Tarik nafas dalam dalam. Lepas lajulaju
Terbaring atas katil. Telinga disumbat dengan earphone RM16. Sunyi. Lalu ditekan butang play dan kedengaran Cinta Teragung.
"Ku tak kan bisa menjadi lebih baik apa yang terdaya namun aku tetap berjanji akan terus mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerana semua yang ada hanyalah untukmu"
Lepas nafas lagi. Mata terkebil kebil memandang ke atas sambil tangan diletakkan di atas dahi
Bunyi kipas yang laju berpusing, buat keadaan jadi sejuk. Sejuk sejuk dan tanpa aku sedar, ianya gelap
Dan aku masih keseorangan, memikirkan semua ini. Lalu dengan berat hati, aku tutup mata erat-erat, bersembunyi dalam selimut, memeluk erat bantal dan mengesat air mata yang mengalir, mengharapkan semuanya hanyalah mimpi
Tapi kemudian aku sedar mimpi itu bersambung ke dalam mimpi yang sebenarnya. Bahagia tapi sakit dan kini, aku akan lepaskan
p/s : Aku mengharapkan yang terbaik untuk hidup ini cuma kadang-kadang keadaan sekeliling menyebabkan aku terpaksa melepaskan apa yang aku mahu walaupun sebenarnya aku inginkannya sangatsangat :')