Minggu Kedua Intersession ; Rasa Rushing (sikitlah)

by - Thursday, April 19, 2012


Assalamualaikum


Semakin lama, semakin aku dapat rasakan yang aku malas nak update blog. Eh eh ~ Bukan malas, ni haaaaaaaaaaa broadband aku problem! -.- Salahkan broadband sedangkan memang betul pun malas nak update blog. Eh tapi memang broadband aku problem pun -.- Dah macam apa entah aku cakap nie


Habis sudah minggu kedua intersession! :D Fuhhhhh ~ Minggu nie baru aku rasa macam rushing sikit nak kejar itu ini sebab minggu ini dah start presentation untuk subjek IR. Untuk subjek IR, kitorang kena buat satu video mengikut chapter yang kitorang boleh pilih.


So macam biasalah ~ Dah berebut-rebut masing-masing nak chapter berapa. HAHA :D Tapi yang bestnya, nak chapter senang, amiklah chapter awal-awal. Tapi kau kenalah rushing buat video. Tapi kalau kau pilih chapter susah-susah, kau adalah masa yang panjang untuk buat video tue. HAHA :D


Pilihan di tangan anda :)


Macam aku, aku pilih chapter 6 which is Collective Bargaining & Collective Agreement. Hari Isnin petang lepas kelas aku dengan budak group aku, Mimi Jahya, Atyn Syakirah, Ina Amalina dan Syafie Ali buat preparation apa yang patut. Macam-macam idea yang keluar tapi bestlah :)


As for me, aku rasa macam letih sangat sebab aku ni kan amik dua subjek. Terkejar-kejar pergi kelas DA. Lepas habis kelas DA sambuang buat IR. Sebab lepas aku congak-congak balik, kitorang maybe present video tu hari Khamis ini which is hari ini lah kan?


Sekali Madam Syamaliah cakap hari Khamis ada test dan tettttttttttt presentation untuk Chapter 6 jadi hari Ahad nanti. HAHA :D Terus aku buat muka lega lepas Madam cakap macam tue. HAHA :D


So bila dah buat video ni, aku perlukan macam-macam software untuk aku edit video yang aku buat nie. Habis semua orang aku duk canang duk tanya itu ini sampaikan satu masa tue, lappy aku hang entah berapa ribu kali entah -.- Haha :D


Nak kena pergi hantar lah lappy aku ni ke klinik -.-


Tapi video tu sekarang ni dah siap dah cuma lepas aku kasi roomate aku tengok, dia cakap perlu tambah itu ini. Roomate aku lah orang yang 1st sekali tengok full video kitorang tue. Kitorang siapkan video tu hari Isnin malam sampailah ke Selasa pagi pukul 5 pagi -.- Pukul 8 pulak pergi kelas. Terbaikk! HAHA :D



Tadi mak aku call, suruh aku balik sebab ada makan-makan sikit ~ So mak aku ingat kalau boleh nak suruh lah aku balik sebab boleh makan besar ramai-ramai. Memanglah aku nak balik tapi tak boleh sebab ada video yang aku nak siapkan! :O 


Lagipun aku tak ada transport nak balik. Nak balik dengan bas boleh je cuma sekarang ni aku tengah sakit sebulan sekali tu, kaki aku habis kebas dan badan aku menggigil so aku tak berani lah nak naik bas lompat dari Dungun ke KT tue


Kesian pulak dekat mak aku sebab nak suruh aku balik tapi aku tak boleh balik :( Maafkan saya makk! :/


BTW bersyukur kepadaMu Ya Allah sebab cita-cita adik aku untuk dapat interview UPNM dah tercapai sebab baru-baru ini dia kena pergi ke interview UPNM tue. Dan sekarang ni dia ada dekat Kem Terendak, Melaka untuk seminggu ni kot ~ Harap-haraplah adik aku tu berjaya mengharungi semuanya, Aminn :)




Hmm apa lagi eh nak cakap? Haaaaaaaaaaaaa sapa nak suruh aku upload video IR aku tue? Hehe :)



 

You May Also Like

0 comments