[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, April 23, 2012

This Is Life :)

 

 Assalamualaikum


Rasa bersyukur sangat hari ini sebab tadi dapat markah Test One untuk subjek Industrial Relations dan aku dapat highest marks. Alhamdulillah :')


Bukan yang tu aku nak cakap. Cuma aku nak tulis apa yang aku rasa sekarang nie. Aku rasa kosong. Tu je lah ~ 


Kosong dan macam useless sangat-sangat. Sebelum tidur, aku mesti akan termenung dan cuba fikir apa yang bakal terjadi pada aku nanti pada masa yang akan datang. Memanglah kita tak tahu apa takdir yang Allah swt dah tetapkan pada kita tapi kadang-kadang aku rasa tak salah untuk berfikir


Kehidupan ni selalu berputar putar. Hari nie kau dekat atas dan esok kau dekat bawah. Lumrah. Kau tak kan berada di atas untuk selama-lamanya dan kau tak kan berada di bawah untuk selama-lamanya. As simple as that? :)


Sampailah satu saat nanti, bila kau fikir tentang kehidupan nie, kau akan mula sedar yang sebenarnya kau duduk dalam kalangan satu komuniti yang berbeza-beza. Kau tak boleh expect orang akan ikut cara kau dan kau pun sebenarnya tak boleh nak ikut cara dorang


Cuma apa yang kau boleh buat adalah cuba untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Tu je


Dah lah ~ Aku malas nak tulis panjang-panjang sebab aku rasa aku dah tahu di mana silap aku. Dan aku akan cuba perbaiki di mana salah aku. Memang aku salah dalam semua yang terjadi. Kau, aku, dia. Semua terkesan


Tapi percayalah ~ Aku sememangnya tak ada niat pun. Kalau aku ada buat salah dan silap, maafkan aku. Kadang-kadang aku hilang pertimbangan diri



This is life :)



 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts