Meronda-ronda Di Dungun :)

Saturday, December 31, 2011

 

 Assalamualaikum


Petang tadi Akma, Fahmi dan Nik dari Kelantan datang amik aku di Kuala Terengganu dan shoottttttttt  terus ke Dungun! Sepanjang perjalanan kitorang, asyik hujan je -.- BTW aku balik dengan Akma ni sebab aku tak ada transport nak balik. Alang-alang si Akma ni offer untuk tumpang dengan dia, aku pun on je lah :)


Mula-mula aku yang drive lepas tu bila hujan dah makin lebat, aku suruh Akma je yang drive sebab aku ni sebenarnya mata ada rabun sikit. Muehehe ~ Sepatutnya aku dah kena pakai cermin mata tapiiiiiiiiii  aku tak pakai. Hehe :p


Sampai Dungun, hantar Fahmi dan terus pergi rumah Akma. Sempat jugak aku letak barang-barang aku dekat bilik aku dulu. Mak aihhhhhh ~ Bilik aku dah macam apa entah. Yelah ~ Sebab Dungun kan asyik hujan je dan bilik tu pulak dah seminggu tak ada orang yang nak tolong kasi angin luar masuk so macam hmm ~ bilik terperap lah -.-


Aku tak suka bilik yang terperap dan lembab je -.- Aku suka bilik yang ada aliran angin yang shuhhh shuhh ~ HAHA :D


Lepak rumah Akma kejapp. Lepas tu pergi keluar amik Gman dan Harris. Then pergi karaoke. HAHA :D Dorang je lah yang nyanyi. Aku tak ada mood nak nyanyi punn -.- Entahlah ~ Semalam beria-ria nak pergi karok tapi bila mic dah ada depan mata, terus tak ada mood -.- 


Sebab perut kenyang makan udang sambal tumis! So nak nyanyi pun perut rasa tak selesa -.-


Then pergi jalan-jalan kejap area Dungun sebab nak cari kedai yang ada TV dan Astro. Sebab nak tengok Final Maharaja Lawak Mega tapiiiiiiiiiiiii bila kitorang dah sampai kat kedai tue,  sekali AC Mizal pun cakap


"Yahhh ~ Dengan berakhirnya persembahan Syok tadi, maka berakhirlah semua peserta Maharaja Lawak Mega membuat persembahan"


Memang terbaik lahh Y________________________Y


Tahniah untuk Osbon yang menjadi juara Maharaja Lawak Mega. Dorang memang terbaik lah! :D *walaupun aku tak tengok pun dorang buat persembahan tadi -.-


By the way, sempat jugaklah kitorang pergi dekat tempat jalan runtuh kat Dungun tu. Angin dan ombak semuanya besar. Tapi kejap je lah kitorang pergi kat situ


Jalan-jalan area Dungun lagi, habiskan minyak kereta si Akma nie. HAHA :D Lalu depan jirat Cina, aku dengan Akma dah takut semacam dah -.- 


Dan lepas tak tahu nak pergi mana kat Dungun nie, makanya kitorang pun lepak kat McDonalds! :D

Gman and Akma


Aku dan Harris Jaffar


Aku dah bawak buku dan semua assignment nak buat. Tapiiiiiiiiiii bila dah ada dengan dorang nie, aku tak tahulah siap ke tak semua kerja aku tue. HAHA :D

 

You Might Also Like

6 comments