Cinta Dia Tiada Tandingannya :')

By Mysara Newrie - Tuesday, May 10, 2011



"Aku dah clash dah dengan dia" sahabatku memecahkan kesunyian. Namun pandagannya jauh ke hadapan. Aku hanya melihat riak wajahnya yang berubah tiba-tiba


"Rilek laa. Ramai lagi perempuan lain. Kira ok ap. Kau boleh carik awek lain. Tak ada dengan dia jer.." sahabatku hanya tersenyum mendengar kata-kataku


"Jatuh cinta nie bukan macam tukar baju, pakai kejap, dah bosan buang, tukar baju lain" aku hilang kata-kata. Jarang aku mendengar jawapan sebegini dari sahabatku.


Masakan tidak, bukankah di usia-usia kami nie masa untuk bertukar-tukar pasagan. Cuba dulu yang nie. Kalau bosan test yang lain pulak. Yelah ~ tak kan nak kat orang yang same je. Bosan. Bagi peluang kat orang lain pulak kan? Baik hati laa kononnye


"Dia bodoh-bodohkan aku je. Dulu bukan main merayu jangan tinggalkan dia. Siap nangis-nangis lagi tapi bila dah bosan, dia buang macam sampah.."


Aku hanya membisu, membiarkan sahabatku berbicara


"Kau nak tahu? Dulu dia pernah tegur aku, tak baik cakap 'bodoh' Sejak dari hari tu aku belajar nak kurang-kurangkan mencarut dan aku terpikir nak jadi baik untuk dia"


"Aku makin rajin study sebab aku cuma fikir nak dapat kerja bagus-bagus, nak dapat duit banyak. Aku nak dia jadi yang halal untuk aku. Aku nak jaga die, nak jadi yang terbaik untuk dia. Bila aku dapat tahu yang dia nangis sebab takut aku tinggalkan dia, aku jadi yakin yang dia tak kan tinggalkan aku"


"Aku sanggup buat macam-macam untuk dia asalkan dia happy. Aku sanggup pujuk dia tak kira berapa kali dia nak merajuk even kalau dia buat salah pun, aku tetap mintak maaf dulu. Aku layan jugak dia even kadang-kadang aku rasa macam penat, macam bosan. Aku lupa pesanan kau 'jangan terlebih sayang kat orang sebab belum tentu orang tu betul-betul sayang kat kita"


"Kau nampak tak mana silap aku? Aku dah lebihkan cinta kat dia daripada Dia. Sebab tu bila benda nie jadi kat aku, aku rasa separuh hidup aku macam dah musnah. Aku selalu merungut kenape bende nie jadi kat aku? Sampai kadang-kadang aku rasa macam putus harap, macam semua benda dah tak penting"


Botol air aku ambil untuk melegakan tekak. Aku terus mendengar. Tiba-tiba sahabatku tersenyum lalu menyambung ceritanya...


"Sampailah satu hari, masa aku on the way balik rumah. Aku solat kt TBS. Entah kenape, masa-masa macam nie baru nak carik Dia. Aku amik, aku bukak Al-Quran yang jaran-jarang aku pegang. Aku baca surah Yassiin. Tak sampai separuh, air mata aku dah berlinang. Macam mana sedihnye aku time tuu, cuma Dia je yang tahu.


"Aku cakap dalam hati 'Ya Allah, sungguh aku tak kuat untuk semua nie. Aku tak sanggup lagi dah Ya Allah. Kenapa semua nie jadi kat aku?'


Tiba-tiba terlintas kat fikiran aku 'if you want to talk to God, say your prayers and if you want to hear God talks to you, read the Quran'


"Aku pun belek al-Quran secara rawak sampailah tiba-tiba mata aku terbaca ayat 62, Surah al mukminun yg mksudnya 'Dan kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya dan pada kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnye dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)" aku terus menangis. Dah berape tahun aku tak nangis macam tu. Nasib baik tak ada orang masa tue. Masa tuu jugak aku rasa Dia sangat dekat dengan hati aku. Hati aku tiba-tibba rasa tenang, macam dipujuk


Aku hanya tersenyum memandangnya....


" Apa? Kau ingat aku tak ada perasaan ke? Tak boleh nangis?"balas sahabatku yang faham maksud senyumanku


"Hmm. Sejak hari tu, kalau aku sedih, aku bentang sejadah. Aku buat solat taubat. Aku berdoa. Aku mengadu dengan Dia. Hati aku makin tenang. Satu perasaan yang aku tak pernah rasa, yang susah aku nak gambarkan macam mana. Kalau dulu aku dengar kemanisan iman ke pe ke aku gelak tapi bila aku dah rasa sendiri, urmm"


"Hidup umpama nak hasilkan pelangi" celahku, membiarkan dia menyambung ayatku


"Yup dan untuk hasilkan pelangi kita perlukan hujan dengan matahari. Maka terpaksalah kita rase teriknye mentari dan petir kilat" sambung sahabatku...


"Baru sekarang aku betul-betul paham dengan maksud ayat tu. Lepas bende nie jadi kat aku, baru aku sedar, sayangnya Allah kat hamba-hambaNya cuma kita je yang tak nampak sebab kita tak nak fikir. Macam ape yang jadi kat aku, sekarang aku paham yang Allah sebenarnye nak tunjukkan kat aku yang cinta dan janji manusia tak sehebat cinta dan janji Allah. Aku bersyukur yang Allah masih sayangkan aku"


Aku hanya mengangguk, antara paham dan tidak. Tiba-tiba terlintas di fikiranku untuk bertanya


"Aku nak tanye sikit boleh? urm..kau still sayangkan dia?"


Sahabatku mengalihkan pandangannya "Tipu ar kalau aku cakap tak sayang. Aku nie manusia biase je. Ada masa-masa aku rase rindu sangat kat die. Tapi aku belajra untuk lupekan semua tu. Sekarang nie aku cuma fikir kalau betul aku cintakan dia, aku kena carik cinta Dia dulu dan kalau Dia dah tentukan aku untuk dia, mesti kitoanrg akan jumpe balik tapi kalau tak, sekurang-kurangnya aku dah berusaha jadi yang terbaik untuk bakal isteri aku nanti"


Kami menghabiskan saki baki perbualan kami lalu sahabatku meminta diri untuk pulang. Di sebalik senyumannya aku dapat rasekan kesedihan melalui matanya.


Setelah sahabatku hilang dari pandangan, aku hanya duduk membisu, memikirkan perbualan kami tadi. Sedikit sebanyak aku paham dengan ape yang die cuba sampaikan...


Hidup nie tak jauh bezanya dengan sistem barter. Kita perlu rase susah untuk faham erti sebuah kejayaan. Kita perlu rase ditinggalkan dan keseorangan untuk menghargai harga seorang sahabat yang muncul dalam hidup kita dan kita perlu dikhianati cinta manusia hanya untuk mengerti sempurnanya cinta Allah.


Dan sungguh Allah itu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan sungguh cinta Allah kepada hambaNya itu amat dalam dan setiap perkara yang terjadi kepada kita itu terdapat pengajaran bagi orang yang berfikir. Allah tak kan merugikan hamba-hambaNya


Ingatlah. Dalam hidup nie kita tak pernah jumpe orang yang salah. Setiap orang yang datang dalam hidup kita mesti ada sebab dan tujuannya, tak kira laa orang tu kawan ke musuh ke ataupun lelaki atau pompuan yang buat kita sayang sangat kat dia.


Allah jadikan manusia berbeza bangsa dan warna kulit agar mereka dapat saling mengenali, saling memahami antara satu sama lain. Maybe Allah datangkan kawan yang asyik nak marah jer sebab Allah nak ajar kita jadi seorang yang penyabar ataupun mungkin Allah datangkan seorang lelaki atau perempuan yang buat kita jatuh hati, rasa cintakan dia tapi last-last dia tinggalkan kita untuk mengajar kita yang cinta Allah itu lebih kekal, lebih indah.


For everything that happens in your life, it must happened for a reason. Jangan merungut, sebaliknya belajarlah kerana setiap yang berlaku itu menuntut kita agar berubah dan setiap yang berlaku itu terdapat pengajaran bagi mereka yang berfikir


p/s ; Terima kasih Allah. Di saat aku mula jatuh dan semakin terjatuh, Kau datangkan aku seorang teman dan berikan aku cerita ini agar aku sedar bahawa cinta Kau terhadap aku tiada bandingannya. Terima kasih Allah :')


  • Share:

You Might Also Like

0 comments