Biarkan Malam Itu Terus Menjadi Malam Yang Sunyi, Seperti Aku

Friday, April 20, 2012

 

 Assalamualaikum


Dalam hidup ini, kita sendiri tak pasti apa yang bakal kita lalui pada esok, lusa, tulat, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan. Semuanya tak pasti. 


Kita selalu dan masih juga di bayangi dengan kisah-kisah silam, cerita-cerita lepas dan kenangan-kenangan yang pasti meruntun jiwa. Kita berlari ; tapi satu persoalan mula menjelma. Kita berlari meninggalkan sesuatu atau mengejar sesuatu?


Hati kita selalu bercakap dan berkata itu ini. Hati kita selalu menyampaikan dengan mudah apa yang kita inginkan. Tapi kotak fikiran kita selalu menidakkan kata hati. Sebab kotak fikiran kita mampu berfikir dengan baik. Sampaikan satu tahap, hati kita sendiri yang sakit


Ya, semua orang pasti merasai. Hati yang sakit dan pedih tanpa sesiapa pun yang sedar tentang hakikat perkara itu. Kita mampu senyum dan bergelak ketawa dan juga mampu menceriakan orang lain tapi tanpa kita sedar, kita sebenarnya terlupa sekeping hati kita yang terluka ini


Kita tutup mata, cuba untuk bertindak seperti biasa dan ya ~ cuba melupakan. Tapi kita bukan malaikat, kita manusia. Tutup mata, cuba untuk melupakan tapi ianya masih juga datang dan mengejar kita. Lalu tanpa kita sedar, sekali lagi, kita biarkan dan mungkin juga membenarkan ianya berlaku lagi


Sepi. Sepi. Sepi dan sunyi. Hati kita merintih kesunyian. Hati kita pedih. Hati kita tak mampu untuk tampung kesedihan ini. Sekuat mana pun kita menjerit, sejauh mana pun kita berlari, serapat mana pun kita tutup mata, sebijak mana pun akal fikiran kita, kita masih juga tak mampu menidakkannya


Rindu. Ya perasaan rindu itu datang tanpa kita nak. Cukuplah hanya dengan memandang tanpa berbicara, sudah mampu menceriakan hati. Tapi bila malam menjelma, kita sedar kita masih terkurung dalam sangkar dan hanya mampu melihat semuanya berlalu


Biarlah, biarlah. Kalau betul lah apa yang dikatakan oleh orang lain, aku akan tunggu. Tunggu dan akan terus tunggu, insyallah. Jika hayat aku masih ada. Melihat kamu tersenyum pun sudah cukup bermakna bagi aku. Cukuplah perkara yang lepas. Aku tak mungkin akan ulanginya kembali


Kamu, dalam sujudku, aku berdoa agar kau juga sama seperti aku. Insyallah. Jika ada, adalah. Aku tak mohon lebih dari itu. Cukup dengan apa yang ada sahaja. Jika ini lah takdir yang harus aku terima, aku terima. Jika tidak, aku hantarkan kau pulang dengan senyuman


Pelik kan? Inilah hidup. Menyayangi dalam diam dan dalam masa yang sama, kita sendiri yang sakit. Nak berterus terang, tak mampu. Nak simpan, tak tertanggung rasanya. Apa yang mampu kita buat? Menangis?


Jangan biarkan malam bertukar siang. Biarkan malam terus menjadi malam. Biar malam ini akan jadi sunyi dan sepi, seperti aku. Biarkan. Biarkan malam itu. 


Aku sunyi dan sepi. Hati aku pedih dan sakit. Aku sakit dan terseksa, kamu tahu? Datanglah kepadaku dan hiburkanlah aku sebelum aku terjatuh lebih dalam lagi :')



p/s : ily



 

You Might Also Like

0 comments