dah ada tab menu korang sendiri kan? :D


KETUJUH




Apa yang akan terjadi dengan korang punya tab menu yang simple ni? Alaaa ~ Yang masa koragn buat mula-mula tadi. Hehe :D


Tak usah khuatir. Nampak tak butang Tools yang kecik tu kan? Korang just remove jeee ~ Tak payah takut sebab korang kan dah siap copy and paste and buat tab menu yang jauhhhhhh lagi cantik and comel kan? So yang ni kita remove je lahhh ~ :)


DAH SIAP !


Haaaaaaaaaaaa ~ pening kepala tak? HAHA :D


p/s ; Tolonglah baca dan fahami betul-betul apa yang aku buat nie. Jangan mudah berputus asa dan jangan cakap "saya tak tahu buat" sebab kalau aku boleh buat, korang pun mesti boleh buat. Ok? :D



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Mana Nak Dapat Kereta Nie?



WEYHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !



Mana nak dapat kereta nie?!
Lepas tu aku nak cat kereta tu sebijik macam kat dalam gambar atas ni !





AYAAAAAHHHHHHHHH!


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, January 28, 2011

Aku Nak Tulis Apa?





TAK TAHU NAK TULIS APA SEBAB GAMBAR-GAMBAR DINNER DEKAT HOTEL HARI TU DAH TERDELETE !




AAAAARRRGGGGGGGGHHHHHHH!




Tekanan jiwa sungguh ! -.-"











TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Thursday, January 27, 2011

Its A Fact






TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Wednesday, January 26, 2011

Tali Pusat Bersambung?



Tonight activity?


Dinner at hotel with them <3


Pergi kemana-mana mesti berempat sampai ada orang cakap kami ini tali pusat bersambung.


Oh really?! Yelah tuuuuuuuuuu :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Tuesday, January 25, 2011

Pulangkan Miss Fisha Kami !



Salam. Permulaan hari ini berjalan dengan agak baik walaupun penat -.-


Dan mari kita tekan butang forward cepat-cepat sebab aku bukan nak cerita tu sebenarnya. Aku ada lagi cerita hot nak cerita nie



MISS FISHA IS NOT GOING TEACH US ANYMORE !



Demmm ! Kenapa jadi macam tu weyh?! Ya Allah tolonglahhhh ~ Bila aku dapat tahu, sumpah aku rasa macam nak pergi pujuk die terus supaya teruskan mengajar kelas aku dan kelas A.


Ni semuanya disebabkan insiden minggu lepas lah sampai kes ni macam dah merebak sekitar UiTM Dungun nie. Hailohhh ~ Sedihnya bila Miss Fisha dah tak ajar kelas aku lagi -.-


Miss Fisha ni ajar kelas aku dari sem lepas lagi, Introduction to Political Science, PAD 120. Dan sem ni dia masih mengajar kelas aku untuk subjek Introduction to Public Administration, PAD 190. Dua-dua subjek ni merupakan core subject bagi kos aku nie, Diploma in Public Admin


Ok fine. Miss Fisha ni memang garang dan tegas orangnya. Carrymarks kitorang untuk sem lepas pun semuanya rendah-rendah tapi masa final, die akan tolong kita. Betul weyhh ! Lepas tu die mengajar memang best dan akan buat kita faham


Dengan Miss Fisha jugak, die mengajar kita macam mana nak berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan markah tinggi. Dan nota-nota die sem lepas, memang berguna sangat-sangat dan lengkap dan aku masih simpan lagi sebab aku sayang dengan nota-nota tue


Dan sekarang ini, disebabkan minggu lepas punya kes, hari ini merupakan kelas terakhir Miss Fisha dengan kitorang semua. Sumpah sedih weyhh ! Honestly, sem ini aku dah sayang dengan Miss Fisha. Dan sekarang? She gonna leaves us Y___Y



Oh Miss Fisha, tolonglah kembali kepada kami semula !


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Moments :)




And I love supriseeeeeeeeeee ! :D



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Saturday, January 22, 2011

New Look ! :D



Salam


WELCOME TO MY NEW LOOK BLOG!



Wahhh ~ Cantek tak? TOLONG lah cakap cantek sebab aku sanggup tak tidur sebab nak buat blog aku macam ni tawww. Haha :D


Aku sebenarnya dah puas dah dengan rupa blog aku yang lama tue. So dengan masa yang ada ni, aku edit je lah mana-mana yang patut :)


Dalam masa berapa jam entah, aku dah buat macam-macam perubahan. Antaranya ;
  • layout blog aku
  • header blog
  • cursor blog
  • music blog
  • tab menu blog
  • shout mix blog


Perghhhhhhhh ! Pening kepala aku duk buat semua benda nie. Tapi hasilnya berbaloi sebab aku rasa puassss ! Haha ;D


Lagipun aku sengaja amik yang simple tapi funky sebab aku kan dah besar, dah 19 tahun dah pun ! So rasa matang dan dewasa tu macam ada je dalam diri nie. Hehe :)



So what do you think guys?
I need your opinion pleaseeee :)
Thank you :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Friday, January 21, 2011

[Topik] Masa Depan atau Kawan-kawan?



Salam Malam ini sebelum aku dengan kawan-kawan aku nak pergi buat Kek Batik kejap lagi, makanya aku nak ajak korang bercakap pasal sesuatu nie. Hehe :)


Baru-baru ini budak-budak group aku digemparkan dengan semua orang tukar group dan hanya tinggal 14 orang sahaja dalam kelas dan menyebabkan kelas aku tak boleh nak bukak. Tapi alhamdulillah ~ Sekarang ini masalah semua tu dah selesai dah :)


Masa depan dan kawan? Mana satu lebih penting? Satu persoalan yang betul-betul menyerabutkan fikirannn ! -.-"


Kalau kita pilih kawan-kawan, korang boleh jamin ke yang kawan-kawan tu akan sentiasa ada berada di sisi korang masa korang jatuh atau gagal dalam hidup? Memang lah ada tapi bilangan tu sikit dan mungkin tak cukup untuk buat korang bersemangat.


Dan jika korang pilih kawan-kawan, belum tentu korang akan berjaya sama seperti kawan-kawan korang tu. Contohnya macam ni, kalau kawan-kawan korang dapat dekan dalam final, tak semestinya kau pun akan dapat dekan. Get it? :)


Lepas tu kalau kawan-kawan korang berjaya dan memerlukan dia untuk buat satu keputusan yang menyebabkan korang akan berpisah, kau fikir kawan-kawan korang akan stay dan akan hidup semati dengan korang je? Arghh ~ Tak kan punya. Mestilah kawan korang tu akan buat keputusan yang lebih baik demi masa depan die berbanding demi persahabatan


Contohnya macam aku lahhh. Dulu masa aku dapat tawaran masuk SBP aku serba salah sebenarnya nak tinggalkan TMS sebab aku dah sayang giler-giler dengan TMS dan masa tu pulak aku dah aktif dengan School Band. Tapi bila aku fikir-fikir balik, aku tinggalkan TMS dan masuk SBP sebab aku rasa SBP mungkin akan ajar aku untuk menghadapi kehidupan ini dengan lebih baik


Sebab tu aku cakap, masa depan sebenarnya lebih penting sebab itu akan mengajar korang untuk keluar dari comfort zone dan mencuba sesuatu yang baru. Yelahhh ~ Tak kan selama-lamanya kau nak duduk dengan apa yang kau suka kan? Sekali sekala mencuba dan mengambil risiko, best jugak ! Haha :D


Tapi kalau fikir dari segi kawan-kawan pulak, kawan-kawanlah orang yang paling rapat dengan kehidupan korang. Kawan-kawan dapat support korang time susah dan senang. Kawan-kawan jugaklah peneman korang yang dapat mencorakkan kehidupan korang lebih beerti. Chewaaah ! Haha ;D



Sebenarnya kawan-kawan jugak memainkan peranan penting dalam masa depan korang. Yelahh ~ Kawann-kawan dapat support korang kalau korang rasa kecewa atau sedih. Kawan-kawan kornag jugak lah yang akan tolong korang kalau korang ada kesusahan kan? Kadang-kadang kawan-kawan jugak ada yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan seseorang itu :)


Haaaaaaaaaa ~ Kan dah pening? Haha ;D Padan muka korang ! :D



Bagi aku kan, masa depan dan kawan-kawan adalah sama penting tapi masa depan lebih penting dari kawan-kawan. Dah pening? Padan muka ! Haha :D


Kalau kau fikir masa depan je, maybe hidup korang akan diselubungi dengan gelap dan suram je. Sudah menjadi lumrah bahawa manusia memang suka bergaul dan bersosial sesama sendiri mereka. So kenalah ada kawan-kawan kan?


Sebaliknya, kalau fikir kawan-kawan, tak boleh jadi jugak sebab kawan-kawan tak selama-lamanya ada dengan kita. Kalau kawan-kawan kita berjaya, mereka pasti akan tinggalkan kita demi masa depan mereka. Lagipun, masa depan kita sendiri lebih penting demi mencapai semua impian dan cita-cita kita dalam hidup


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~ Apa pendapat korang dalam hal nie?

Masa depan ATAU kawan-kawan?


p/s : Kepada kawan-kawan aku yang dalam dilema nak masuk B atau H, korang fikirlah baik-baik sepertimana aku cakap masa kat Cafe Kapas ari tue. Tak kisah lah mana-mana pun, asalkan kita kawan selamanyaaa ! ;D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts