[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Friday, October 21, 2011

Kenapa Aku Susah Sangat Nak Approve Friend Request Di Facebook?


Assalamualaikum


Aku sebenarnya nak mintak maaf dengan kawan-kawan yang alam maya kat sini, yang err ~ aku delete friend request dorang kat FB. HAHA :D Uish, scratch thatttttttt! HUHU T___T Aku ada reason kenapa aku payah sangat nak approve friend request nie


First thing, FB aku adalah untuk kawan-kawan yang aku yang memang aku kenal di alam realiti. Wah alam realiti you olsss ~ Haha :D Contohnya macam kawan-kawan aku kat Besut, kawan-kawan aku masa aku kat SESTER, kawan-kawan aku kat UiTM, kawan-kawan aku masa aku kerja dulu.


Pendek kata, mostly kawan aku kat FB yang berjumlah 688 tu adalah kawan-kawan aku yang memang betul-betul aku kenal. Aku jadikan FB aku ini adalah medium untuk aku contact dengan dorang especially kalau kawan-kawan aku nie macam dah lama tak jumpa ke, dah merantau ke tempat lain keeeee ~ Yelah ~ kalau nak harapkan telefon, memang tak lah! -.-


Second, aku just approve kawan-kawan blogger yang betul-betul aku rapat. Contohnya macam Nana, Cik Pieka, Kak Ezma *few names to be mention only, the others sorry :)* sebab aku rasa aku dah kenal dengan dorang macam aku kenal dah lama dah. Kitorang chatting, komen-komen, buat laroo antara satu sama lain. So aku tahu, dorang pun sekepala dengan aku :)


Third, aku tak nak FB aku menjadi bahaya kepada diri aku sendiri. Dulu ye lah ~ Aku main approve je sesapa yang add aku tanpa aku cek. Tapi lepas kes AH CHONG (sape yang follow blog aku dari dulu, memang akan gelak lah bila aku sebut AH CHONG nie) aku dah jadi takut akan keselamatan diri aku akan terancam so starting from that, approving friend request adalah sangat-sangat ketat bagi aku :)


Fourth, bagi aku, friends kalau ramai dekat beribu-ribu pun tapi tak tegur wat menda? Senyap macam tu jeeee. Baik kau delete terus dan bagi chance tu kat kawan-kawan kau yang memang sah-sah dah akan tegur kau. Yelah ~ Aku tak adalah famous macam Cik Epal, Kak Ceera, Kak Hanis yang korang nak tegur, ye dakkk? HAHA :D


Fifth, aku tak nak FB aku dicemari dengan benda-benda yang tak sepatutnya. Contohnya kalau ada iklan pape entah kat FB. Fuhhhhhhhhh ~ Krusssssss semangat aku kalau terjumpa benda-benda yang tak sepatutnya. Kalau orang tu stranger, aku macam susah nak tegur sebab dia kan orang yang kita tak kenal so kita tak tahu apa reaksi dia kalau kita tegur


Tapi kalau kawan aku yang buat nakal tu adalah kawan realiti aku sendiri, aku akan sound terus dia depan-depan kalau aku jumpa dorang


"Weyh ~ Benda apa lah yang kau post kat wall aku tue? Mengarut tahu tak?"
"HAHA :D Saje nak penuhkan wall kauuu"
"Ahh tak ada! Tak da! Aku nak kau buang sekarang jugak"
"Haha :D Yelah yelah Cik Mysara Newrie"


Haaaaaaaa ~ Kang senang kalau macam tue. Haha :D Bapok lah kejam aku nie -.-


Maka disebabkan itulah aku buat fanpage aku sendiri :) Sebab aku nak lebih dekat dengan korang tanpa ada sebarang had dan limit. Eh bukan same ke maksudnya? Ahh lantokk! Insyallah ~ Sementara aku masih cuti ni, boleh lah aku nak bergedik santai dengan korang dulu kejap. Hehe :D


Korang dah like ke belum fanpage aku?





So kepada sesapa yang dah add aku tapi aku delete friend requestnya, aku mintak maaf banyak-banyak sangat! Bukan aku sombong ke apa tapi aku just amik langkah berjaga-jaga. Bak kata orang dulu-dulu, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanyaaa. Gitu :D


Aku harap korang faham kenapa aku delete friend request korang. Aku just ingin menjaga keselamatan aku bila mengonlinekan diri. Sebab aku tak nak benda-benda yang lepas terjadi lagi kat aku. Uish ~ Sisi 44 malaikat


AKU MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT!




TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts