[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, May 29, 2011

Termenung dan Berkata ;



Salam. Hari ini hari pendaftaran kolej di UiTM Dungun dan itu bermakna, esok dah start kuliah untuk semester tiga.



SEMESTER TIGA?!



Cepatnya masa yang dah berlalu yer. Hmm ~ Entah la aku tak tahu apa yang aku harapkan untuk semester ini cuma aku cuma nak sibukkan diri aku je. Dalam otak aku ini, dah ada macam-macam plan yang aku nak buat untuk sem nie.



Aku nak join Debat, aku dah jadi Mantan untuk Persidangan Mahasiswa dan ada beberapa perkara yang team aku nak bawakkan ke pihak atasan FSPPP dan batch aku yang ditugaskan untuk uruskan Dinner Fakulti dan aku jadi MT untuk Dinner sem kali ini. Oh lupa nak cakap, aku nak rombak balik cara aku study balik sebab aku nak dekan untuk semester tiga ini. Korang, tolong doakan untuk aku? :)



Banyak jugaklah perancangannya. Biarlah tak cukup tidur, biar tak cukup rehat. Yang penting aku cuma nak sibukkan diri aku je. Sampai masuk hospital tak cukup rehat pun lagi senang -.-



Results final exam? Pointer aku turun. Dari 3.31 ke 3.02. Sumpah frust sebab harapan aku sangat-sangat tinggi untuk sem lepas. Tapi lain yang aku harapkan, lain pulak yang jadinya -.-



Tapi ucapan Syukur Alhamdulillah aku tak putus-putus bila aku tak ada repeat paper langsung expecially untuk paper Akaun yang aku hanya dapat untuk cukup-cukup makan je :)



Apa lagi? Hmm ~ Kawan-kawan semuanya masih sama je cuma aku je yang rasa lain. Tak ada totally happy dalam diri aku. Aku tak tahu kenapa tapi aku harap happy-go-lucky aku tu masih ada dalam diri aku



Hati aku? Aku dah hantar dah die kat hospital sekarang nie. Semalam baru keluar dari ICU. Doktor cakap, perlukan perhatian sepenuhnya dan perlu makan ubat dan vitamin dengan lebih banyak lagi



Ubat dan vitamin? Ya ~ Mendekatkan diri kepada Allah swt :)



TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts