Hari Pertama Dengan Semangat Baru :)

By Mysara Newrie - Sunday, July 24, 2011



Salam. Fuhh ~ baru sudah buka puasa tadi dengan rakan-rakan sekelas :) Macam seronok sangat jumpa dengan kawan-kawan selepas seminggu bercuti. Rasa terubat rindu, macam lagak seorang kekasih yang berjumpa kembali dengan buah hatinya


Hari pertama sahaja, macam-macam dah kena buat -.- Letih tapi rasa seronok. Sebab atleast aku ada kerja nak buat. Letih dan kadang-kadang rasa nak mengamuk ARGHHHH tapi sebenarnya aku enjoy dengan semua nie ;) Aku tahu sebab aku pandang semua ini sebagai latihan kepada aku untuk masa depan nanti


Dalam masa beberapa minit lagi, aku nak pergi berjumpa dengan beberapa orang rakan aku, ada kerja yang perlu diselesaikan. Tengahari tadi lecturer LAW dah mula tanya aku "Bila awak nak submit tajuk assingment awak?" dan laju sahaja aku menjawab "As soon as possible miss" sambil tersenyum manja :)


Bila mau entah buat, aku sendiri tak tahu -.-


Esok lusa dan tulat, aku ada test dan quiz dan juga presentation dan yang paling hebat, semuanya aku tak sentuh lagi. Bagusnya Mysara Newrie nie ! HAHA :D Hmm -.-


Takpe. Sekarang ini aku dah ada semangat baru, azam baru. Aku tahu aku boleh buat walaupun kita tak taw apa lagi yang bakal terjadi. Takpe :) Allah tak kan uji hambaNya sekiranya Dia tahu kita tak mampu nak hadapinya :)


Telefon berbunyi, Faezah call.


Bubye. Jumpa lagi next entry :)

  • Share:

You Might Also Like

2 comments