emo

Maaf Menganggu Hari-hari Ceria Kamu

By Mysara Newrie - Thursday, May 12, 2011



Salam. Sebenarnya apa yang aku nak tulis ini dah lama dah terpendam dalam hati. Cuma tak terluahkan di sini. Hanya kawan-kawan rapat je yang tahu dan rata-ratanya mereka tidak menyokongnya. Ah ~ biarlah ~ Aku rasa aku nak tulis jugak. So bacalah kalau ada masa :)


Aku rasa aku nak tutup blog aku nie. Tak caya? Pergi hantuk kepala sekarang kat dinding, pergi tampor pipi kau sekarang, pergi amik pisau dan toreh tangan kau sekarang. See? Memang betul kan?


Aku tak tahu kenapa aku ada niat macam tu sedangkan sebelum ini aku memang berdedikasi betul dengan blog aku ini. Aku sayang blog aku sekarang sebab kat blog ini macam-macam lah aku belajar. Tak perlulah aku cakap kan?


Tapi sejak dua tiga menjak ini, aku tak tahu kenapa aku rasa nak tutup blog ini. Aku berbelah bagi sebenarnya nak tutup ataupun tak. Kadang-kadang rasa nak tutup, kadang-kadang rasa sayang pulak. Duk main macam tu lah -.-


Entahlah ~ Kawan-kawan aku ada yang tak sokong sebab aku tahu ada dalam kalangan kawan-kawan aku yang setia baca cerita-cerita aku dan rata-ratanya senang dan suka. Alhamdulillah ~ Tugas aku sebagai kawan untuk menggembirakan mereka dah terlaksana :)


Tapi macam mana dengan kamu? Aku tak tahu lah samada kehadiran blog aku ini gembirakan atau menceriakan kamu atau tak. Kalau ada yang terguris, maaf. Kalau ada yang tersenyum tatkala membaca cerita-cerita aku, terima kasih kerana turut merasai kegembiraan aku


Maaf kerana menggangu hari-hari ceria kamu semua dengan entry aku yang agak suram kebelakangan ini.


Aku perlukan kekuatan untuk hadapi semua ini.


p/s ; Orang yang paling aku sayang, nyaris-nyaris nak meninggal dunia hari ini depan mata aku. Ya Allah ~ apa petunjuk yang Kau nak bagi dekat aku nie?


  • Share:

You Might Also Like

12 comments