Salam. Yeah ~ Memandangkan cuti sem dah bermula, makanya WAJIB lah untuk aku balik ke Kuala Terengganu kan? Haha ;D Jadahnya duduk kat kampus tu sorang-sorang duk menghabiskan cuti sem. Gilerrr -.-
Lepas habis paper last MGT 160, aku terus packing-packing barang sebab nak pergi rumah sedara aku. Dia cakap, nak hantar aku. Aku ok je lah memandangkan aku pun nak tumpang letak barang dekat rumah die. Memang the best lah kan nak bawak balik semua barang-barang aku yang banyak macam nie . . .
=.=!! Banyak giler barang aku kan? Nak buat macam mana ~ Orang perempuan kan? Haha ;D
Hari yang aku nak balik ke Kuala Terengganu pun tiba. Tapi malangnya kazen aku tu tak boleh hantar aku sebab dia ada kerja. Oh sadisnya jiwa ini Y____Y Aku nak balik dengan 3 buah beg besar dan 1 beg laptop. Giler ~ Tak kan nak naik bus lompat dengan sume benda alah tue kan?
Makanya aku pun call lah clazmate aku, Khalis. Sebab apa? Sebab aku dengar clazmate aku nak pergi Kuala Terengganu, nak spendkan cuti lah kononnya. Pergi pagi balik malam jer ~ Haha :D Aku call Khalis, cakap aku nak tumpang dorang. Haha :D So aku pun tumpang dorang lah
Tunggu diorang bapak lambat ! Aku tunggu diorang semua pukul 12.15 tengahari tapi dorang datang pukul 2 petang ! Memang the best lah kan? Act yang lambat tu sebab masa on the way nak amik aku, kereta dah habis minyak. Haha :D So kitorang pun pergi ke Kuala Terengganu dengan berbekalkan minyak kereta sebanyak RM8.80. Sempat singgah beli jagung bakar, makan dalam kereta. Haha :D
Malangnya, baru je lepas dari Kelulut, teng teng teng ~ Kereta tak boleh jalan lagi sebab kereta habis minyak ! Haha :D Nasib baik kitorang berhenti betul-betul depan stesen minyak. Haha :D
Aku rilex jer sebab aku tahu kawan-kawan aku yang settlekan semuanya. Haha :D Kitorang cutting-cutting duit dan pergi beli minyak. Masalahnya, botol nak isi minyak pulak tak ada ! =.=!!
Diorang pun call lah kawan aku sorang yang memang stay kat Kuala Terengganu, Azreen @ Adi. Suruh dia datang bawak botol. Haha :D Dah lah rumah dia jauh dari tempat kitorang tersadai tue, dengan panasnya sebab matahari betul-betul atas muka kitorang =.= Kitorang pun tunggulah Adi datang. Bapak lambat giler nak tunggu si Adi
Adi pun datang dengan kereta Honda City. Haha :D Terus semua orang berlari-lari ke kereta Adi sebab kitorang guna kereta Viva jer. Haha :D Seminit lepas Adi sampai, Pian, kawan kitorang pun sampai jugak. Haha ;D Kononnya nak menyelamatkan kitorang lah ~ Tapi dah terlewat lah Pian ;p
Then terus chow ke rumah Pian sebab nak sembahyang Asar. Lepas pergi rumah Pian, singgah rumah tok aku. Hehe :D Aku letak barang dan sembahyang sekejap dan terus zasssssssssss ker Lapang Terbang Kuala Terengganu sebab nak amik tiket ke Kota Kinabalu, Sabah. Oh ya ~ Im going to Sabah this 15 November :)
Kawan-kawan aku ni semuanya 1st time datang airport Kuala Terengganu. So dorang pun macam excited lah nak amik gambar semua kan? Haha :D Yelah ~ Airport Kuala Terengganu kan canteeekk gituuu ~ Haha :D
Lepas bergambar dekat airport, kitorang gerak ke Teluk Ketapang sebab ingat nak pergi makan ICT (ikan celup tepung) dan pelbagai lagi seafood yang celup tepung. Tapi bila dah sampai, Ya Allah ~ ramai giler orang masa tue ! Semua kedai penuh dengan manusia dan kereta =.=
Entah macam mana entah, kitorang boleh tersinggah kat satu port orang memancing kot. Hajatnya nak buat U turn je tapi bila tengok view yang memang superb, masing-masing keluar dari kereta sebab aku cakap nak amik gambar. Khalis cakap "Takpe Mai. Demi bergambar, kitorang sanggup!" Haha :D
Masa ini memang gayat giler lah sebab kat bawah tu, ada lubang air yang memang besar giler ~ Tapi bila suruh posing, masing-masing wat rilexx jer ~ Haha :D Tak boleh blah betul lah ~
HAHAHA :D Aku yang suruh dorang pose macam ni. Tapi lepas aku amik gambar, diorang cakap "Ya Allah ~ Dah macam model perempuan pulak ~ Yang macam Miss World tu" Sumpah terus aku tergelak sebab aku tak expect pun macam tue. Haha :D
Aku tak taw kenapa tapi masa aku suruh diorang pose untuk gambar ni, dorang cakap "Wah ~ Macam Muse pulak ~" Lepas tu diorang pun nyanyi lagu Starlight tue ~ Eh korang, kenapa weyh? Aku tak faham lah -.-
Apa pendapat korang tentang gambar nie? Haha :D Ni semuanya idea si Fahmi lah ~ Lepas tu kitorang pun amik gambar ni ramai-ramai. Masa nak amik gambar nie, memang kecoh betul sebab tak nak bagi bayang-bayang kitorang bertindih antara satu sama lain. Lepas tu pulak, nak kejar ke matahari sebab masa tu matahari terbenam. Hehe :)
Masa ni kitorang dah nak balik dah. Then aku menjerit "Weh korang ! Stay kat tempat masing-masing!!" Dorang pun stay lah dan aku pun apa lagi, klik klik klik amik gambar dorang. Haha :D Cantekk tak? ;p
Masa ni nak chow dah sebab nak pergi makan. Boleh dikatakan semua orang tak makan lagi dari pagi. Haha :D So makanya, kenalah pergi isi perut kan? Masa aku suruh pose depan kereta, dorang ramai-ramai cakap "Mai !!" Haha :D Sebab apa? Sebab dorang dah letih pose untuk amik gambar. Haha ;D Lantak lah ~ Aku nak jugak amik gambar. Hehe :p
Lepas tu chow dari port memancing tue. Time to eat ! Tapi bila dah sampai kat satu kedai, tak ada pulak masakan panas. Mana kenyang weyh nak makan sotong, ikan sume tue ! So Adi pun suggest makan dekat NR Cafe. Pergh ~ Best giler makan kat situ ! :D
Sumpah sedap giler ~ Kitorang order macam-macam malam tue. Yelah ~ Ini kiranya last time kitorang hang out sebab sem depan, aku dengar ada yang nak ke ASWARA, ke HM Aerospace lah ~ Huhu. Sumpah mesti sedih bila tak cukup ahli
Dah sudah makan, pergi ke Mydin Mall sebab Fahmi nak beli skinny jeans. Tapi bila dah sampai sana, aku tengok semua orang pun shopping. Ada yang beli jaketlah ~ Topuplah ~ Haha :D Then next program is karaoke ! Yeahh !
Tapi masa tu jam dah pukul 10 lebih dah. Yang lain-lain macam tak ada masalah. Masalahnya aku dengan Adi lah ~ Adi nak pulangkan kereta dan aku pulak nak balik sebab dah lewat.
Aku cakaplah dengan dorang "Korang pergilah karok. Mana tahu kot-kot korang ada plan lain tapi terbatas sebab aku ada ker ~" Lepas tu terus dorang menjerit "Hoi ! Mana ada lah ~ " Haha :D Sumpah terharu lah ~ Hehe
So tukar plan. Adi hantar aku balik dan yang lain-lain balik Dungun. Masa nak berpisah, sumpah sedih weyh ~ Aku tahan je sebak nie sebab aku dah anggap dorang semua ni macam lebih dari kawan aku. Tapi bukan pakwe ok! Lebih kepada kawan baik kot :)
Bila dah sampai rumah, aku baru teringat duit sewa kereta aku tak ingat nak bagi ! Wuaaa ~ Terus aku text Khalis tapi dia cakap macam nie "Sekarang baru nak ingat. Takpe lah kira trip ni kitorang hadiah kat kau. Tak perlu bayar apa-apa. Trip to send Mai. Haha" Eh sumpah terharu sebab dapat text macam tue. Hehe
Kawan-kawan, best giler dapat hang out dengan korang. Lepas ni hang out lagi ok? :')
2 comments