[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, April 11, 2012

Perginya Seorang Blogger ; Al Fatihah Kepada Nurul Huda Baharuddin :'(

 

 Assalamualaikum


Bangun dari tidur pagi tadi, terus online. Tiba-tiba je rasa nak dengar lagu Aishah, Dimanakan Ku Cari Ganti. Teringat masa aku Form 3 dekat SMK Tengku Mahmud dulu. Lagu ini la yang kitorang nyanyi untuk koir peringkat negeri Terengganu dan dapat num 2 dengan beza 1 markah je. Takpelah ~ :)


Kemudian terbaca status Kak Intan, 


Terus aku tersentap kejap. Kemudian aku baru teringat beberapa hari lepas, ada orang tweet dekat Twitter, yang Kak Huda dah meninggal dunia. Aku mula-mula nak reply tweet tu tanya betul ke tak, dah siap tulis dah tweet tu tapi aku cancel kan ~ Sebab aku tak percaya


Tapi lepas baca status Kak Intan, terus aku nangis. Sebab aku tau ~ Kak Huda terpaksa menahan sakit selama nie. Aku tak sure lah dia sakit apa tapi die pernah cakap dengan aku, sakit paru-paru berair. Tapi aku ingatkan kesihatan die dah okay dah, tambah-tambah pulak die selalu cerita dan tweet pasal bf dia, Chako


Aku nangis. Sebab aku tahu Kak Huda baik, die selalu gak tanya pasal study aku. Kadang-kadang aku balas tweet die. Kalau die tweet cakap tak ada orang nak borak dengan dia, aku kadang-kadang tweet kat die pulak. Macam tu lah ~


Bila dah dapat berita pasal tue, baru aku perasan, patutlah TL aku sunyi je. Sebab Kak Huda dah tak ada :'( Rupa-rupanya dia dah menghadap Illahi. Innalillah ~ 


Dalam masa yang sama jugak, aku baru dapat tahu, Kak Huda tu ex student cikgu aku, Cikgu Nurlina masa cikgu aku jadi cikgu dekat SESERI dulu. Ya Allah ~ Keciknya dunia nie! 


Sekarang, TL aku tak meriah sebab dah tak ada Kak Huda yang selalu duk tweet pasal Chako, pasal HP dia, pasal keadaan sekeliling dia. Sedih ~


Al Fatihah kepada Nurul Huda Baharuddin


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts