SPM ; Tiga Tahun Lepas :)

Friday, November 02, 2012

 

Assalamualaikum

Masa tengah godek-godek folder, terjumpa beberapa keping gambar masa aku sekolah dekat SESTER dulu HAHA :D The best school life ever kottt! Sebab 1st time duduk asrama, ada pengalaman homesick sebab lepas sembahyang Maghrib menangis sebab rindu mama sampaikan tak sanggup nak telefon mama, tanya khabar sebab rindukan sangat-sangat HAHA :D #malu


Tapi frankly speaking, to be homesick, its a normal feelinglah ~ tak payah nak rasa malu sangatlah kalau ada homesick. Even bila dah duduk lama dekat rumah, tetiba kau masuk U pun, kadang-kadang ada jugak rasa homesick tu sikit cuma kali ni kau dah boleh handle lah dengan cemerlanglah, tak ada nya nak menangis dalam selimut melainkan kalau kau putus cinta, EH? Macam pernah buat je HAHA :D

Last outing before exam SPM 2009 :)

Bisfinnn :D 

Dalam kelas, makan choki choki :D

HAHA :D 1st time aku tengok gambar ni kan, perkara pertama terlintas dalam fikiran aku "Kenapalah aku nampak macam nakal sangat-sangat dalam gambar nie?" HAHA :D Dengan lipat tudung ala-ala gengster, makan choki-choki dalam kelas, lepas tu buku pun tak ada atas meja nak study, lepas tu amik gambar dalam kelas dan yang paling kelakar KENAPA AKU SENYUM MACAM TU WEYH?! HAHA :D


My classmates :) 5 Al-Kindi <3 :d=":d" haha="haha" ingat="ingat" kelas="kelas" lagi="lagi" nama="nama" td="td" yeay="yeay">

Rasa macam semalam baru amik SPM 2009, menangis lepas jawab paper Add Math sebab dah lepas beban, makan maggi dalam baldi sehari sebelum paper Kimia sebab lapar sangat, jawab soalan BM dalam keadaan hujan lebat, tidur dalam kelas masa Cikgu Meli mengajar, sanggup tak pergi kantin waktu rehat sebab nak qada balik tidur, panjat tandas sebab nak tengok orang yang kena denda (HAHA yang ni tak ramai orang tahu)


Entahlah ~ dulu aku memang sumpah seranah aku tak suka sekolah SESTER sebab aku rasa bosan dengan life dia, inti patinya. Tapi lepas dah tinggalkan SESTER, aku rasa aku dapat satu pengalaman yang sangat-sangat berharga yang menjadikan aku pada hari nie :) Terima kasih SESTER! I love you all! :D


Oh, by the way ; 


GOOD LUCK TO ALL SPM 2012 CANDIDATES! 
DO YOUR BEST :D

 

You Might Also Like

4 comments