Mengubat Kekecewaan Skyfall ; 007

Friday, November 16, 2012


Assalamualaikum


Awal pagi 13 Nov aku dah dikejutkan adik aku sebab plan hari tu nak pergi KLCC sebab nak tengok wayang. Dah lahhhh malam tu lepas Subuh aku baru nak tidur dan dikejutkan oleh adik aku pada pukul 8 pagi adalah sebab besar kenapa ada eyebag bawah mata aku :/


After breakfast, kitorang terus siap-siap dan naik Rapid KL dekat Setiawangsa terus direct ke KLCC. Plannya ; aku dengan adik aku je. Last-last parents aku pun nak join HAHA :D Pun boleyy ~ the more the merrier! :D


Sampai dekat KLCC, terus pergi dekat wayang sebab nak amik tiket sebab sebelum pergi, ayah aku dah booking online. So aku nak tengok Skyfall, cerita James Bond tue



Urgh ~ cerita ni bagi aku macam kurang aksi lah! :O Tak best sebab tak ada lawan-lawan dan gadjet yang macam boleh impress kita macam filem-filem yang sebelum-sebelum nie. Dah lah aku pulak dengan tak cukup tidur ; 1st time kott aku tertidur dalam wayang! :O


Tapi lagu tema dia ; Skyfall nyanyian Adele memang sedappp :) Bila dapat tahu Adele yang nyanyi lagu Skyfall, spontan aku dengan adik aku cakap "Oh Adele! Patutlah sedap!" HAHA :D


Cerita dalam wayang pulak. Adalah orang sebelah aku ; seorang lelaki dengan 3 orang perempuan duk pot pet pot pet macam bertih jagung. Dari start movie sampai habis ; duk cakap dan tak pedulikan dah orang lain nie. Orang belakang aku pulak ; a family with their children. Yang kelakarnya ; masa mula-mula masuk, mak dia speaking London you olls! Speaking macam orang puteh betul-betul lah sebab marahkan anak die yang tak nak duduk and apatah lagi masalah dia HAHA :D


Sekali dalam duk mak die pot pet pot pet dalam English Language, marah dekat anak die, sekali anak die menjerit "Mana aiyak (air) Nordin?!" Satu wayang kot dengar. Aku dengan adik aku duk depan dorang ni dah duk tahan gelak macam hape dah. Lahh ~ orang utara rupanya! Aku ingatkan orang puteh mana tadi HAHA :D


So after dah tengok wayang, sekali ayah aku text suruh cepat sebab family Cik Duan dah sampai. ARHHHHHHHHH terus rushing pergi jumpa dorang! :D Yeayy! Dapat kumpul lagi macam hari tu walaupun tak ada Makdek dan Aishah. Alahai kami berlima ni pun dah kecoh macam hapeee -__-

Yeay ~ gather bersama mereka! :D

From left ; Aiman, Azrul, Hakim and Epy :)

Bayangkan lah ~ dekat tengah-tengah Suria KLCC tu, boleh pulakkan, kitorang berlima duk menjerit-jerit macam hape sebab masa tu kitorang berlainan tingkat. Diorang dekat Floor 2 dan aku dengan adik aku dekat Floor 3. Lepas tu menjerit "Hoi! Hoi!" HAHA :D


Tak faham? Nahh tengok gambar bawah nie

HAHA :D Comel dokk aku lukis nie? HAHA :D Macam hapee -__-

So lepas tu duk jalan-jalan dekat Suria KLCC. Kitorang borak-borak dan after that, kitorang semua gerak pergi ke Wangsa Walk sebab masing-masing macam dah gian nak karaoke HAHA :D Dekat Superstar punya karaoke tu, macam okay lah kot ~ Cuma bilik karaoke yang sempit atau kitorang yang pakat masuk bilik tu sampai 7 orang? HAHA :D


Tak ada gambar dan video di rakamkan sebab masing-masing macam dah tak kisah dah asalkan nak karaoke jugak! :D


Pukul 10 malam tu, dah habis karaoke. Lepas tu masing-masing dah mengadu perut lapar. Aku lagi lah ~ pagi tu je makan. Tengahari makan/minum sup kosong sahaja! Memang perut dah masuk angin dah masa tue -___-


So last-last kitorang pergi Restoran NZ Curry House tu ~ Alaaaa yang dekat area Wangsa Walk tu, so dekat je lah ~ Kitorang makan-makan then lepas tu borak-borak. Tau tak kitorang borak pasal apa? Pasal artis Malaysia! HAHA :D Tak boleh blah betul tajuk mesti nak up to date HAHA :D

Hakim and Aiman :)

Azrul, me and Epy :)
Then dalam pukul 11 malam, masing-masing pun balikk :) Overall, nasib baik ada diorang untuk hangout dan berkaraoke macam hape. Macam biasa ; lagu Dancing Queen menjadi lagu tema kitorang semua kalau berkaraoke sebab kitorang akan menyanyi (atau erti kata lain ; menjerit) dalam bilik karaoke puas-puas :)


Balik je dari keluar dengan diorang, tetiba aku dapat mesej macam ni dekat shoutbox aku ; 



Okay siapa awak wahai anonymous? Reveal yourself or I will tell her girlfriend! HAHA :D


 

You Might Also Like

2 comments