Day 5 - What Makes You Different From Everyone Else?

by - Friday, November 23, 2012


Assalamualaikum


Mari sambung lagi. Act aku tak sihat sebenarnya nie :/ Rasa nak muntah, angin naik. Nak makan tak ada selera tapi perut lapar.




Senang je jawapan aku ; pengalaman. Dalam hidup kita nie, tak semua orang pernah ada cerita yang sama dengan kita sebab Allah swt dah takdirkan sesuatu perkara yang berbeza antara kita satu sama lain. Dengan dugaan yang berlainan itu, itulah yang mematangkan kita dan itulah yang dipanggil sebagai pengalaman :)


Memanglah ada sesetengah perkara macam lebih kurang sama antara kita, macam putus cinta kan? Tapi cara kita dikecewakan, siapa yang dikecewakan dan sebagainya itulah yang berlainan. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan dekat sini? Putus cinta ketika hari jadi kita dengan putus cinta semasa jawab final exam adalah tak sama walaupun pada dasarnya ianya adalah sama ; putus cinta


Jujurlah ~ sejak umur aku 16 tahun aku dah didedahkan dengan benda-benda yang macam tak sepatutnya seorang gadis Form 4 untuk hadapinya sebab benda tu too much for me. Yup ~ too much! Depan aku dengan mata kepala aku sendiri, aku nampak semuanya berlaku dan rasakan kepedihan tu semua. Benda tu terlalu dewasa untuk aku ketika tue


Sejak dari itu sampailah ke sekarang, benda yang sama asyik berlaku dan berlaku lagi. Walau sejauh mana pun aku lari, benda tu akan kejar jugak so whats the point aku lari kan? Slow slow aku hadapinya dengan tabah, hati yang tenang. Tiap kali benda yang sama berlaku ; satu je aku sematkan dalam fikiran aku ; macam mana nak selesaikan masalah nie sebab kalau aku biarkan dan duk bergaduh cari salah siapa, sampai ke sudah pun tak kan habis



Bila ada masalah, aku lebih suka gune pendekatan berbincang dari hati ke hati. Sebab aku benci bergaduh dan bising itu ini tapi tak ada jalan penyelesainya. Macam membazir masa sangat-sangat dan end up kita yang penat sebab bergaduh. Seriously, kalau bergaduh, memang badan jadi penat, stress tak tentu pasal. Nanti kita yang sakit hati sebab tak ada siapa nak dengar apa yang kita rasa. Masa tu mesti rasa nak meletup kan? 


Lepas tu, kalau ada masalah pape ke, aku selalu cuba set up kan minda aku untuk sentiasa berada dalam keadaan positif. Sebab aku tahu, Allah swt bagi dugaan dekat kita sebab Dia tahu kita mampu hadapiNya dan mesti mesti mesti ada hikmah di sebalik semua dugaan tue. Pasti ada! Tu lah yang aku ada duk sematkan dalam fikiran dari dulu sampai sekarang


Kadang-kadang kalau kawan-kawan aku duk cerita pasal masalah diorang dekat aku, pasal study ke, pasal awek/pakwe diorang ke, pasal family ke ; aku mesti bagi positifkan diorang balik sebab bagi aku, dugaan ni ada hikmahnya yang Allah nak bagi cuma tak sampai masa lagi. Tak tahu kenapa. Sebab dah terbiasa kot? Aku teringat lagi Angie pernah cakap dengan aku "Kau ni selalu fikir positif"


Aku selalu terfikir ; kalaulah masa aku umur 16 tahun tu aku tak didedahkan dengan benda-benda yang macam nie, aku tak kan jadi AKU seperti hari nie. Peristiwa tu buat aku totally change. Apa yang berubah tu, biarlah aku sorang je yang dapat rasa tapi yeah ~ I can feel the changes


Sebab tu aku cakap, perbezaan antara kita semua ; aku kau dia mereka kami adalah pengalaman. Pengalaman tu yang mendewasakan kita. Pengalaman tu yang menjadikan kau pada hari ni. Pengalaman tu yang mematangkan kau. Pengalaman tu yang buat kau jadi kuat. Pengalaman tu buat kau jadi lebih tabah. Semuanya kerana pengalaman


Kalau dalam life kita tak ada pengalaman, how come kau nak tahu kau ni kuat, tabah, matang? Bila ada masalah dalam hidup kau, bersyukur kepada Allah swt sebab kau antara orang yang terpilih untuk hadapi dugaan nie. Sebab kesannya akan bagi kau pengajaran yang baik, yang kau boleh bekal pada masa depan nanti.


Kadang-kadang kalau ada masalah, kita selalu fikir kan "Mampu ke aku nak hadapi semua nie? Macam mana aku nak hadapi nie? Apa yang aku nak buat nie" kan? Tapi percayalah cakap aku ; kau tak kan tahu kau kuat melainkan dengan hanya menjadi kuat sahaja pilihan yang kau ada



Dan pengalaman aku itulah yang membezakan antara aku dan engkau :)


 

You May Also Like

1 comments