Day 2 - My Favorite Movie

by - Wednesday, November 14, 2012


Assalamualaikum


Okay berbalik kepada permainanan 3o Things tu. Semalam tak sempat nak update sebab sepanjang hari aku duk melepak dekat Suria KLCC dengan Wangsa Walk. Hani cakap "Ambui sejak dah duduk KL nie, asyik berjalan je kau yer?" HAHA :D




Memang ada banyak movie dekat negara kita nie, luar dan dalam negara. Aku ni jenis macam tengok dan macam layan macam-macam tu je lah ~ 


Aku suka tengok cerita komedi, cinta-cinta sikit, cerita sejarah, kisah-kisah benar, cerita perang-perang. Pendek kata semua jenis genre movie aku boleh layan kecuali KECUALI KECUALI KECUALI (aku dah besarkan KECUALI tu untk 3 eh 4 kali so maknanya aku tak suka tengok lah tue) cerita hantu


HAHA :D Sebab apa aku tak suka tengok cerita hantu? Baca SINI. Nak gelak dekat aku, gelaklah puas-puas. Aku tak kisah


Aku dah tengok banyak movie dan kannn aku dah cakap aku ni suka something yang macam lama-lama sikit kan? So datanglah movie macam mana pun, paling tetap di hati dan buat aku tersenyum, menangis dan sweet adalah cerita nie




Aku tak tahu kenapa cerita ni macam beri kesan mendalam pada aku. Dalam satu moment, aku boleh gelak, tersenyum dan menangis HAHA :D Cerita ni memanglah cerita lama, tahun 90-an lagi tapi aku dapat tengok cerita ni pun sebab aku copy dari member aku


Kenapa aku suka tengok cerita nie?


Sebab hero sweet giler! Even though pada mulanya hero dia sebenarnya nak pikat heroin die tu atas dasar bet dengan kawan-kawan dia, tapi end up dia jatuh cinta jugak. Aku dapat tengok kesungguhan lelaki tu nak pikat perempuan tu. Semua benda pasal perempuan tu, hero dia dapat tahu atas dasar pertolongan kawan-kawan dia. So bagi aku, hero dia ada effort untuk memikat perempuan tue sampaikan perempuan tu yang pada mulanya keras hati dan ego, last-last cair jugak dengan lelaki tue


Sebab hero dia double the sweet! HAHA :D Sebab masa perempuan tu merajuk, lelaki tu menyanyi depan orang ramai dan upah orang untuk main band untuk mengiringi lagu yang dia menyanyi. HAHA :D Bagi aku, sweet lah tu sebab willing nak buat macam tu dekat sekolah lepas tu kena tangkap dengan guard dan masuk ke kelas detention. Dekat situ pun, kita boleh tengok hero tu macam berusaha bersungguh-sungguh untuk pikat perempuan tue


Err ~ aku rasa yang tu pun dah cukup kot? Kang orang cakap aku melebih-lebih pulak. Yelah ~ dah nama filem kan? Memanglah semuanya nampak sweet je kan? Kadang-kadang filem ni mengkhayalkan kita jugak sebab mesti kita pun berangan nak hidup kita macam dalam filem yang kita baru tengok kan? Alaa jangan nak tipulah cakap kita tak pernah berangan macam tue! HAHA :D


Tapi tapi tapi ~ poem yang dibaca semasa last part cerita ni buat aku tersentuh giler-giler. Dekat sini aku copy past poem tu nak bagi korang baca :)


I hate the way you talk to me
and the way you cut your hair
I hate it the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat boots
and the way you read my mind
I hate you so much it makes me sick
it even make me rhyme

I hate the way you're always right
I hate it when you lie

I hate it when you make me laugh
even worse when you make me cry
I hate it when you're not around
and the fact that you didn't call

But mostly I hate the way I don't hate you, 
not even close
not even a little bit
not even at all




Mendalam kan poem dia? HAHA :D So disebabkan itulah aku suka tengok cerita nie :) Suka sangat-sangat ~


So what your favorite movie? :)



 

You May Also Like

4 comments