Seriously, I Think I Forget How To Fall In Love

by - Saturday, April 21, 2012

 

 Assalamualaikum

Bila dah biasa sangat tidur lewat, inilah jadinya -.- Haish ~


Bila aku tengok blogger duk update cerita pasal dia dengan pakwe/makwe masing-masing, aku macam eh? Lepas tu tengok status dekat FB dengan kawan-kawan aku punya bf/gf masing-masing, aku macam ooo... Lepas tu tengok gambar dorang dengan pakwe/makwe masing-masing aku macam hmm ~


Ohhhhh kenapa yer aku jadi macam tue? Aku baru teringat satu hakikat. Dan aku macam terkejut jugak sebenarnya. Macam pelik pun ada -..- Hadoi ~


Aku rasa aku dah lupa nak bercinta macam mana


HAHA :D Gelak lah hang puas-puas. Ada aku kesah? -.- Sebab aku percaya dengan takdir Allah swt, insyallah akan ada bakal jodoh aku nanti dekat luar sana yang sedang mencari aku dan menyiapkan dirinya untuk berjumpa aku dan aku disini akan cuba memperbaiki diri aku di samping akan terus setia menanti dia


Pergh ayat! Bikin orang gelak je. HAHA :D



Tapi yelah ~ What do you expect? Aku dah 20 tahun lah ~ Eh eh ~ dah ada angka 2 dah depan umur aku tue :') So aku rasa aku dah boleh fikir benda tu semua. Mak ayah aku pun dah bagi yellow light dekat aku. HAHA :D Green lambat lagi, tapi macam ke arah green light tu macam dah ada dah :) HAHA :D


Contohnya macam "Cuti ni tak tahu lah boleh balik Sabah ke tak tapi kalau awak nak pergi KL ke, Kelantan ker, jumpa kawan-kawan awak, pergi je lah ~ Mama tak larang. Awak dah besar" - Mama aku



"Ayah tak larang awak nak bercinta sebab awak dah besar. Sara dah boleh fikir mana yang baik dan buruk" - Ayah aku


Cuma di setiap akhir yellow ala-ala green light kebenaran tu, mesti akan ada ayat macam nie


"JAGA DIRI BAIK-BAIK!"


Ye mama ayah :) Insyallah akan anakmu ini menjaga dirinya baik-baik :') 


Okay berbalik kepada tujuan asal aku. Dah melalut dah ke cerita mak ayah aku pulak. Haha :D Aku dah single tak adalah sampai setahun dah. Cuma hmm ~ Hampir setahun kot? Eh ye ker? Yang pasti aku break up dengan ex aku masa sehari selepas aku first paper final sem 2. Hebat tak? -.-


Masa tu sumpah tak keruan dah. HAHA :D Macam hapeeeeeeeee entah aku macam tue. Lemah satu badan lah, nangis nangis lah. Haish ~ Tapi sekarang aku dah okay dah :) Alhamdulillah ~ 



Cuma bila dah asyik hidup single nie, kadang-kadang rasa sunyi tu ada jugak. HAHA :D Eh eh tak percaya pulak aku taip macam tue -.- Tapi hakikat lah weyh ~ Sunyi jugak sebab tak ada siapa nak caring caring dengan kau di saat semua (SEMUA OKAY?) kawan-kawan kau sedang bermanja-manja dengan pakwe/makwe masing-masing


Dah tu kau nak bermanja-manja dengan siapa? Hmm ~ Lalu dengan pasrahnya aku call je lah mak ayah aku. HAHA :D Sweet tak? Call mak ayah cakap iloveyou tapi mak aku cakap "Demam ker?" Tak pun dia akan cakap "Doh guane galok sangat nie?" Hamikkkkkkkkkkkkk ~ HAHA :D


Adik aku lagi best. Aku cakap iloveyou terus adik aku tutttttttttttt ~ HAHA :D Tergelak sakan aku dengar adik aku cakap. HAHA :D yelah ~ sometimes kau kena ucapkan benda tu dekat orang-orang yang kau sayang tanpa dorang duga sebab itulah nampak mahal cinta kau tue :) Chewah! :D



Berbalik kepada tujuan asal, yessssssssss ~ dah dua kali aku menyimpang jauh -.- Aku memang sunyi. Kadang-kadang lah ~ Aku rindu gak nak take care dengan orang, rasa menyayangi dan disayangi tue. Cukuplah ~ Lepas tu hape lagi eyh? See? Aku sendiri tak ingat nak bercinta macam mana -.-


So kepada bakal suami aku nanti, tolonglah ajar saya untuk bercinta kembali ye awak? Sebab saya dah dihidangkan dengan elemen-elemen sedih dan menyakitkan hati saya semasa saya bercinta dahulu sehinggakan saya melupakan segala-galanya tentang bercinta. Bukan sengaja nak melupakan tapi kan lagi sweet kalau awak yang ajar saya sebab awak kan dah jadi yang halal kepada saya masa tue :)



Eh eh ~ apa yang aku merepek nie? -.-


Tapi aku cakap betul. Aku memang dah lupa how to fall in love. Anyone? -.-




 

You May Also Like

2 comments