Salam. Mari mari kita bercakap tentang satu perkara yang serius. Hehe :D Dah lama aku tak bukak topik dalam blog aku nie :)
Tadi buka FB dan ternampaklah status classmate aku, si Alex Evans @ Fahmi ! Haha :D
Perlu sangat kea couple around age 18-21 ? Couple majoritinyer diukur mlalui RUPA PARAS is it right ? Haha so funny when try to understanding the actualization of COUPLE...
Dan terus aku comment status kawan aku tue macam nie,
tak perlu tp kalau dah suka sama suka dan sayang, macam ok jer. tp sebnrnya haram jugak couple nie. kalau just teman tapi mesra pun ok jugak :) dan tak semstinya ada yg couple sebab paras rupa. ada yg syg dan cintakan pasangan die sbb keperibadian pasangan dia yg caring ker, yg baik hati ker. jatuh cinta kepada seseorang bukan hanya bergantung kpd paras rupa semata2 :)
Kenapa aku cakap macam tue?
Mengikut pengalaman aku *ececeh ~ ;p kawan-kawan aku yang baru Form 1 pun dah ada yang couple dah. Sekarang ini dah barubah dah. Even budak Darjah 2 pun dah boleh cakap pasal hal cinta nie. Jadi tak semestinya cinta dan couple ni perlu kepada remaja yang berusia 18 hingga 21 tahun semata-mata
Dan lagi satu, ada jugak mak cik atau pak cik yang sudah separuh abad, masih boleh lagi jatuh cinta dengan orang lain, jatuh cinta dengan pasangan mereka dan tak mustahil mereka ini masih dilamun cinta dengan pasangan masing-masing walaupun dah bertahun-tahun mereka hidup bersama. Wah ~ Ini memang kisah cinta sejati ni ! Haha :D Bak kata dalam cerita Titanic tue, "You jump, I jump" Haha :D
Kenapa aku cakap couple itu haram? Entahlah ~ Bukan aku yang cakap tapi aku ada dengar dan baca desas-desus tentang perkara ini. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Ada yang cakap couple tu boleh jika kita ada niat untuk berkahwin dengan pasangan kita. I dont know ~ Korang punya pandangan tentang perkara ini macam mana? Meh lah kita kongsi ramai-ramai :D
Aku pun nak kongsi pandangan tentang satu perkara. Cinta atau couple tidak semestinya berlandaskan rupa paras semata-mata. Kalau tak, kenapa di India ada mengatakan, semakin gemuk perempuan itu, semakin cantik perempuan tersebut di pandangan mata lelaki dan menjadi rebutan para lelaki? Fikir-fikirlah sendiri :)
Cinta tu subjektif. Bagi aku, cinta pada paras rupa kemungkinan tidak akan berkekalan lama sebab kita ini semakin dimamah usia. Korang berani jamin ke yang kecantikkan luaran tu akan kekal sampai ke hari tua? Haha :D Kalau ada, bak mai contoh dekat aku satu ;p
Kecantikkan dalaman adalah elemen penting dalam sesuatu hubungan. Bila ada kecantikkan dalaman ini, Insyallah ~ ianya akan berkekalan kerana kita terpikat dengan pasangan kita kerana hati die yang suci murni dan bersih itu dan bukan kerana kecantikkan luaran semata-mata :)
Korang rasa macam mana? Sila sila bagi pandangan anda :D
p/s : Cinta kepada Allah swt adalah cinta yang kekal abadi :')