[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Tuesday, May 03, 2011

Angau Dengan Salem Aziz?



Salam. Pagi pagi lagi mak aku dah menjerit-jerit panggil nama aku


"SARAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!"



Grrrr ~ terpaksalah bangun kan? Sebab aku dah janji dengan mak aku nak potong rambut hari ini dan teman mak aku pergi servis kereta. Yelah ~ Dah lama giler tak servis kereta sejak dia duduk kat Sabah tue -.-


So dengan mata yang tak berapa nak celik aku gagahkan diri jugak. Lagipunn aku nak pergi beli baju Googles lagi ! Haha :D Yeahhhhhhhhhh! Kan hari itu aku cakap aku nak beli lagi kan? So yeahh ! Hari ini aku beli lagi :D Dahsyat gilerrrr -.-


Mula-mula pergi potong rambut aku. Huuu ~ Byebye rambut panjang. Hyehye rambut pendek! Short side fridge hair taww ! :D Haha :D Cool doeee. Kalau dah lama-lama sikit nanti, konfem rambut aku jadi macam niee

Huishh ~ Rambut cepatlah panjang ehh? Nak jadi macam dalam gambar atas nie. Haha ;D


Mek cina tu cakap aku lagi nampak comel bila rambut pendek. Auwww ~ Malu tawww #.# Haha ;D Dah lah die cakap kuat giler, satu kedai dengar. Haihh ~ Mek cina ni pun satu. Saje je taww nak bagi market aku lebih. Haha :D Dah dah dah ~ Dah mula nak melalut dah nie -.-


Lepas tu pergi mana entah. Tapi at one moment ni, ada traffic light taw. Kebetulan sebelah kiri aku tu ada kedai kain. Perghh ~ Ada pulak tulis SALE, JUALAN MURAH, PROMOSI HEBAT kat merata-rata tempat kat kedai tue. So dengan slumbernya, mak aku parking kereta depan kedai tue. Haha :D

Yeahh ~ Duit-duit sekalian, hari ini mak nak derma korang dekat Salem Aziz tawww -.-"


Maka masuklah aku dengan mak aku kat kedai tue. First sekali masuk, terus pergi cari kain cotton sebab aku dah awal-awal cakap lagi aku nak beli kain cotton especially English Cotton. Hehe :D Sedappp bohh bila pakai kain jenis macam tue ! :D

WWWOOOOOOOOOOOOOO !


Sumpah rambang mata aku tengok kain-kain cotton nie. Wuuaaaaaaaaaaa ! Tengok kiri, tu cantik. Tengok kanan, tu cantik. Tengok atas, tu cantik jugak. Tengok bawah, yang ni pun cantik jugak. Haihh ~ Baleeee Baleee -.-"


Weyh sumpah cantek doeee. Korang nak kain jenis apa, semuanya ada. Aku memang dah tak tentu arah dah tadi sebab semua kain-kain tu cantik giler. Dah lah ada stok baru sampai. Haihh ~ Memang tak lah aku nak lepaskan macam tu je kan? -.-


Yang section atas ini, RM60 sepasang. Sepaasang tu 4 meter lah. Sesuai dah tu kalau nak buat baju kurung biasa. Alaa ~ Aku bukannya apa. Sebab baju kurung macam ni boleh aku buat raya terus dan buat pergi kelas untuk sem depan. Lagipun baju kurung cotton sedap pakai dan tak payah gosok kalau dah terlewat pergi kelas. HAHA :D

Haaaaaaaaaaa ~ yang ni pulak bahagian kain cotton yang stoknya baru sampai. Baik punyaaaaaaaa ! Memang aku tengok lah semua corak-corak kat situ kan. Giler kauu ~ Dah sampai kat kedai yang ada kain-kain cantik-cantik tapi tak nak tengok. Baik kau pergi tidur je -.-"


Yang bahagian ini, RM46 sepasang. HOIIII ! Aku ulang lagi, RM46 SEPASANGGG ! Wuaaaaaaaa ! Apa pasal lah Salem Aziz buat sale murah giler babun time aku dah savekan duet untuk beli benda lain? -.- Oh Salem Aziz, kau bikin aku merana 0.0


Semua corak-corak memang lawa giler. Korang nak apa? Bunga-bunga? Stripes? Polka dot? Bintang-bintang? Semua ada weyhh ! Konfem kalau aku bawak lah korang semua pergi sana, Salem Aziz dah boleh tutup kedai die sebab dah banyak untung. Haha :D

Oh kainn ~ Kau hanya mampu aku pegang, tapi bukan untuk aku miliki -.-


Sobsss :'( Itulah yang terjadi. Kan mama dan aku datang kedai nie secara mengejut kan? So manalah bawak duet lebih.


Act aku ada lagi duet tapi aku dah savekan duet ini untuk beli baju Googles tue. So kalau kita dah janji dengan diri kita nak beli baju tu, kita kenalah tunaikan. Kalau tak, kita telah latih diri kita untuk memungkiri janji. Haaaaaaa ~ Betul tak?! Baik angguk cepat sebelum aku tembak korang. HAHA :D

Haaaaaaa ~ Aku dan snap picture ni sebab nak tunjuk dekat korang-korang yang duduk area Kuala Terengganu. So korang boleh lah datang kat Salem Aziz nie. Beli baju untuk raya. Hehe :D


Sampai 13 hb? Huishh ~ Insyallah dan lagi aku nak beli. Aminnn ~ Haha :D Kepada ayah yang ku sayang, anakmu ini ingin membeli baju kurung cotton tu, err dalam 3 pasang kot? Boleh takk? Boleh lahhh ~ -.-"


Nasiblah aku ini anak perempuan tunggal ayah. Kalau tak, haru biru ayah aku nak layan anak-anak perempuan die yang ada perangai sebijik macam aku ini -.-

Haaaaaa ~ Ini baju Googles yang aku beli tadi. Warna oren sebab warna peach nampak huduh dan warna hijau nampak dull -.- So konklusinya, warna oren lah kan ! :D Yeahh ~ Dalam masa 3 hari, aku dah dapat 4 helai baju baru. Cuba kira-kira, berapa agaknya baju baru aku kalau aku cuti selama sebulan lagi? Hehe :D


Ini aku nak cerita ini. Masa aku nak bayar baju ini kan, ada sorang abang ni main-main tarik tali dengan aku tawww. Aku dah beratur baik punya sambil letak baju aku ni dekat kaunter. Sekali die amik dan cakap "Awak , pergi bahagian depan yer?" So aku pun pergi lahhh ~


Masa aku dah sampai dekat betul-betul depan cashier, sekali akak cashier tu cakap "Adik, beratur dulu ehh?" sebab masa tu ada lagi 4 orang customer yang nak bayar. So aku pun amik baju aku tu dan pergi kat belakang sekali.


Sekali abang tu nampak aku duk belakang sekali kan. Die pun amik baju aku tu dan cakap "Awak ikut saya" Aku pun ikut die pergi bahagian depannnnnnnnnnnn sekali. Bila aku dah sampai, sekali abang tu cakap "Eh kejap ehh" dan pergi sekali lagi dekat akak cashier yang mula-mula tadi


Eh ? Aku pun suam-suam panas lah kan? Aku pun apa lagi! Aku cakap "Ya Allah ~ Mana satu nie?" dan aku perasan abang tu senyum-senyum. Eh eh eh ~ Comel ke kau buat macam tue? HAHA :D


Then lepas bayar, lunch then balikkkkkkkkkkkk ! Penat lah hari ini -.-

Walaupun badan aku di rumah tetapi fikiran aku tetap padamu, wahai Salem Aziz -.-


p/s : Kena save duet PT untuk beli kain baju kurung cotton ! :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts