Tolonglah Jangan Sakiti Kucing Itu Lagi! :O

Tuesday, April 24, 2012

 

 Assalamualaikum


Aku tak faham lah apa yang nak jadi dengan manusia zaman sekarang nie. Dah tak ada hati perut ke hape?




Sumpah aku rasa nak nangis. Jujur aku cakap eyh, dalam banyak-banyak binatang, kucinglah yang paling dekat dengan hati aku. Tak tahu kenapa. Maybe sebab Comel dah mati tahun lepas kot? Sebab tu aku macam menumpang kasih je dengan mana-mana kucing yang aku jumpa


Even though aku jumpa kucing tepi jalan ker, dalam kolej aku ker, dekat cafe kampus aku ker, aku tak kan cuba sekali-kali sakitkan kucing tue. Sebab bagi aku, kucing macam manusia cuma dia tak boleh cakap. Tu je. Kalau lah kucing boleh cakap, mesti dia kutuk manusia macam kita nie


Yelah ~ Hanya disebabkan curi seekor ikan sahaja, dah nak sampai potong-potong kaki. Tolonglah ~ Tolong faham yang kucing tu memang lumrah dia memang suka makan ikan. So salah kau jugak sebab tak kasi dia makan sebab tu dia curi sebab dia lapar! Cuba kalau kau yang lapar, apa yang kau rasa? Macma tu lah yang kucing rasa!


Lepas tu kalau ye pun nak marahkan dekat kucing, tolonglah jangan sampai nak potong-potong kaki dia. Sedih aku tahu tak? Sebak dada aku tengok muka kucing tu duk menahan sakit. Dan sampai sekarang, aku tak boleh nak tengok kucing yang kena potong kaki dia tue, Hero sebab kalau aku tengok, mesti aku nangis sebab kesian sangat kucing tu kena potong tangan dia :'(


Bukan aku sahaja, mak aku pun sama. Aku tahu bila masa kucing tu akan nak bermanja-manja, nak gurau-gurau dengan kita sebab mungkin aku dah bela kucing sejak tadika lagi. Sebab tu kadang-kadang kalau aku rajin, aku layankan sahaja kehendak kucing tue. Sebab aku dapat rasa perasaan kucing tue

Even mak kucing dah mati, anak kucing ni tetap hisap susu mak dia :'(


Sejak Comel dah mati, sumpah aku rasa sunyi. Kadang-kadang tu aku rasa sedih sangat sebab Comel dah mati dah tahun lepas. Sumpah sedih sebab aku bela Comel sejak aku tadika lagi. Tapi disebabkan Comel dah sakit tua, akhirnya dia pergi jugak. Comel :'(


Sebab tu sekarang ni, kalau aku pergi mana-mana dan aku terjumpa kucing, aku akan main-main kejap dengan kucing sebab aku nak lepaskan rindu aku dekat kucing. Sumpah aku sayang sangat-sangat dengan kucing. Bagi aku, kucing adalah haiwan yang boleh dengar luahan hati aku walaupun die tak boleh cakap


Hati aku rasa sejuk sangat-sangat kalau tengok kucing tu suka je kita duk usap-usap dia. Walaupun aku tak bagi dia makan, atleast aku tak kan sakitkan dia. Kalau aku ada sisa-sisa ayam yang lebih, aku kasi kucing makan. Biarlah ~ Kongsi makanan kita dengan kucing :)


Tolonglah ~ Kepada mereka-mereka yang tak suka dengan kucing, please jangan ditendang-tendang kucing tu sebab kucing pun ada perasaan. Kalau lah kucing tu boleh bercakap, konfem konfem lah kucing tu marah kau balik. Baru padan muka kau!


Ya Allah ~ rindunya dekat Comel! Comel, sumpah aku rindu dekat kau. Mana kau eyh? Kesian dekat kau sebab mati dalam kesakitan? Patutlah subuh sebelum kau mati, aku rasa tak sedap hati je. Rupa-rupanya kau dah nak pergi. Comel :'(




             

You Might Also Like

7 comments