Cuti-Cuti di Kota Kinabalu Part 5

by - Monday, September 03, 2018

Assalamualaikum wbt

Okay aku dah gigihkan diri untuk menulis dan aku harap korang pun gigih untuk baca okay? Hahaha


Lepas je kitorang breakfast, kitorang terus check out dari Crystal Hills dan terus ke tempat seterusnya yang memang cantikkkkkkkkkkk untuk bergambar. Dulu dah pernah pergi tapi tetap nak pergi lagi sebab yeah --- untuk mengisi masa lapang hahahha


Kundasang War Memorial
Tempat ni sebenarnyaaa tempat sejarah tau? Aku sangat sukaaaaaaaaaaa pergi ke tempat-tempat macam ni, muzim dan apa-apa sahajalah yang berkaitan sebab bagi aku, thats how you know better about the place, their local history etc. Benda-benda macam ni memang best!

Untuk masuk ke Kundasang War Memorial ni senang je. Tempatnya dekat area belakang tempat jual sayur-sayur di bulatan Kobis tue. Tak pun, senang je Waze. Sekali masuk, untuk warganegara RM 3 sahaja :)

If korang nak tahu, Kundasang War Memorial ni dibuat sebab dulu-dulu around tahun 1942-1945, tentera Australia dan British telah dijadikan tebusan oleh tentera Jepun, tak silap aku masa ni Perang Dunia Kedua rasanya. Kesemua tentera ni dipaksa untuk membuat landasan kapal terbang untuk tentera Jepun

Bear in your mind, semasa jadi tebusan ni, tentera Australia dan British memang di seksa oleh tentera Jepun. Lepas tu, of courselah kebajikan diorang tak dijaga. Memang kena seksa, makanan tak cukup, ubat yang tak dibekalkan, penyakit yang berleluasa. Haaaaaaa so boleh imagine kan macam mana tentera Australia dan British ini terseksa?

Tapi tak lama pun sebab masa dekat-dekat Jepun dah nak kalah, diorang decide nak bawak semua tawanan tentera Australia dan British ni pergi ke Ranau dari Sandakan which is about 260 km. Bayangkan lah wehh dah lah tak sihat dan tak fit, lepas tu kena berjalan kaki dalam hutan tebal, dengan gunung-ganang ; can you imagine that? The worst part is diorang kena berjalan kaki ayam

Route perjalanan mereka
Sepanjang perjalanan Sandakan-Ranau yang melibatkan around 2500 tentera Australia dan British ni, ramai yang mati dalam perjalanan dan mayat mereka pulak hanya ditinggalkan sahaja di tepi jalan. 

Hanya 6 orang sahajaaa yang berjaya larikan diri dan dengan dibantu oleh penduduk kampung, mereka dapat balik ke negara asal dan bercerita tentang hal sebenar apa yang terjadi. Disebabkan itulah perjalanan Sandakan-Ranau ini dinamakan Kawad Maut atau lebih dikenali dengan Death March

Nelson Short, William H. Sticpewichand & Keith Botterill ; antara tentera Australia yang selamat dari Death March tersebut

Bila Jepun dah kalah semasa World War II, pihak Australia dan British mulakan misi pencarian mereka untuk cari balik mayat-mayat tentera mereka. Mayat-mayat ini dikumpulkan dan diberikan penghormatan. Untuk memperingati mereka, kesemua mayat-mayat tu dibawa ke Labuan untuk disemadikan maka lahirlah Labuan War Memorial. 

Lest We Forget atau maksudnya Jangan Sampai Kita Lupakan menjadi motto di bibir mereka yang masih hidup kerana mereka tak mungkin akan lupakan apa yang telah terjadi kepada ahli keluarga mereka, kawan, ayah, pakcik, abang, adik dan anak mereka. 

Tak silap aku, every year ahli keluarga mereka akan datang ke Sabah untuk melawat dan diadakan satu majlis khas untuk memperingati peristiwa ini dan dinamakan Hari Anzac which is on April :)

Oh ya, tak silap aku dekat Sandakan pun ada War Memorial pasal ni so if korang pergi ke Sandakan, do please visit their war memorial. Lagi banyak info, gambar, tugu peringatan sebab dekat situ lagi besar compare dengan Labuan & Kundasang War Memorial ni.

Untuk senang faham, macam ni je

  • Labuan War Memorial ; tempat mayat disemadikan
  • Kundasang War Memorial ; its like a gardens
  • Sandakan War Memroail ; a real museum
Tapi semuanyaaa adalah berkenaan peristiwa yang sama iaitu Death March ini. If korang jenis yang sukakan Sejarah macam aku, you will find this information and history really interesting and might catch your attention sebab dulu masa sekolah, tak ada pun cakap pasal sejarah ni!


My visit to Sandakan War Memorial tahun 2010 tak silap aku, hihihihi

Gosh -- I love history then share about it to others! Can I be a lecturer? Pleaseeeeeeeeeeee! T.T

Okay enough with that. So kitorang jalan-jalan dalam Kundasang War Memorial dan amik-amik gambar. Tak banyak berubah tapi adalah yang berubahnya :)

Selfie dulu

The stairs

Pondok untuk rehatkan diri, boleh minum dan makan dan ada juga mini pameran
Mini pameran mereka
Macam mana aku cerita dekat korang pasal Kundasang War Memorial ni,
macam tu jugak lah aku cerita dekat adik aku ni hahahha

Dekat dalam one their gardens

Taman dalam war memorial ni

Jom masuk dalam pintu tu

Tempat diorang listkan semua nama tentera tersebut
Semua nama tentera yang terkorban semasa Death March, di gantung di sebelah kanan gambar ni
Ehek ehek ayuuu
Lepas tu jadi gangster balik -.-

Sebelum keluar, selfie dulu-duluann hahahha

Lepas tu kitorang pergi ke Desa Dairy Farm! Dulu dah pernah pergi sekaliii, masa tu macam baru bukak je tauu. Tapi masa aku pergi haritu, wow dah banyak berubah dan dah jadi makin besar! Hihihi

Sampai sudahh!

Benda wajib buat setiap kali ada guest book ni hahaha

Dulu tak ada pun kawasan macam ni tau. Ni kawasan untuk turun dan tengok lembu-lembu sendiri 

Oh hi Malaysiaku!

Dulu boleh parking kereta depan area ni je, sekarang dah tak boleh dah. Kena park jauh ke depan sikit hihih

Lepas tu before balik, kitorang pergi ke Kinabalu Park, tempat wajib lah ni pergi hahahah Oh ya, ayah nak throwback gambar kitorang dulu dengan gambar sekarang hahaha

Ni gambar dulu, tahun 2010

8 tahun kemudian, taraaaaaaa! Hahhaha di tempat dan gaya yang sama :)

Lepas tu amik gambar , penat jugak masa ni

Turun bukit jap hahaha
 
HAHAHAHA Sibuk jugak nak dengar orang bagi taklimat dekat sekumpulan orang ni sebab d
iorang nak mendaki Gunung Kinabalu esok pagi

I love reading so I read whenever I can

Then balik ke Kota Kinabalu, check in hotel dan rehat! Bila lah lagi agaknya dapat pergi ke Kundasang ye? 

Okay next part, tunggu! Ada tempat yang sangat menarikkkkk untuk korang melawat kalau korang datang ke Kota Kinabalu! 


Facebook : Mysara Newrie
Instagram : mysaranewrie / maiserum
Twitter : @mysaranewrie


You May Also Like

0 comments