[Review] Novel Bisik by Syaihan Syafiq

Tuesday, November 06, 2012


Assalamualaikum


Pergi Wangsa Walk, beli novel ni. Balik rumah, tukar baju, terus bukak plastik dan baca. Half way through, tertidur kejap dan bangun balik pukul 1.30 pagi dan teruskan membaca sampai habis dan sekarang aku menaip entry ini :)

My 5th collection :)

Buku keluaran Fixi yang kelima aku ada ; Kelabu, Kougar, Licik, Hilang antara koleksi Fixi yang ada dalam simpanan aku :)



Basically cerita ni mengisahkan seorang lelaki bernama Mikael yang bersahabat baik dengan Shah dan Julia. Shah dengan Julia ni sebenarnya lesbian dalam cerita nie -___- Mikael di gambarkan seorang yang sempoi dan taat pada suruahan Allah swt 



Namun semuanya berubah bila housemate dia mati akibat terjatuh dari balkoni. Lalu, die pun macam decidelah nak pindah dari rumah tu sebab ada kenangan antara dia dan Amran, housematenya. Cari punya cari, dia terjumpalah satu rumah nie :)


Mikael ni dipertemukan pulak dengan Nazzman, housemate baru dia tue. Pada mulanya, semuanya macam okay okay saje. Tapi end up, dia macam ada hilang daya ingatan sikit-sikit dan tambahan pula sifat Nazzman yang dia rasakan macam misteri sikit. Dalam masa yang sama jugak, dia diganggu oleh suara bisikan yang selalu kacau dia


Dia just lalui kehidupan dia macam biasa dengan ditemani Suraya, teman wanita Amran tue. Kiranya masa ni macam happy-happy je. Tapi pada satu pagi, dia dikejutkan dengan kematian Suraya secara tiba-tiba dan dia mulalah tak tentu arah


Apa yang terjadi seterusnya? Apa kena dengan dia dan yang paling misteri ; apa kaitan Nazzman dengan hidup dia? Belilah sendirii ~ HAHA :D


Review aku ; cerita ni sangat-sangatlah mendebarkan. Aku ni start baca dah lah awal-awal pagi. Masa part Suraya tu mati, mau tak berdebar-debar aku baca? Uish ~ memang suspen lah kiranya. Sampaikan aku sanggup tahan diri aku dari terus selak muka surat belakang sebab aku nak baca satu persatu


Ni adalah 1st time aku baca buku yang dari perspektif seorang pesakit mental dan macamana cara dia handle diri dia sendiri dan berhalusinasi seorang diri. Oopss~ dah terkantoi pulak dah :/ Haih ~ 


Tapi yang paling best is the ending :) Aku suka sangat ending dia yang kabur tapi mesejnya terus sampai dekat pembaca. Yelah memang kita tak tahu apa akan terjadi cuma ceritanya tue macam kita dah boleh fikir dan agak sendiri apa yang bakal terjadi


Somehow, aku rasakan ending dia macam sedih sangat bagi aku. Sebak kot dada aku baca ending dia bagaimana dia, seorang anak yatim piatu, rindukan seorang belaian ibu dia yang aku rasa mak dia pun macam bukannya seorang yang elok perangainya. huhu ~ 


Bagi penggemar cerita berunsur suspen, thriller, buku ni aku rasa wajib berada dalam koleksi korang sebab tak sia-sia untuk beli kalau hasilnya korang sangat-sangat puas hati :) Alhamdulillah, sepanjang aku beli buku Fixi, tak pernah satu pun novelnya yang mampu kecewakan aku :)


Rugi woo tak beli! :D


Rating : 4/5

 

You Might Also Like

4 comments