Seorang Sahabat Yang Pergi

By Mysara Newrie - Sunday, June 12, 2011



Aku ada seorang kawan. Aku pun dah tak ingat dah macam mana aku boleh kenal dengan die. Tapi yang pasti aku rapat dengan die masa dah nak penghujung sem 1. Masa tu aku, ibu mengandung, Bunny dan dia memang satu group. Pergi mana-mana mesti sekali :)


Tapi walaupun satu group, kawan-kawan kitorang yang lain, kitorang tak pernah nak lupakan. Still rapat lagi :) Kitorang dah macam adik beradik. Susah senang bersama. Tak kira asal, warna kulit.


Masa buat final project untuk CSC sumpah best. Sebab pening dan kau lah yang selalu ceriakan kitorang dengan lawak bodoh kau tue. Kau ceritakan semuanya pasal kawan-kawan kau yang berlakon jadi bisu sebab nak lepaskan diri dari cikgu disiplin. Sumpah lawak nak mampus


Buat CSC satu malam sampai tak tidur langsung dan alhamdulillah, kita satu group dapat 14/15. Paling best, kita semua tak mandi langsung sebab takut tak dan nak present kan? Lepas habis present, pergi makan KFC ramai-ramai dan punyalah penat dan mengantuk sangat, boleh je tidur dalam van kunyit tu sampai pakcik van pun kejutkan kita kan? Haha :D


Masa Dinner Part 1 lagi tak boleh blahhh. Sumpah best sebab kita semua berlakon dalam Cinderella dan yang paling masyuk, kita menang juara malam tu kan? Semuanya bersorak macam orang giler dekat dalam dewan tapi ada kita semua kisah? Malam itu kita nak enjoy so kita enjoy puas-puas :)


Masa nak ambik gambar, lagi tak boleh blahh. Punyalah masing-masing nak ambik gambar sangat, semuanya pakat tolak tolak dan yang paling best kau tolak Farah sampai Farah jatuh tergolek depan kita semua. Dan apa lagi? Kita semuanya gelak dan gelak :)

Masa study week yang pihak UiTM bagi untuk kita study, kita pergi meronggeng kat Kuantan. Haha :D Pergi 2 buah kereta. Sumpah best. Sebab dapat jalan ramai-ramai macam tu dan lepak kat TC. Kena kacau dengan orang yang kita tak kenal pun, kita boleh gelak-gelak lagi especially masa ada satu group lelaki bagi numbor phone dorang kat kita kan? Haihh, kenangan :)

Bila ada test or quiz, kau memang nak duduk sebelah aku dengan ibu mengandung sebab kita nak kongsi-kongsikan jawapan. Haha ;D tapi sedar tak? Dari sem 1 sehingga sekarang, walaupun kita selalu duduk bersebelahan tapi kita tak pernah pun saling tiru meniru kan? Haha :D Berani cakap sahajaaaaaaaaa tapi bila nak buat, masing-masing kedekut tak nak bagi jawapan. Sebab nak compete siapa dapat markah paling tinggi dan kau lah yang selalunya jadi juara :)

Gambar kau, ibu mengandung dan aku masa kita tengah study. Kita dah janji sape yang dapat paling rendah markahnya, dia yang akan belanja kita semua makan dekat Bistro. Tapi janji tinggal janji. Tak dilaksanakan pun! :D


Masa study dengan kau lagi best. Sebab bila aku dengan ibu mengandung tak tahu atau keliru, kau pun mula bagi hujah-hujah dan contoh kau yang akhirnya aku dan ibu mengandung akan cakap "Ooo macam tu rupanyaa.." Dan kau selalu suruh kitorang fikir ikut logik akal. Haha :D Tapi sorry to say sayang, kadang-kadang aku boleh dan kadang-kadang aku tak boleh :)

Masuk Part 2, kita semua makin rapat. Kemana-mana sahaja muka kita masih sama dan gelak ketawa memang konfem ada. Sampai kan semua orang mesti tengok dekat kita. Tapi bak kata Bunny "Peduli apa aku!"


Masa Part 2 ni, kita semua ada masalah yang memang tak boleh nak dibendung bila masuk kelas especially kelas waktu pagi, pukul 8. Haha :D Aku akan tidur, Bunny akan sibuk menguap, ibu mengandung yang akan mula buat kerja tak tentu arah die dan kau? Kau pun sama jugak :) Haha :D

Tapi bila dah keluar kelas, semuanya macam hyperaktif nak mampus. Gelak dah tak ingat dunia, bila berjalan dah tak pandang kiri kanan. Gelak sampai rasa nak golek-golek atas jalan. Ada je benda yang nak digelakkan. Bila ada mamat lalu je mesti kita akan senyap tapi mata duk pandang-pandang. Lepas tu masing-masing bising giler duk komen itu ini. Tapi aku? Aku akan senyap je sebab bak korang cakap "Mai ini konfem fail bab-bab macam ini" Haha :D

Perkara yang unexpected pernah kita buat adalah kita pergi Mesra Mall tanpa kita rancang. Pergi sebab bosan duk dalam bilik dan hajat nak pergi tengok wayang, Khurafat. Tapi bila dah sampai kat Mesra Mall, yang ada 10 sit sahaja dan line yang depannnnnnnnnn sekali !


Tapi punyalah nak tengok wayang sangat, kita semua sanggup duduk depan sekali. Dan yang paling best kita memang menjerit kuat-kuat giler bila hantu-hantu keluar. Haha :D Ouh sumpah besttt :)

Bila ada ceramah ke, talk ke, kita mesti aim akan duduk depan sekali. Sebab bak kata Miss Marina "1st hand lecturer" Haha :D So kita tanamkan nasihat itu betul-betul dalam diri kita. Tapi bila dah duduk depan, perangai nak buat lawak and gelak gelak memang tak boleh nak elakkan. Mesti akan ada je benda yang nak kena buat -.-

Bila petang-petang je, mesti kita akan pergi Gadung dan makan-makan kat sana. Menu wajib ; ABC and cucur udang :) Kongsi ramai-ramai sambil borak-borak. Kadang-kadang rasa nak muntah sebab gelak banyak sangat dengan perut yang penuh -.-


Tapi kadang-kadang kalau ada income lebih, mesti kita akan pergi lepak kat hotel, makan cake je punnn. Tapi takpelahh. Selalu sangat macam nie sampaikan orang yang kerja dekat hotel pun dah kenal dah dengan muka kita :) Kadang-kadang selalu jugak bukak puasa dekat hotel. Takpun study kat sana. Hehe

Bila ada masa, kita semua satu kelas mesti akan keluar, sambut birthday sama-sama. Tak kisah lah bila pun tapi mesti akan buat kalau semuanya ada kelapangan. Biarlah tak ada hadiah pun tapi yang penting keikhlasan dalam persahabatan dan perhubungan yang terjalin antara kita semua. Kita semua memang satu kepala dan semuanya boleh masuk air. Tak ada langsung rasa kekok dalam diri masing-masing walaupun kita ada geng masing-masing.

Masa Dinner Part 2 kita satu meja tapi kita macam kurenggg sebab tak cukup ahli. Tapi bila time bergambar, sumpah macam orang giler. Duk menjerit-jerit tak tentu pasal sampaikan semua seniors tengok kat kitorang. Tapi arghh ~ peduli apa? Asalkan kita semua having a great time together :)

Bila kita semua buat Family Day ASCAPS, kita semua bekerjasama. Dan kau, walaupun kau tak jadi AJK tapi kau tetap sama-sama tolong kitorang yang jadi AJK ini sebab kitorang tak cukup orang. Kau jadi penjaga masa. Takpe lah :) Aku hargai pertolongan kau masa tue


Masuk Part 3 kita semua tak dan nak hang out sama-sama. Macam masing-masing sibuk. Aku sibuk dengan proposal dinner, Bunny sibuk dengan MSK die, ibu mengandung sibuk dengan debat die. Kita dah jarang-jarang nak hang out kan?


Sampailah pada Rabu minggu lepas, kau melonjak kegembiraan sebab kau dapat tawaran ke SPA dalam bidang farmasi. Jujurlah aku cakap, aku rasa kehilangan kau. Kau dah tak ada dah nak buat lawak-lawak bodoh kau dengan kitorang lepas nie -.- Sumpah sedihh


Masa last kita keluar, kau tolong aku masa aku nak beli barang-barang dan kau masih sama. Kau buat lawak bodoh dan aku dengan Bunny gelak je lah :)


Hari ini, kau pergi. Kau dah tinggalkan kitorang dekat UiTM Dungun ini dan pergi mengejar cita-cita kau dalam bidang farmasi. Lepas ini dah tak ada kau yang akan menceriakan kitorang dengan lawak-lawak bodoh kau tu. Dah tak ada dah gelak ketawa kau yang macam monyet bak kata Bunny. Haha :D
Gambar last kita semua pagi tadi :) Sumpah best giler masa ini sebab tak pasal-pasal kita jadi tumpuan orang ramai sekejap. Haha :D Lepas tu kita pergi makan dekat hotel ramai-ramai dan kitorang belanja kau makan sebab ni last dah nak lepak dengan kau. Lepas ni, bila lagi lah ehh? -.-

Kepada KAU yang aku maksudkan, semoga kau berjaya dalam hidup kau dengan jalan yang kau pilih nie. Aku tahu kita semua berat nak hadapi perpisahan ini tapi lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Lagipun ini adalah demi masa depan kau dan aku dan budak-budak ini tak boleh nak buat apa-apa selain dari berdoa untuk kau


Dari air mata kau tadi, aku tahu kau berat tapi inilah jalan yang kau pilih. Kau sendiri tengok tadi kan betapa kita semua susah nak lepaskan antara satu sama lain. Kenangan antara kita semua, kau janganlah lupakan yer? Kitorang pun kat sini akan terus ingat kau dan doa kitorang mengiringi kau. Takpelah ~ nanti ada masa kita boleh lah jumpa kat yer :)


Terima kasih sebab jadi kawan aku selama aku ada kat UiTM Dungun. Kau lah yang banyak tolong aku ketika aku susah, senang, jatuh dan bangun. Kau bagi aku kata-kata semangat dan kau banyak tolong aku dalam study. Kau lah jugak pemandu yang berwibawa bila kita semua nak pergi keluar pergi mana-mana. Kau lah yang bagi lawak-lawak bodoh kau kat kitorang bila kita semua hangout. Dalam kelas, kau lah jugak yang sering bagi idea-idea yang bernas. Kau lah orangnya :')


Nurul Lisda bt Baharudin

Kota Bharu, Kelantan



Gonna miss the four of us :')



FAEZAH LISDA HANI AND MAI

  • Share:

You Might Also Like

3 comments