[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE


[klik it]

Home Ads


Wednesday, June 15, 2011

Banyak Kerjalah Sangat Kan?




Salam. Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! Aku rasa nak menjerit sangat-sangat nie. Haha :D


Bukan apa, lately ini aku ada banyak sangat kerja sampai kadang-kadang aku rasa aku nak lantik Personal Assistant untuk uruskan kehidupan aku. Haha :D Amboi ~ Mengada tawww ;p


First of all, aku dengan kawan aku, Fifah tengah sibuk buat proposal untuk Dinner Fakulti aku sebab aku dengan dia Setiausaha. Lepas tu banyak kena contact dengan seniors and pensyarah sebab kalau boleh nak pastikan format betul lah lah? So hari ini aku dah siap mintak sign dari lecturer aku dan MPP


Sekali bila hantar kat Hal Ehwal Pelajar (HEP), HEP tak terima sebab kertas proposal tu yang sem lepas punya. Code die tak sama -.- Ya Allah ~ Apa yang aku rasa masa tue? Aku rasa macam ok je. Takpelah ~ Nak buat macam mana? Dah nasib badan


Nasib baik abang dekat HEP tu baik sebab tolong emailkan aku proposal yang baru dan petang tadi aku dah siap buat. Esok pagi pagi lagi, pergi jumpa semua lecturer balik dan mintak sign dorang sekali lagi dan jumpa dengan MPP dan hantar ke HEP. Ya Allah ~ Moga-moga proposal Dinner ini akan diluluskan secepat mungkin. Aminn :)


Second, ayah aku ada pos kan aku satu barang untuk aku. Dari awal minggu hari itu lagi ayah aku dah bagitahu aku cuma aku je yang tak ingat. Petang tadi ayah aku call aku, tanya dah amik ke belum. Sumpah rasa bersalah sebab aku tak ingat langsung nak amik barang yang ayah aku poskan tue -.- Haihh. Ok ok ~ Dah boleh masuk dah dalam to-do-list aku


Third, bil barang elektrik aku tak bayar lagi. Kena bayar cepat-cepat ini sebab kalau tak bayar kang, tak memasal aku kena saman -.- Tak sanggup aku. So esok, aku nak pergi bayar. Kena masuk dalam to-do-list aku :)


Fourth, assignment aku, CTU, BEL aku dah tangguhkan dah. LAW, PAD dengan ECO tengah menunggu aku nak aku belai-belai diorang tue -.- Tak boleh tangguh-tangguh lagi ini. So nampaknya kena masuk dalam to-do-list aku ini


Fifth, aku nak balik kampung esok kott. Maybelah. Aku kena pergi Maxis Center dan tukar modem aku sebab modem aku rosak. Ini pun aku pinjam modem kawan aku -.- So kena masuk dalam to-do-list aku nie -.-


Sixth, aku kena pergi cek handphone aku sebab HP aku buat hal. Entah apa entah jadinya sampai bila aku reply text kawan aku, semua kawan-kawan aku cakap "Asal kau punya text macam tulisan Tamil weyh?" Tak ke rasa nak baling je HP aku ini dekat Laut China Selatan? So kalau aku balik KT esok, aku nak bawak HP lama aku sebagai prepare in case HP aku ini buat hal -.- Dah kena masuk dalam to-do-list aku nie -.-


Seventh, tak lama nanti mak ayah aku nak balik Semenanjung (jap jap. nak lompat-lompat dulu sebab gembira sangat!. ok dah) So aku kena masukkan dalam to-do-list aku yang aku kena downloadkan Avira or Kaspersky dalam lappy aku. Done!


Lepas dah buat semua ini kan, can I need some rest? Penat sangat-sangat -.- Rasa feelingless pun ada jugak. Tahap kegembiraan tu tak capai ke tahap maksimum sebab terlampau penat. Kadang-kadang bukan penat badan tapi penat otak -.- Berfikir banyak sangat. Haih ~


Kepada sesape yang berkenaan, tak payahlah cari pasal dengan aku. Kang aku mengamuk macam petang semalam kan, baru tahu. Haha :D


p/s : Ada jugak pasang surutnya -.-


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts