[Topik] Salah Ke Kalau Nak Berubah?

By Mysara Newrie - Sunday, July 17, 2011



Salam. Hari ini aku nak bukak topiklah. Sementara line broadband ayah aku tengah menyala biru biru ni. Haha ;D


Aku sebenarnya agak bersyukur sebab kawan-kawan aku yang dulunya free hair, ada yang dah start pakai tudung. Walaupun kadang-kadang pakai, kadang-kadang tak, atleast dorang ada inisiatif nak pakai tudung kan? Aku dan kawan-kawan aku yang lain hanya mampu berdoa agar perubahan yang dibawa ini, kekal sehingga ke akhir hayat. Amin :)


Tapi sekarang ini kan, aku sebenarnaya AGAK panas lah bila ada sahaja yang mempertikaikan orang yang dah pakai tudung nie. Contohnya macam inilah ~


"Kau tak payahlah pakai tudung sebab dulukan kau free hair. Aku dah tengok dah rambut kau"


Eh eh ~ Sedapnya cakap cik abang cik kak oiii ~ Bak kata kawan aku dalam FB, ini bukan KAWAN tapi ini SETAN. Haha ;D Weyh salah ke orang tu nak berubah? Pfft -.-


Meh sini aku nak bagitahu. Memang lah dulu dia free hair. Tapi sekarang dia dah pakai tudung. So kita ini sebagai saudara sesama Islam, sepatutnya bagilah support! Ini tak ~ Kau pergi kutuk die kenapa? Orang tu nak berubah, kita sepatutnya bersyukur. Kau tak ~ Lagi duk kutuk dia -.-


Yang ini satu lagi. Sebenarnya aku agak panas lah dan aku simpan je dalam hati. Dan sampailah satu hari itu, aku pun luahkan dekat kawan-kawan aku. Eh eh ~ Aku ingatkan aku sorang je yang berfikiran macam itu, rupa-rupanya kawan-kawan aku pun sama! Haha :D


Contohnya macam inilah ~ Kawan kau memang free hair. Then sekarang ini dia dah start pakai tudung. Pergi kelas pun dah pakai tudung dah. So atleast aku nampak inisiatif dia nak berubah. Aku dengan kawan-kawan aku support die :)


Tapi yang aku tak boleh blah nya ialah ~ bila kitorang pergi mana-mana kan, kawan-kawan kepada kawan aku yang free hair yang dah start pakai tudung ini, mesti akan tanya "Eh pakai tudung? Ada CTU ker?"


Eh eh ~ Apa kessssssssssss??!!

*CTU itu subjek Pendidikan Agama di UiTM


Orang tu nak pakai tudung, ikhlas kan? So biarlah ~ Sepatutnya kau support lah ~ Ni tak ~ Ada ke kau cakap macam tue. Haih ~ Aku yang mendengar dia cakap macam itu pun, tetiba rasa macam nak jadi Hulk pulak -.-


Lepas tu pulak, boleh plak aku terdengar group kawan kepada kawan aku yang free hair yang dah start pakai tudung ini cakap "Kekal ker?" Eh eh ~ Nasib baik aku masih berfikiran waras. Kalau tak dah lama dah aku pergi menghadap budak itu -.-


Tolonglah ~ Orang tu nak berubah. Kita sepatutnya bagi support dekat die. Kita bagi dia jalan. Bukannya nak menjatuhkan dia. Bukannya nak kutuk die? Haih ~ Tak faham aku dengan budak-budak zaman sekarang. Haha ;D


Entahlah ~ Malas dah aku nak cakap pape. Lantak lah ~ Cuma aku hanya mampu doakan Allah swt bagi petunjuk dan jalan kepada kau untuk berubah :)


Aku bukan nak tuju kepada siapa-siapa. Cuma nak bagi pandangan dan sedarkan orang yang membaca ini sahaja bahawa kita sepatutnya sokong mereka yang ingin berubah ke arah kebaikkan, bukannya menjatuhkan mereka atau menyindir mereka -.-


Apa pendapat korang mengenai hal ini?


p/s: Mintak maaf sekiranya ada yang terasa ye :) Hanya meluahkan apa yang terbuku dalam hati sahaja :)

Bertudung itu manis :)

  • Share:

You Might Also Like

26 comments