Hari Raya Korban Versi Aku

Wednesday, November 17, 2010



Salam. Yeah ! Sebelum terlambat, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban dan Salam Aidiladha dari aku kepada korang semua. Hehe. Mesti ada sesetengah dari korang ni yang pergi korban atau sembelih lembu kan? Haha :D Well ~ Aku pun sama jugak ;p


Raya Korban ini adalah yang pertama kali aku sambut di Kota Kinabalu. So pagi-pagi lagi ayah aku dah kejutkan aku bangun dari tidur. Siap-siap, sembahyang semua dan terus pergi berkorban. Hehe


Sampai-sampai je dekat surau taman tue, budak-budak ayah aku dah siap dah nak sembelih. So kitorang tak payah tunggu lama lah. Aku port depan sekali atau erti kata yang lain yang paling dekat dengan lembu yang nak kena sembelih tue


Memandangkan sebelum ini aku pernah sembelih burung puyuh *weh kira ok lah tue kan! sebanyak 2 kali ! Aku ulang 2 kali ! Makanya, bila aku tengok lembu tu kena sembelih, aku rasa macam dah biasa dah. Tak ada lah nak takut ke apa ker ~ Rasa kesian kat lembu tu pun tak ada. Erk? Feelingless kah aku ni? Haha :D


Tengok ~ Darah duk memancut lagi masa aku amik gambar nie. Ya Allah ~ Betul weyh ~ Aku tak ada perasaan langsung bila tengok lembu ni kena sembelih ke apa ker ~ Memang jiwa kental betul aku ni ! Haha :D


Sementara tu, aku dan lah tengok orang-orang kampung yang lain duk sembelih lembu. Ada 6 ekor lembu yang nak kena sembelih. Tapi yang tempat kerja ayah aku sembelih sekor jer. Cukuplah tu kan? :)


Kemudian, tibalah masanya untuk melapah daging lembu tadi. Hehe :) Masa ini memang the best lah kan untuk belajar Biologi sebab bukak isi perut lembu, hati die, jantung die, ekor die, kepala die. Haha :D


Masa ni jugak lah macam-macam soalan yang keluar dari mulut budak-budak. "Abah, apa itu?" "Ayah, bau busuklah ~" Ya Allah ~ Macam-macam ayat keluar dari mulut sorang-sorang budak cenonet tue semua. Haha :D



Haaaaaaaaaa ~ Ada banyak lagi gambar tapi malas aku nak upload banyak-banyak. Alah ~ Kalau aku letak banyak-banyak pun, bukannya korang tengok kan? Haha :D *Gelak kejam !


Sessi meneroka perut lembu diteruskan lagi dan akulah yang menjadi pemerhati yang setia. Well ~ Ni lah pertama kali aku tengok orang sembelih lembu secara dekat taw? Selama ini asyik tengok dari jauh jer ~ Mana nikmat kan? Makanya, peluang yang aku ada ni aku gunakan dengan sepuas-puasnya ! Haha :D


Erk? Haha ;D Yeah ~ Aku pun pegang jugak kepala lembu. Mak aihhhh ~ Bapak berat giler kepala lembu nie ! Sumpah weyh ~ Menggigil tangan aku duk angkat kepala lembu nie. Mak aku cakap maybe berat dia 5kg kot. Pergh ~ Kalau tiao-tiap hari aku angkat kepala lembu nie, mau otot-otot tangan aku ni jadi macam Malek Noor. Haha :D


Ehem ehem. Korang ada? Ada amik gambar dengan kepala lembu macam aku buat nie? Haaaaaa ~ Tak ada kan? Haha :D Padan muka ;p Aku ada ! Haha :D *Bapak berlagak giler minah ni =.="


Yeah ! Inilah part yang paling aku duk tunggu-tunggu sepanjang nak melapah daging tadi. Haha :D Ok murid-murid. Ini adalah perut lembu. Dalam perut lembu ada tahi lembu. Untuk pengetahuan murid-murid semua, perut lembu yang korang semua duk makan tu adalah berasal dari sinilah yang pada asalnya ada tahi lembu ! Haha :D


Fuhh ~ Bau die memang the best lah kan? Boleh buat perfume pun takpe jugak. Haha :D By the way, nasib baik aku ni jenis yang tak suka makan organ dalaman haiwan. So bila aku tengok keadaan sebenar perut lembu, itu tak mendatangkan kesan kepada diri aku. Haha :D Adik aku cakap "Taubat lepas ni tak makan dah perut lembu" Haha :D




Ehem ehem ~ Sekali lagi minah ni nak berlagak jap. Korang tahu tak apa yang aku pegang tue? Usus? Oh bukannnn ~ Tidak. Salah ~ Itu adalah otak lembu ! Haha :D Yeah ~ Percayalah anak-anak yer ~ Aku sedang pegang otak lembu. Fresh dari kepala die lagi tahu? :)


Honestly otak dia macam biasa jer. Cuma lembik dan penuh dengan lemak-lemak die dan mungkin berbau sikit lah ~ Hehe :) Ni lah 1st time aku pegang otak lembu taww ~ Korang ada? Tak ada kan? Haha :D


Malam pulak, lepas sembahyang Isyak, kitorang ada buat jamuan raya kat sini. Memang the best lah sebab Mee Rebus die memang terbaikk ! Argh ~ 2 kali aku menambah. Haha :D Sedap giler weyh ! Hehe ;p


Walaweh ~ Ingat lagi tak budak Syafiqah nie? Alah ~ Tak ingat? Baca entry ini dulu :) Hehe. Tadi aku jumpa dengan dia lah kan? Tapiiii dia dah sombong giler dengan aku sekarang ini. Aku panggil die, boleh die wat derkk jer. Kuang ajar punya budak. Haha :D


Heeeee ~ Ni anak jiran aku. Ada 5 adik beradik tapi yang kecik tu pergi mana entah. Haha :D Boleh dikatakan semua yang dalam gambar ni manja betul dengan aku. Tiap kali aku balik Sabah, mesti dorang akan panggil-panggil aku. Haha :D Aku pulak jenis masuk air dengan diorang so aku layankan je lah ~ Hehe :D


Psst ~ Ada bakat nak jadi Gadis Melayu tak? HAHAH :D
Ya Allah Sara ~ TOLONGLAH ! Haha ;D

You Might Also Like

6 comments