[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Wednesday, November 07, 2012

Apa Relevannya "Past is Past" Tu?


Assalamualaikum


Dulu masa aku kecik-kecik dulu, orang selalu cakap "Past is past" So pada tanggapan aku, pengalaman yang lepas tu kita kena tinggal, buang jauh jauh dan tak usah nak ingat balik


Tapi lepas aku dah besar dan bakal sambut hari lahir aku yang ke 21 tahun dua bulan lagi, aku tak faham kenapa orang cakap "past is past". Tu hanyalah semata-mata tiga patah perkataan yang bermaksud suruh kita move tapi somehow, macamana ungkapan tu akan mengubah kita? Bawak kita ke arah satu perjalanan yang baru? How? Tell me

Sebab dulu dulu, aku pernah memberi kepercayaan aku kepada orang lain. Aku anggap mereka sangat bertuah sebab berjaya bukak hati aku nie. Eh bukan mereka. DIA. Dia berjaya bukak hati slowly di saat aku tengah macam keraskan hati, tak nak dah fikir pasal benda bodoh ni


Tapi tu lah ~ hati perempuan ni lembut sangat macam marshmallow. End up, aku terjatuh cinta dengan dia. Aku slowly sayang dia dan yang paling bangang, aku pernah bagi hati aku dekat dia. Sesuatu yang aku memang tak nak buat sebab aku nak fokus pada study aku, masa depan aku


Memanglah mula-mulanya memang best dalam apungan cinta, rindu bagai. Tapi ada suatu ketika di mana Allah swt uji kau dan masa tu baru kau tahu, betapa bodohnya kau bagi hati dekat dia sedangkan dia tak pernah nak hargainya. Dia gunakan kepercayaan yang kau beri dekat dia dengan sewenang-wenangnya. Dan yang paling sakit sekali, benda tu berlaku depan mata kau


Apa kau nak buat? Meraung? Menangis? Menjerit sampai hilang suara? Dah terlambat sebab hati kau ada pada dia. Dia ada hati kau sebagai kunci yang menyebabkan kau hanya mampu berdiam diri, tengok sahaja apa yang berlaku tanpa buat apa-apa. Kenapa kau begitu bodoh sangat buat macam nie?! Just a simple word I can say ; SAYANG




Sebab hati kau dah sayang dekat dia, hati kau dah ada dengan dia, dia dah bertakhta dalam hati kau. Tu je. Simple je tapi kesannya Masyaallah ~ kau boleh nangis tiap-tiap malam sampai bengkak mata, kau boleh hilang selera makan, kau boleh hilang fokus dalam kelas, kau boleh monyok sepanjang hari, kau boleh hilang mood, kau just terperuk sorang-sorang dalam bilik dan the worst ; kau boleh pulak tahan nafas duduk dalam selimut sambil nangis sampai berhingus-hingus hidung kau


Disebabkan sayang, kau berlagak macam tak tahu apa-apa. Kau cuba tersenyum di bibir walhal dalam hati kau tue, macam nak meletop, dah tercarik-carik oleh pisau tajam. Sakit sangat-sangat yang hanya kau sahaja yang dapat rasa sebab tu adalah hati kau. Bukan hati orang lain


The top of the story ; orang yang kau sayang, orang yang kau rasa mampu lindungi kau, orang yang kau rasa nak sehidup semati, orang yang kau rasa paling perfect, orang yang kau rasa lain dari yang lain ; dumb kau. Sumpah rasa macam orang bodoh yang tengah anggukkan kepala bila ada orang tanya kau "Kau nak aku bunuh kau?" Macam tue. Sumpah bodoh


Orang tu tinggalkan kau macam tu je, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kau? Heh. Menangis, meraung, merayu sampai keluar air mata sekali pun, haram dia nak patah balik. Dia pergi dari hidup kau macam semudah ABC. Dan yang paling sakit, tak lama lepas tu, dia ada orang lain sedangkan kau dekat sini macam dah nak giler duk sakit, teringatkan dia.


Kenapa jadi macam nie?


Semua situasi dekat atas adalah aku. Aku adalah watak dalam cerita dekat atas nie. Aku. Akulah yang menangis tue, meraung tue, merayu tue. Aku lah yang bodoh sangat-sangat. Aku. Dan kadang-kadang bila aku teringat balik, aku rasa nak ulang balik masa tue dan aku tak kan bagi hati aku. Aku akan simpan je baik-baik dalam jagaan aku sendiri.


Aku kutip balik hati aku yang dah berkecai tu. Susah sangat-sangat nak kutip balik, lepas tu cantum kan balik dan dalam masa yang sama, kau act macam kau tengah happy dengan dunia kau. Pergh ~ sumpah sakit nak tanggung sorang-sorang. Kau ada kawan-kawan pun, kawan-kawan tak kan pernah faham apa yang kau lalui. Parents, lagilah malu nak cerita pasal nie. Hanya kepada Allah swt, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa


Sekarang. Dah dekat bertahun dah kisah-kisah dekat atas ni berlalu. Tapi sampai sekarang, benda ni still main jugak dalam kotak fikiran kau. Benda ni tetap kau ingat jugak. Benda ni buat kau sakit jugak. Dah tu, tang mana yang "past is past" tue? Aku tak faham




Ajaibnya. Dengan hanya kata-kata ini, mampu buat aku sedar yang sebenarnya hidup ini pelbagai dugaan yang Allah swt nak bagi dekat kita. Terpulang kepada kita nak hadapinya macam mana. Nak handle dia macam mana


Astaghfirullahalazim. Apa yang aku dah buat nie? Kenapa aku jadi lemah dengan diri aku sendiri? Ni semua mainan syaitan yang nak sesatkan anak-anak Adam. Subhanallah ~


Pengalaman itu mendewasakan kita. Semua kisah-kisah lepas adalah pengalaman kita yang tak mungkin di tukar ganti dengan orang lain. Setiap orang ada dugaan, cabaran dan pengalaman masing-masing. Semua orang begitu. Tak ada orang yang sakit dan sedih sepanjang hidupnya dan tak ada orang yang gembira sahaja sepanjang hayatnya. Tak ada. Allah swt dah bagi semua sama adil




Aku akui, ada beberapa kawan yang cuba untuk kawan dengan aku, kawan yang cuba untuk lebih mendekati. Cuma aku je yang tak nak. Sebab sebenarnya aku takut kalau-kalau kepercayaan yang aku bagi, dikhianati macam tu. Susah aku nak bukak balik hati aku ni sebab aku takut. Aku lebih senang dengan sayang orang yang aku suka dalam diam tapi tu lah ~ sakit pulak duk simpan sorang-sorang


Susah nak cakap tapi aku susah dah nak percaya dekat orang luar sekarang nie yang cuba nak masuk dalam hati aku. Susah sangat-sangat. Aku cuba tengok kesungguhan mereka tapi entahlah ~ macam main-main je lalu aku pun mula menjarakkan diri aku sebab aku tak nak nanti aku yang sakit. Cukuplah yang dah lepas.


Takpe Sara. Hari ni hari kau, kau sedih hari nie, kau menangis hari nie. Tapi kita mana tahu kan, esok lusa mungkin ada cahaya kegembiraan untuk kau, yang mampu usir semua kesedihan kau selama nie, yang mampu berikan kau senyuman kau yang paling manis sampai menampakkan lesung pipit kau. Mana tahu, esok lusa kau akan dapat apa yang kau nak :)


Sara, sabarkan diri kau eyh? Sikit je lagi. Selama ni kau hidup bertahun-tahun, kau boleh kan bertahan? So bertahan lah lagi sikit. Ingat ~ Allah Maha Adil, Dia tak kan turunkan dugaan kepada hambaNya kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya. Ingat tu Sara. Allah akan bagi kita dugaan sebab Dia rindukan kita untuk menghadap Dia. Sabar yer Sara?


Senyum sikit Sara :)


p/s ; sorry for the harsh words. I have been keep this for the long time


 

TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts