[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Monday, November 19, 2012

Day 3 - My Idea of The Perfect First Date


Assalamualaikum


Bertangguh lagi permainan 30 Things aku tue -__- Lantok asalkan aku dapat buat sampai habis, pun sudeyy ~ 



Okay. Hmm ~ Ahhh ~ Tak tahu nak tulis apa sebab aku bukannya ada pakwe. Setakat ada crush dengan ex pakwe, adalah ~ HAHA :D Sejujurnya aku mengambil masa yang lama jugak untuk fikir sebab aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat perkara yang aku nak buat dengan orang yang tersayang nanti HAHA :D Tapi hanya yang satu perkara ini akan aku buat nanti, wajib!


As for me, kalau boleh lah kann, aku nak dia datang rumah aku, perkenalkan diri dia dan latar belakang dia kepada parents aku. Aku nak tengok dia macamana bila berdepan dengan parents aku dan seluruh kaum keluarga aku. Dan kedatangan dia ke rumah aku untuk berjumpa dengan parents aku adalah kehendak diri dia sendiri dan bukan atas desakan aku. Bagi aku, ini adalah cukup sempurna untuk satu langkah ke arah perhubungan yang halal :)


Simple as that kan? Memanglah cakap memang mudah tapi nak dibuatnya ; payah okay? Berdebar-debar, nervous, berpeluh-peluh. Yelah ~ nak jumpa dengan bakal keluarga mentua kan? So mestilah rasa tak duduk diam. But kenapa aku nak dia datang jumpa dengan parents aku?


Sebab bila dia nak bersama dengan aku, dia mesti bersama dengan keluarga aku jugak. Sebab aku sangat pentingkan keluarga aku esp parents aku. Aku tak nak nanti bila aku dah kahwin, hubungan aku dengan parents aku terputus macam tue. Aku tak nak nanti bakal suami aku ada masalah dengan keluarga aku. Aku tak nak nanti ada rasa canggung untuk mereka berjumpa. 


Apa yang aku nak ; bakal suami aku boleh hang out sesama dengan ayah aku, boleh duduk gelak-gelak dengan ayah aku, bakal suami aku nanti boleh layan karenah aku dengan mak aku yang suka jalan-jalan dan lepak dekat shopping mall berjam-jam lamanya, bakal suami aku boleh bergurau senda dengan parents aku dan seluruh kaum kerabat keluarga aku dan sebagainya.



Kenapa? Sebab bagi aku, once dia dah berkahwin dengan aku, dia pun kiranya akan berkahwin dengan semua kaum keluarga aku. Tu je. Plus, aku kan perempuan so mestilah berat untuk parents aku lepaskan aku kepada seorang lelaki baru yang bakal memikul tanggungjawab untuk pimpin dan jaga aku nanti. Jadi, aku nak dia yakinkan kepada semua kaum keluarga aku yang dia adalah lelaki yang benar-benar layak untuk memiliki aku. Ececehh ayat! HAHA :D



Dan Insyallah aku juga akan buat perkara yang sama dengan keluarga dia. Sebab nanti aku akan tinggal dengan keluarga dia. So aku pun cuba akan bina satu hubungan yang baik dengan keluarga dia. Aku pasti semua orang nak hubungan dia dengan keluarg mertua dia rapat dan mesra kan? So do I :)



Dan semua benda dekat atas ni berlaku atas kehendak diri dia sendiri, bukan sebab terpaksa. Macam contoh tengah makan dengan dia bersama kawan-kawan aku yang lain, tetiba dia cakap "Sayang I nak jumpa dengan parents you. Bila parents you free?" Bohh ~ boleh tersedak air teh o ais yang aku minum kalau dia cakap macam tu dan 1st reaction aku mesti akan "Eh you biar betul?!" HAHA :D


Bagi aku, bila dia yang dah tawarkan diri untuk datang berjumpa dengan parents aku, means dia dah bersedia untuk ke arah satu hubungan yang halal. Aku tak nak terlalu paksa dia sangat sebab nanti dia sendiri yang rasa tak selesa. Aku tak nak tue. Bagi aku, biar bakal suami aku nanti selesa berada dalam keluarga aku dan keluarga aku semuanya dapat terima dia dengan sebaik-baiknya :) 


Dan masa tu, barulah aku kan berasa bahagia. Jujurlah, tak ada perkara yang lebih membahagiakan kau selain daripada melihat orang yang paling kau sayang ; keluarga dan bakal suami kau tersenyum dan bergelak ketawa kegembiraan :)


Ya Allah, Kau makbulkan lah permintaan ku ini. Amin ~


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts